Friday, January 24, 2020

Sambal Ayam, Pavlova and Hamirah

Assalamualaikum..

Haritu I ada buat Sambal Ayam. Saz cakap nak makan kering-kering. Seeeeet! Lagi senang kerja. Buat satu lauk je la. Haha. I masak ni macam less than 30 minutes sebab senang je. Sambil goyang tetek tetiba eh dah siap! Hahaha. Dulu I kalau buat sambal, sure nak guna lesung batu sebab rasa kalau blend tak sedap. Tapi haritu I buat sambal pakai blender je, sedap jugak pon. Yang penting cara dia kena betul. Bahan-bahan pon tak banyak. Nanti nkorang try eh? Sorry lah. Dalam blog I ni semua lauk bangang je. Takde fancy-fancy. Tapi InsyaAllah sedap. Shein pon suka je makan. Tapi dengan syarat kena suap la. Makan sendiri taknak. Manja. Geram je.

Untuk Sambal Ayam ni. Bahan dia I guna sebiji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 biji lada besar merah, 10 tangkai lada kecik merah, setengah inci halia and blend dengan air sikit. Ayam tu garam kunyitkan and goreng. Ketepikan. Panaskan minyak, lepas tu tumis la bahan blender. I masukkan dalam sesudu gula awal sebab nak kasik sambal jadik kaler maroon baru macam selera sikit nak makan. Lepas tu masukkan cube ayam. Masak lama-lama sampai sambal masak. If kering sangat, masukkan air sikit. Last sekali baru masukkan asam keping, ayam and bawang besar hiris. Dah gaul sebati semua baru I masukkan garam. Sebab ayam tadi dah ada garang, taknak dia masin sangat, Siap!! Senang je kan?  


Ayam Sambal. Terliur la tu.



Simple but sedap Sambal Ayam ni. Dulu masa I sekolah, suma beli Nasi lauk Ayam macam ni dekat Shima. 80 sebungkus. Resepi sama je tapi dia tambah belacan.


Siap kemas umah, masak, suami dah makan dengan gembira, I pon pergi GE Mall jumpa Hamirah. Sebab I tingin makan Pavlova.


Hari Jumaat padahal dah makan, tapi lepas tu eh tetiba teringin lagi. So I order. Makan half lepas tu....


Mira order carrot cake. Tetiba I mintak swap and Mira pon redha. Sekian terima kasih.

Mira sekarang tengah nak kuruskan badan. Dia memang jenis kuat ni determination. Start puasa/diet/jogging dari bulan Sebelas. Sampai bulan satu, eh eh turunnya baru 2 kilo lebih sikit. Kalau I, dah lama give up. Bagus Mira ni. Hahahahaha. Mira cakap, bila dia start buat jogging seminggu 3-4 kali baru la turun banyak sikit la gerak. Kalau tak, dia statik je. Nak diet, keluar dengan aku memang jawab dia kelaut lah. Dah I order Pavlova, takkan ko nak tengok je? Order la jugak. Lepas tu orang order air kosong, dia upgrade minum Americano. Gula pulak letak banyak sampai manis. Hahahaha. Ishk, tengok balik gambar Pavlova ni macam menggoda pulak. Adoi.

-eNd-

2 comments:

Atie said...

K.sue...kiranya tak pakai cili kering la eh...pakai cili besar merah dgn cili padi merah jer yer..

Chooyaya! said...

Atie : Ha a... tak pakai cili kering