Assalamualaikum..
Tak sampai sebulan Shein sekolah I dah taktau dah
nak masak apa dekat Shein. Hehe. Tapi Lunch wajib I prepare nasik untuk Shein.
Lepas tu ada lauk, kuah, buah and sayur. Nak buat kan dia spaghetti or bagi
makan Chicken Grilled etc I tak confident takot dia tak kenyang. Pagi pulak
breakfast either roti + nutella or I belikan dia bakery punya bread macam
croissant or bread yang comel-comel dalam dia ada sosej tu. Sayur tu usually
either salads, broccoli or carrots je. Kata Ms Dave, Shein makan sayur tu
semua. Ko better makan Shein. Mama beli dekat Cold Storage tau? Kekadang beli
organic seketul Broccoli dah RM8.00 kalau tak makan memang carik pasal.
Hahahaha. Actually beli dekat Cold Storage bukan la apa pooon. Cumanya dekat
dengan office and convenient untuk I. Nak beli buat stok, takot nanti tak fresh
so 2 hari sekali I beli la buah and sayur untuk Shein. Dulu masa dekat BBI I
takde risau la pasal dia makan veggies or not sebab I tau dia memang makan.
Petai pon dia buat ulam. Ni dah dekat Sayfol, I memang harap dia pepandai la
makan sendiri sayur. Naseb baik la dia mau makan. Tapi semalam I rebuskan Sweet
Potato kat dia, balik tengok ada lagi. Menyirap je. Taknak pulak dia makan.
Shein ni kalau tanya dia nak makan apa senang je. ‘Mama, I want Chicken, Rice, Soup and Eggs’. Macam ni hari-hari pon
takpe. Kalau Gulai pon dia suka makan. Macam kuah kacang dhal, kuah kari tu
semua dia makan. Sambal Ikan pon dia makan jugak. Tingat masa dia makan bersila
mengadap periuk makan Sambal Ikan Kerisi habes 4 pinggan. Shein ni memang debab
tau? Ni dah potong rambut lagi la nampak debab. Jari dia tu debabbbbbbb. Dia
makan tu nampak selera je. Kalau dia gaul nasik tu alahai comelnya. Tapi susah
nak tengok dia makan sendiri sebab kalau ada I, memang makannya bersuap. Manja!
Manja and mengada pon ye? Now naik suara sikit nanges. Full of emotion dah anak
Mama ni. Haih.. Rasa sekejap je masa berlalu. Besar dah Shein J
Ni
I buat Ayam Goreng Kunyit lepas tu campur Broccoli. Memula goreng ayam lepas tu
tumiskan bawang, letak serbuk kunyit and perasakan dengan garam and last sekali
letak broccoli (rebus dulu). Buah pulak I guna Orange, grapes dengan I hiriskan
radishes kasik colors mana tau Shein tergoda nak makan ke kan? Nasik tu I tabur
chia seeds saja poyo. Orang letak black sesame aku letak chia seeds. Hahahaha.
Sup telur tu saja I buat sikit untuk kuah. Tumbuk bawang merah, bawang putih
lepas tu letak cube ikan bilis sikit, air. Bring to boiled and pecah telur.
Shein cakap nice sambil thumbs up.
Yang
ni pulak nasi + Ayam masak kicap campur cherry tomatoes, lepas tu sayur
broccoli dengan carrots. I rebus dulu tumbuh-tumbuhan tersebut lepas tu
panaskan butter, letak blackpepper sikit and letak balik sayur tu. Siap! Buah
grapes je. Shein yang nak ni. Dia mintak.
Nasi
+ Ayam Goreng. Rebus carrots lepas tu I panaskan butter, masukkan blackpepper
and carrots last sekali pecahkan telur.
Kuah Dhal and apples.
Jumaat
simple je. I buat nasi goreng lepas tu letak sayur and buah apple sebiji tu,
bila balik jadik apple sebijik jugak sebab Shein tak makan. Sepesen dengan Mama
beliau jugak la. Buah kalau tak potong, TAKKAN MAKAN. Jenis malas nak kunyah.
Now jatuh perangai dekat anak. So tak boleh complaint.
Semalam
ada Field Trip so cikgu pesan bawak finger foods je. I gorengkan drummet 7
ketul setel. Keledek organic tu sikit pon Shein tak makan. Cis! Buah grapes pon
2-3 biji je dia makan. Time beli, sesuka hati masukkan dalam trolley. Semua
jenis buah dia nak. Pastu makannya sikit. Geram je tau?
Tengah hari sebab tak makan nasik, balik umah tu
masa I called dia dah cakap nak chicken, rice, eggs and soup. I letak je
handbag, terus masakkan Shein. Sepinggan dia makan. Sian anak Mama lapar nasik.
Hahaha. I syukur sangat Shein now banyak sangat improvement. I tak expect dia
boleh sekolah normal macam orang lain (sebab dia speech delay) tapi I ingat CT
and Zairie banyak kali cakap jangan pandang rendah pada Shein and kena yakin
pada dia. Sazli pon cakap yang sama. Now dah free diapers, nak poo-poo pon
pandai dah pergi toilet. Pandai berkawan, pandai bawak diri. Tulis ABC, count
semua dia pandai. Huwaaaaaaaaa. 2 hari je dekat Sayfol, Shein dah ada kawan.
Hari-hari enjoy pergi sekolah. Pagi tadi siap dia yang bagitau I nak go to
school with Ms Dave. I pon takde susah hati apa dah. Al-hamdulillah. Lepas tu
semenjak Shein sekolah ni, I disiplin la sikit. 5.00am dah bangun masakkan dia.
Lepas tu 6.45am dah keluar rumah. I selalu rasa tak confident Shein boleh
bangun awal pagi but see now? 6.00am dia dah bangun and takde cranky apa pon.
Syukur sangat…. Betul lah kata CT, I tak boleh pandang ringan pada kemampuan
Shein. Mana tau besar nanti boleh jadik Architect macam Abah dia J
-eNd-
No comments:
Post a Comment