Friday, January 17, 2020

An evening at Eco Ardence With Mira and Sveta

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu, I ikut Sazli pergi main bola dekat Eco Ardence. Situ Shein suka la sebab macam-macam menda boleh buat. Situ ada park, ada tempat makan etc. I pernah cerita dalam blog dekat sini. This time lagi best sebab ada Hamirah as well. Dia bawak Sveta, I bawak Shein. Cuaca pulak sangat cantik. Last time masa datang tu hujan so leceh la jugak sebab habes basah sependa semua. Kali ni cerah je. Pulak tu ada Lion Dance, Nyanyi-nyanyi sempena dengan CNY, memang meriah! Game pon I tengok makin banyak. Dalam hati 'Cukup ke bawak RM200.00 ni?' By the time nak balik duit tinggal limablas ringgit. Tu pon naseb baik masa beli Eskrem dekat Jaya Grocer guna Debit Card kalau tak minus duit. Nak bawak manusia nama Shein kat sini kalau takat ada RM50.00 je tak payah la sebab confirm takkan cukup punya. Dah la dia jenis lepas makan nak kena dessert. Dessert dekat Cafe/Restaurant eh, bukan yang beli dekat Flea Market. Ikut perangai sapa ko ni Shein? Eh. Hurm. Okbye. Hahahaha.

Kitorang sampai dalam pukul 6.00pm and sampai umah dekat lewat malam jugak la. Saz ada bola. Lepas siap bola, dia makan and mandi lepas tu baru gerak balik. Tachiu Mira sebab sanggup datang jauh-jauh sampai ke Eco Ardence ni. Dah pesan siap-siap kena bawak duit sebab dekat sini kalau nak main-main semua pakai cash and kat sini takde ATM (Sorry, ada ATM. Dekat dengan Kedai Mamak sebelah Pharmacy). Korang kalau duduk area sini, boleh datang bawak family. Best tau? Dekat sini, Shein incharge. Kita semua kena ikut je cakap dia, mana dia nak start dulu. Sveta tu dia panggil 'Adik' and dia bahasakan dia 'Abang Shein'. Awwwww Shein. Sweet sangat dia ni. Dah ready nak jadi Abang ke tu?


Sampai-sampai memula main panjat-panjat dekat playground lepas tu sewa basikal, pusing keliling taman. Sewa RM15 kot untuk satu basikal. Shein ambik satu, Kitorang semua ambik satu basikal naik 3 orang. 
OK I nak cerita sikit pasal I sangat kecewa sebab kenapa macam tiba-tiba tak pandai bawak basikal????? Dah dua kali I datang sini bawak basikal ternyata macam apa je. Hamiraaaah...!! Adakah ini faktor umur ke apa? I agak basikal dekat sini alignment dia tak OK la wei. Sebab nanti dia jadik kekiri kenanan dah macam orang mabok bawak. Tapi apesal orang lain bawak OK je? Contohnya : Shein. Hahahaha. Kelakar la masa bawak ni. Dah la naik bertiga. Asal selisih dengan orang je, melelong sebab takot belanggar. Lepas tu kalau ada orang jalan, I akan cakap 'Sorry sorrrryyyy tak pandai bawak basikal...' Sebab almost telanggar la apa la. Mira dia ingat dia hebat, dia bawak langsung la tak bergerak. Penat kitorang ketawa sampai Sveta marah suruh diam. Garang betul dia.



Ni la basikal tu. Sveta duduk paling depan. Mira cakap kena kayuh synchronize. Baru dia OK. Kitorang pusing satu pusingan je sebab fade-up. Last-last berenti layan Lion Dance. Lagi bagus.


I tanya Mira, 'Baju tu pakai sempena CNY ke?' Dah pesan kat Mira, datang sini pakai flat shoes. Takyah beria cantik-cantik tetiba lepas ambik gambar, eh sapa tu yang baju hitam. Siti Nohaliza ke? Hahahaha.


Frust la bangang je bawak basikal, kita berenti je dekat sini tengok Lion Dance. Best la. I suka music dum dum cheh dia. Shein pon happy la. Dia goyang-goyang badan menari.  


Harini Shein bagi kerjasama ambik gambar dia. Biasa semua taknak.


