Wednesday, September 11, 2019

Buat Apetu?

Assalamualaikum..

Sorry I still tak sempat nak update pasal Lost World of Tambun sebab memang sekarang I sangat busy menyelamatkan dunia. I promise by this week OK? Cuti 3 hari haritu pon memang kitorang duduk rumah je. Berehat sepuas-puasnya sampai pisang lah memasing muka. Hahahaha. Ahad tu, I ada la keluar sekejap buat manicure, pedicure and wax dekat Ampang Point. Ajak Shein pon dia taknak ikut. Eksyen je. All 3 days tu pon I masak dekat rumah. Seronok! Kitorang beli movie Godzilla dengan Alladin dekat Astro first, melantak-lantak la Si Shein pulun tengok. Suka la dia. TV tu beli memang khas untuk Shein sorang je. Orang lain tengok dinding je la jawabnya. 

Rasanya since pindah sini, ni la first weekend yang kitorang tak pergi mana-mana. Imagine 6 months duduk sini, tak pernah lekat dekat rumah. Ada je menda nak buat over the weekend. On Monday ada Apis dengan Aliah semua datang makan kat rumah. Si Aliah miscarriage. Tingin nak makan soup dia cakap. So I buat sebelanga Sup Ayam untuk Aliah. Puas la dia makan. Tu nanti I share next time OK? Dekat area rumah kitorang ni ada Kedai Runcit jual Ikan. Kedai Usop. I suka dekat sini sebab boleh beli sikit-sikit, siap ada delivery lagi. Hari Sabtu, suruh Saz beli Ayam, Sayur sikit, Ulam Petai semua baru RM25.00 je. Boleh makan untuk 2 hari. Best kan? Dulu masa office area KLCC, groceries beli dekat Cold Storage dengan Isetan, sekali nak masak tak cukup RM100-RM150.00 Hahahahahah. Tu kekadang nak buat Sandwich jeeeeeee tapi bila nak bayar RM80.00 total. Baik beli yang siap je, lagi murah. Anyways....



Sup Ayam by Siti Nohaliza
Korang perasan tak, kekadang orang masak Sup Ayam, dia ada rasa macam hanyir kan? Petua dia senang je... Bila korang siap tumis bebawang semua tu, masukkan ayam and goreng je la sampai air dia kering.  Lepas tu baru masukkan air. Nanti ayam tu takde la rasa hanyir. Time basuh pulak, jangan lupa lumur dengan tepung gandum kasik hilang semua bau-bau dia tu.  Nak sedap sup, letak la akar ketumbar. Tapi haritu dekat Kedai Usop takde, so I letak akar daun sup je. Nothing fancy pon pasal Sup Ayam I ni, guna Perancah Sup Ayam Adabi je... Dah nak makan, tabur daun sup dengan bawang goreng yang fresh. I buat sendiri je. Mintak Sazli beli bawang kecik, memang kecik sungguh dia beli.  Ada la sebesar jari hantu. Kecik cinonet. Nak pulak buat bawang goreng menang 18 jam mengadap bawang je la. Haritu suruh beli bawang merah, dia beli bawang besar sebab dia cakap yang tu kaler merah. Hahahaha. Adoi. 

Now Sazli memang dah boleh diharap pergi beli barang. Kekadang ada la silap. Orang suruh beli Cendawan Tiram, bawak balik Shitake Mushroom. Pon boleh. Ketumbar dengan Daun Sup dia dah pandai beza. Dulu 3-4 kali salah. Macam I, tengah masak tetiba ada je menda yang takde. So, Sazli memang redha je kalau kena pergi kedai 2-3 kali. Muka dah Penyu dah. Tapi sebab dia yang nak makan, so dia tak boleh la marah. Hahahahaha. OKLah, tu je nak cerita kali ni. Boring ke cerita ni? Cakap la boring kalau berani. OKBye!

-eNd-

1 comment:

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. alhamdulillah syukur ^_^