Tuesday, February 28, 2023

Resepi Spaghetti Al-Fredo

Publish 3 April 2020
Republish 28 Feb 2023

 Assalamualaikum



Wei, Jumaat dah ke? Ya Allah rasa macam baru je Isnin tetiba harini dah Jumaat. Bila kita dah tak count days, so dia akan jadi sekejap la kan? I ingat lagi dulu masa Form 3, suka sangat pergi sekolah. Taktau kenapa. Hari-hari pon happy. Sebenarnya tau sebab apa, tapi saja je cakap taktau hahahahahah mengada. I rasa, masa Form 3 la the best moment dalam zaman persekolahan (Sekolah Menengah) I. You know perasaan dia bila malam tu, tak sabar nak pagi sebab nak pergi sekolah. Bukan sebab nak belajar ye tapi sebab lain? Not good. Hehe. Tak dapat tidur wei. Pusing kiri, pusing kanan. Excited lain macam. Bila dah nak hujung tahun, rasa macam sedih je. Sapa suruh senior handsome-handsome? Masa tu dekat sekolah I duduk dengan Kasmawarni. Cantik sangat dia macam Lydiawati. Dia ramai giler la peminat, I biasa jadi Posmen la tukang kirim salam semua. Sekarang yang kirim salam kat Kasma tu nak puji-puji kata kita sekarang dah cantik la apa la. Abes dulu I buruk ke apa?  Shadapyu! Kasma tu, cikgu-cikgu pon macam ada je yang syok kat dia. Until now, kita ada je lagi contact each other dalam FB. Sampai sekarang pon dia still cantik lagi.

Not bad jugak kan sebenarnya RMO ni. Dari haritu aku tulis not bad not bad aperhal? Harap jangan la ada yang giler eh? Hahaha. Ada readers I cakap, dia masak tetiba termasuk air nescafe dalam tu. Ko dah kenapa? Stay safe, stay sane people. I tau, no matter how much you love to stay at home but deep down mesti rasa stressed jugak sebenarnya. Tak dapat nak keluar rumah, tak dapat tengok dunia luar and rasa macam terpenjara semua kan? Jangan la nak deny. One things yang nkorang suka is tak payah bangun awal pagi untuk pergi kerja je. Hahahah kan? Ke tak sebenarnya? Haha. Eh, tu aku! Tapi rasa macam best sebab I can spend a precious time with Shein. Hari-hari I tanya dia 'Who is your best friend'. Lepas tu cakap Safwan, Iskandar, Amy, Ms Ashika, Ms Hanna, Utsaf.. Bila I sulking peluk dada dekat ketiak baru dia cakap 'Oh sowwy, Mama la!'. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Anyways, I nak share resepi Spaghetti Alfredo. Tapi kekadang orang panggil Spaghetti Carbonara. Actually kata Kidd, Carbonara tu ingredient dia very basic. Cuma guna Beef Bacon, Egg Yolk, Cream and Black-pepper je. So ni kita Spaghetti Alfredo la eh? Ha a. (Aku tanya aku jawab kbye)


Kuah Al-Fredo. Boleh makan dengan Spaghetti, Penne, Fussili, Rotini, Fettuccine, Shell, Rotelle or apapa la your favorite Pasta. Tak kisah. Macam I, I suka Spaghetti, Penne and Fusilli. Selain dari tu I juga suka makan dan tidur.



Ni I letak extra Baby Spinach sebab I sukaaaaaaaa.



Nkorang boleh buat either masak sekali pasta macam ni (Tapi kena makan right after la) Atau buat kuah asing. I suka kalau campur sekali, so dia rasa macam lebih sedap la and perasan macam ala-ala restaurant. Gittew. Berangan ajer lah kerja nko kan?


I letak udang frozen. Kurus je dia. Maybe kurang makan during this RMO period. Hehe.

Bahan-Bahan
Half Packet Spaghetti (rebus) or any of your desire pasta. tak kisah.

4 biji bawang putih - dihiris

1 biji bawang besar - dihiris
Minyak Masak @sajimalaysiaofficial - 5 sudu besar
1 sudu besar chili flakes
Cendawan butang - 8 biji
Udang - 10-15 ekor ikut suka or ayam ke, sosej ke. tak kisah
Crush black-pepper - 1 sudu kecil
Crush white-pepper - 1 sudu kecil
Cube Ayam - 1 ketul
Garam - secukup rasa
Cooking cream - 250ml
Air rebusan spaghetti - 150ml
Susu Full Cream - 150ml
Cherry tomato - 8 biji belah dua
Baby Spinach - 2 genggam
Parsley - 1 sudu besar



Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih and bawang besar
3. Masukkan Chili Flakes
4. Masak dalam 2 minutes
5. Masukkan cendawan butang dan udang (or any protein yang nkorang nak guna)
6. Masukkan lada putih, lada hitam dan cube ayam
7. Masukkan cooking cream, susu dan air rebusan spaghetti
9. Masukkan spaghetti
10. Masukkan tomato and baby spinach
11. Perasakan dengan garam dan taburkan parsley.

I bet, lepas nkorang guna resepi ni, nkorang dah taknak dah guna any instant pasta sos punya yang dalam tin/botol tu. SERIOUSLY. Next I nak mintak Kidd ajar I untuk buat Pasta yang tomato based pulak. Letak Fresh Basil, OMG sedapnya. Rasa masam manis... I taknak letak any protein. Teringat dulu makan Pasta masa dekat Itali. Sedapnyaaaaa. Sekarang Itali tak boleh la nak pergi dah sebab Covid 19 teruk kan dekat sana. Kita ni pon entah macam mana. Sambung lagi ke RMO? Bazaar Ramadhan confirm dah Selangor Cancel. Raya pon taktau macam mana. Sedihnya.... I hope sangat kita Rakyat Malaysia bersatu padu, berganding bahu untuk memastikan Covid 19 ni dihapuskan dekat Malaysia ni at least sebelum Raya. Jangan la ada yang degil still nak berkenduri bagai. Tunggu dulu. OK?

OKlah. Panjang lebar dah ni I tulis. Stressed aku kena dengan readers ni. Ramai benar DM dalam IG pesan 'Kaksu jangan lupa update blog. Hari-hari bukak takde new entry. Busy sangat ke?' BUSY SANGAT KE DIA TANYA I? Hahahahahah. Adoi. Sabar ajer la.

-eNd-


No comments: