Monday, January 14, 2019

Masakan Kelantan By Kaklong

Assalamualaikum..

Ko tau, dua minggu berturut-turut I balik Jengka, maka berat bertambah la 2kg. I izzzzz stressed OK? Mana taknya, sini pagi petang siang malam makan makan makan. Kalau petang ada pulak kudap-kudap. I paling suka Laichee Kang kedai Dilla. Lepas tu masa beli dekat kedai siap tanya 'Dilla apa lagi ada?' Dilla jawab 'Ada Laksa, Laksam, Keropok, Mee Hup Soup.' OK. Kasik bungkus S E M U A A A. Padahal makanan kat rumah melanmbak lagi. Kedai CT Corner pulak ada Pisang Goreng Panas. Zaaaaaaap kasik RM5.00 sekali hadap gone sebab sedap, cicah sambal kicap. Lepas tu goreng pulak Keropok Kembang Si Shein nak. Dia hantu Keropok Kembang. Kasik sebesen, sebesen la habes. Yang Kaklong pulak, mintak apa je suruh dia masak, dia masak. Dah la dia masak sedap hatta Sup Ayam yang tak pakai any Sup Bunjut pon dia masak sedap, ko dah kenapa semua yang sedap? Letak air sependa ke apa? Jadiknya I memula makan Sup. Lepas tu eh, Asam Pedas Ikan Patin ni macam sedap je, takkan nak tengok je? Makaaaaaaaaaaan. Lunch je, 2 trip makan. Mana tak gemok. Ni naseb la balik 2 weeks je, kalau minggu ni balik lagi memang I saspek, minggu depan pakai Baju Kurung je la pergi office hahahahaha. Semalam pagi Kaklong tanya, 'Kochep, nak masak apa lunch ni?' I fikir punya fikir, dapat idea nak makan Makanan Kelantan yang macam biasa kitorang makan dekat depan Koperasi Pulis Kampung Baru tu. Kata Kaklong set! Beli semua barang dekat Kedai Din Mart lepas tu terus masak. Ya Allah, terima kasih bagi aku makan makanan sedap oleh Kaklong. Kau panjangkanlah usia Kaklong supaya aku dapat makan yang sedap-sedap sampai tua nanti. Amin...... I dah riki dah resepi dengan Kaklong. Nanti bila new house dah siap, boleh masak dekat sana. Sazli tak dapat pon rasa semua ni sebab 2 kali balik, 2 kali dia tak ikut. Dia pon ada banyak nak setel hal New House. Bab finishing la sebenarnya yang leceh sekali. Sama naik rumah Mak dengan rumah kitorang tapi rumah Mak la dulu siap untuk didiami. Macam kitorang target bulan 1 nak pindah tapi nampaknya bulan 2 pon belum tentu lagi ni. Dalam rumah kosong semua. Kot takde duit nak buat Kitchen Cabinet, kita masak atas lantai je la hahahahahaha. Nanti yang rumah Mak nanti I share kemudian OK? Sebab I lagi excited nak cerita pasal Makanan Kelantan ni. Makan is my priority hope you guys understand. OK?



Summary lauk semalam. Ada Masak Lemak Sayur Campur Isi Ikan, Ikan Singgang, Ikan Bakar, Air Asam and Budu Tempoyak lawan dengan Sayur Terung Bakar and Petola Rebus lepas tu ada Telur Dadar. I know ada yang tak boleh and takkan makan Makanan Kelantan ni especially Budu. Tapi I OK je. Seeeeedaaaaaaap!! Sapa makan Budu awet muda tau?



Budu picit Lada Kecik, perah Limau Nipis and campur Tempoyak. Who's your Dadddddddy??


Sayur Lemak ni sedap tau? Patut letak Bayam Hijau tapi takde. So letak Kacang Panjang, Petola dengan menda apa entah. Dah lupa. Kaklong yang masak ni ha. Bapak sedap! Kena letak Lada Hitam jugak tau?


Ikan Tongkol Masak Singgang Kelantan Style. Dalam dia letak budu, asam keping, lengkuas and gula nisan. Kata Orang Kelantan, 'Gula Nisey'. Kan?


Ikan Bakar simple macam ni je. Kosong. Bakar dalam Kuali Ajaib Mak. Melekat-lekat, menyampah!


Telur Dadar 5 bijik, sekali hadap gone.


I kan memang suka makan Budu, dapat pulak makan dengan ulam macam ni perrrrghhhhhh


Dessert pulak Kaklong buat Cucur Pisang + Chocolate Chips dalam dia. Rasa macam makan dekat hutel. Hahahahaha.

So, amacam.... Terliur tak? Jangan tanya resepi dekat I sebab semua ni Kaklong yang nak masak. Korang Google je la. Try tengok dekat Dapur Tanpa Sempadan/Mat Gebu punya blog. Usually 2 blog ni kalau masak apapa if I guna resepi dia, rasa kena je dengan tekak. Macam Kaklong ni I tengok style dia masak simple je. Yang buat sedap sebab 1)Masak dengan kasih sayang 2) Tumis lama, guna api kecik 3)Balance masam + manis + garam. Dapar gabung 3 ni InysaAllah masakan akan jadik sedap. Macam I, memang tak dapat la level sedap macam Kaklong masak tapi kalau ikut pendapat Sazli, memang I la masak paling sedap. Hehe. Masak simple pon nanti dia cakap 'Mama nanti masuki syurga masak untuk Papa. Sedap ni'. Lepas tu usap-usap kepala, peramah lagi tanya macam mana masak sedap and cakap Thank You banyak-banyak kali. Heeeeeeeeeee.

-eNd-

1 comment:

Anok Pok Mat Kapok said...

Kak Sue sebut kedai makan kat kg baru tu terus terbayang ayam percik dia. Ya Rabbi sedapnyeeeeee