Basikal tak pulang lagi dah nak main menda lain. Cakap kat Mira, 'Kalau basikal kita hilang macam mana?' Naseb tak hilang. Sudahnya I dengan Shein yang return balik basikal tu sebab Sveta sebok nak main Bubble. Harga : RM5 untuk sepinggan bubble. Sepinggan ke? Hahaha. Janji korang paham.


Waaaaaa pandainya Shein.....


Hamirah and Sveta. Sveta suka pakai Tutu Skirt. Girls memang kaki berangan kan? Macam anak-anak Dyba pon sama kuat berangan. Cute je. Sveta main bubble ni dia garang je sebab ada anak cina mana entah, suka letopkan bubble dia.


Shein tak berapa enjoy main Bubble so dia nak main bumper car ni. 5 minutes 5 ringgit. 2 round Shein main. Each 30 minutes over. 


Siap main Bumper Car, Shein cakap nak makan. So macam biasa, Beriani la... Bamboo Beriani ni portion dia besar and sedap. I tanya Mira,  'Mira, selera kita makan. Ni sebab sedap ke sebab lapar?'


Excited ni Mira ambik gambar. Kita share makan anak beranak. Shein dengan I ambik Chicken Beriani while Mira ambik Lamb Beriani. Licin habes semua satu nasi pon tak tinggal. Hahahaha.


Siap makan, kita cari dessert. So makan kat Gula Cakery. Actually Shein nak ajak makan kat sini dari awal. Dia cakap 'Let's go cooking place mainan'. I tak paham dia nak apa. So buat bodoh je la. Sekali siap makan beriani I cakap kat Mira. 'Jom pergi Gula Cakery. Kat situ ada tempat mainan masak-masak' and cinggggggg baru I ingat. 'Patut la Shein cakap tadi, dia nak makan kat Gula Cakery tu la'. Shein pon selamba jawab 'Baru ke paham Mama?' HAHAHAHAHAHA.  Pandai la kan nak sound Mama? Ko cakap Bahasa Melayu pon huru-hara. 


Mira punya


Burnt Cheesecake.

Siap makan kat sini, 2 ketul tu nak main Marry Go Round pulak. Kasik la 2 round. Lepas tu cakap kat Bangla tukang jaga, tak boleh dapat discount ke? Hahahahaha. Dia tak kasik la wei. Bagus Bangla ni. Dia ada integrity. By this time, Mira dah takde duit dah so dia kena balik lah. Bahaya kot nanti Sveta nak main bumper car pulak. Saz pon cakap dia nak makan dengan kawan-kawan bola dia. So I bawak balik Shein kat area Bumper Car. Saja carik pasal. Duit ada balance ni, habeskan je semua. Ikut konsep Rish, 'Ni dah nak gaji, I kena habeskan semua duit yang ada'. HAHAHAHA


Tengok Lion Dance lagi sekali. Lepas tu Lion tu ada baling-baling orange. Shein dapat. Dorang percaya sapa dapat bola ni dia ada ONG. Si Shein ni I tengok cara dia makan limau main gigit je, takde der nak makan seulas-seulas. Terfikir. 'Ada eh orang makan limau macam ni'. Lepas tu fikir balik. Memang ada. Aku. Hahahahahaha.


Siap main Bumper Car, Sazli pon sampai. Dia ajak Shein mandi terus. 

Sini pon ada toilet untuk shower untuk footballer so senang la. Shein pon penat ni. Takot kalau tak mandi nanti dia dalam kereta dah tido. Sampai umah nanti dah kesian nak kejut. Dah la bepeluh-peluh sangat. So better mandi. Siap mandi dah wangi, hensem pon. Ada hati tu taknak balik 'Abah, can we stay? I want to play football', Hebat kuasa meladi Shein ni. Lebih hebat dari Mama. Masa dalam kereta dia awake la sekejap. Main dengan toys yang dia pau I dekat Flea Market. Spiderman kot? Tak sampai 10 minutes, gone. Penat sangat la tu. Sekiaaaaaan cerita dekat Eco Ardence. Minggu ni tak sure Saz ada bola lagi ke tak. Kalau ada, boleh la datang lagi. Pastu bawak sekali khemah, kot-kot Shein taknak balik, kita tido sini je. OKBye.

-eNd-


1 comment:

Han Hanni said...

eco ardence mmg sesuai utk port family.. santai2, chill2,, enjoy spend time with family.