Monday, June 22, 2020

Kek Marble

Assalamualaikum..

Haritu macam teringin giler nak makan Marble Cake, so masa kitorang pergi rumah De I buat la Butter Cake. Menjadik la. Cuma rasa dia pelik sikit sebab yang coklat tu I letak Chocolate Emulco so rasa dia macam tak berapa sedap. Patut letak je Cocoa Powder biasa. Moist, manis semua ngam dah. Taaaaaapi I punya impian nak buat butter cake yang atas dia moist giler. Dalam dia pulak lembap tak berderai tapi tidak la pulak jadik too light macam sponge cake. So far, I tak jumpa lagi resepi yang macam I nak but rasa dia almost macam Marble Cake yang ada dekat Starbucks tu. I taknak dia ada frosting apapa. Cake sahaja. Boleh imagine tak rasa dia tu macam mana? Sesapa yang ada resepi Moist Buttercake boleh share dengan I OK? Nanti I try. Bahan-bahan dekat rumah InsyaAllah semua dah ada. Macam biasa, roh rajin tu dia tak selalu datang kecuali kalau I bake lepas tu ada orang tolong basuh tools semua and tolong kemas dapur. Yang tu OK. Hahahahaha. Hari-hari bake pon OK kalau ada Bibik. Bibiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk bekas.....!! Zaaaappp sampai. (Berangan).

Resepi ni I dapat dari kawan Office I nama Atin. Korang boleh cuba. Senang je. I agak, kalau guna pure butter maybe akan rasa lebih sedap. Kot?

Resepi Kek Marble Moist

250g butter (1 ketul buttercup)
1 cup gula halus
3 biji telur saiz A
1 sk esen vanila
2 cup tepung gandum
1 sk baking powder
2 sb susu pekat
1 sk pewarna coklat (adunan A)
1 sk pewarna kuning (adunan B)

  • Pukul butter dengan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persat. Sambil pukul adunan, masukkan esen vanila, masukkan tepung gandum, baking powder & susu pekat.. Pukul hingga rata.
  • Asingkan adunan kepada 2 bahagian.. satu adunan letak pewarna coklat (adunan A) & satu adunan letak pewarna kuning (adunan B)
  • Lumurkan butter sikit dalam kertas minyak dalam acuan.
  • Masukkan adunan B sikit-sikit secara selang seli dengan adunan A sampai habis.. Ambil lidi dan tarik untuk corakkan.
  • Bakar pada suhu 170 darjah selama 45 minutes.


Marble Cake guna acuan empat segi 8x8. Beria lapik semua. Ingat kedai ke? Hahahaha.


Adunan I bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian tu semua kuning. Lepas tu lagi separuh tu I bahagi pulak 3 bahagian. 1 kuning, 1 coklat, 1 pink. Pink tu I letak perisa strawberry. Lepas tu separuh tu I letak dalam loyang semua and yang 3 warna tu I suduh-sudukan macam dalam gambar. Paham ke tak I explain ni?


Lepas tu I lorekkan dengan lidi satay. Buat random je. Lepas buat ni rasa macam bangga pulak. Hahahahaha.


Bila dah masak dia jadik macam ni lah. Dalam dia kosong, atas dia baru ada corak-corak. Makan panas-panas. Sedap!


Lunch kat rumah De, De masak Ayam Masak Lemak Cili Api, lawan dengan sambal tempoyak, kacang panjang goreng and Masak Lemak Durian Muda (Takde dalam gambar).


Ni anak buah I nama Rizki. Comel giler kan? Masa ni I tak pakai braces lagi so aman damai je nak makan. Hari-hari terakhir enjoy makan. Sekarang semuanya tinggal kenangan. 


Best friend. Amsyar and Shein.

Pejam celik, harini dah last dah Syawal kan? Rasa macam sedih meninggalkan Syawal. Covid punya pasal I rasa macam setengah tahun membazir macam tu je. Rasa macam banyak menda pending. Kerja, sekolah Shein, plan-plan semua kena tangguh. But I tau, setiap apa yang jadi tu adalah hikmah dia kan? Dah duduk rumah 3 bulan, bila nak start kerja dah jadik malas dah. Semua pon dah malas. Bila malas dah tak productive lagi. Gemok tak payah cakap la. Untuk semua-semua yang dah start kerja, I nak ucapkan selamat bekerja. I tau, norm baru ni kita akan rasa pelik and m a l a s and lemau semua but InsyaAllah we will get through it. Sama macam masa memula dulu kena memerap dekat rumah and rasa rimas. Lepas tu dah comfortable kan? Haaaaa. So good luck semua!

-eNd-

1 comment:

Azian Elias said...

tengah trend betul cake ni ye. ada yang siap berwarna warni dan sure rasa sayang nak potong. menarik sgt.