Wednesday, February 26, 2020

Masak Apetu?

Assalamualaikum..

Haritu macam teringin giler nak makan Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api. Masa Sabtu I tengok ada je kat kedai Usop. Tapi time tu nak masak Nasi Lemak so postpone la niat. Bila datang hari Isnin haritu tengok takde pulak. Tengok ada kangkung. Kangkung pon kangkung lah. (Ingat tak lagu dalam Youtube : Kangkung dulu naik sekarang dah turun hahaha).  Boleh masak lemak jugak. Atiq yang ajar I kangkung masak lemak. Campur dengan udang. Sedap! I dah ambik number Usop dengan Shahir dah. Nanti lepas ni kalau nak apapa whatsapp je. Tak pon suruh simpankan. I suka kedai Usop ni sebab dia macam kedai Acheh. Tomato boleh ambik 2 biji, limau nipis sebiji, bawang besar 2 biji. Hahahaha. Comel kan? Kalau beli kat market kan kena beli banyak-banyak. Tu kekadang bawang I sampai jadik pokok. Punya lama simpan dalam peti ais.

I now baru je pandai masak kuantiti sikit-sikit. Dulu kalau masak 2 orang gaya macam nak makan 5-6 orang. Nak masak untuk 5-6 orang macam untuk 10 orang. I tak pandai nak agak la. Macam kat rumah Mak Azizah, dia ada periuk kecik comel tu. Untuk masak nasik sepot dua. I sukaaaaaaaa. Macam periuk I ni besar. Kalau masak nasi sepot, dia jadi keras sebab leper je kat permukaan dia. Nanti nak tengok la kalau ada dalam Shoppee. Now I masak 2-3 pot, lepas tu kalau tak habes, simpan dalam peti. Simpan dalam peti tu jaga hati je. Kesudahannya humban jugak. Membazir je rasa. Now pulak peti ais besar. Lagi besar peti ais, lagilah merapu dalam tu semua nak simpan. 


Korang try la Kangkung Masak Lemak Cili Api campur dengan Udang ni. Sazli, Intan and Dyba cakap sedap. I pon rasa macam sedap je.


I kasik resepi. Senang je. Blender  setengah inci kunyit hidup dengan 8 tangkai cili padi merah and 2 ulas bawang putih. Kalau nak masukkan serai yang dititik ok jugak. Lepas tu tumis sampai la hilang bau. Dah tu masukkan la air and santan. Santan I guna santan kotak je. Perasakan dengan garam and cube ikan bilis. Dah tu masukkan udang, daun kunyit diracik halus and batang kangkung. Bring to boil. Last sekali baru masukkan daun kangkung. Siap!


Sambal Belacan Tomato.

Kita suka order Pecel Lele Abah dekat dalam Food Panda. Sazli cukup suka Sambal Ayam Penyet tu. Very simple je. I rasa dia takde masak apa pon sambal tu. Just sambal belacan biasa tapi dia letak tomato and jugak perah dengan air limau nipis. So  I try and kata Sazli sama! Yayyyyy. Senang je nak buat. Tumbuk 4 batang lada besar merah dengan 10-15 tangkai cili padi merah with sebesar ibu jari belacan. Masukkan gula, ajinomoto and last sekali masukkan tomato yang dihiris. Manja-manja je tumbuk. Last sekali masukkan air dari sebiji limau nipis. Siap!


Ada Ayam Goreng dengan Ulam-ulaman as well. Teh O Ice siap. Selamat Berbuka Puasa!



Sabtu tu buat Nasi Lemak simple.  Ada telur rebus, timun dengan Ikan Bilis je. Hamirah pulak banyak demand. Kacang takde ke? Ayam Goreng Berempah? Banyak lemak kan? Orang dah buat pon kira bersyukur dah.  Oh tu ada Rendang Ayam, beli kat kedai Usop. Nampak sedap je. Tapi sekarang dia menginap dalam peti ais sebab takde sapa makan.


Ni tapau untuk Mak Azizah. Bagi dia rasa. Suka la dia sebab takyah fikir nak makan apa dah for lunch.


Mira datang rumah petang tu, ni je dia dapat. Ikan Bilis Goreng pon dah takde. Lepas tu ehhh banyak complain. Geram je,

Kat rumah I ada Beras Wangi je. Kalau nak masak nasi lemak guna beras wangi dia kena kerja extra. Tak boleh lebih air nanti nasi jadik benyek. So I buat sukatan biasa. 1 cawan beras, 1 cawan air (air campur santan lah). Bila dah siap masak, dia akan jadik keras sikit la. Lepas tu I kukus pulak. Result : Sedap la, nasi dia berderai  je. Nak lagi sedap gunalah beras Basmathi. Telur tu I rebus air sampai menggelegak and masak telur for 10 minutes. I tak suka rebus sampai kuning dia tu jadik hijau. Dah 10 minutes terus keluarkan dari air, and rendam telur dalam air sejuk untuk stop proses memasak.  Timun guna timun jepun. Masak 6 pot, petang tu setel dah semua. Shein pon suka jugak. Oklah, macam ni next time boleh masak lagi. Bye!

-eNd-

No comments: