Monday, July 6, 2020

Pavlova and Burnt Cheese Cake

Assalamualaikum...

Nkorang bosan ke I asyik update pasal baking je? Hehe. Kasik chance pleaseeeeee. As for now, mana-mana cakes yang I buat for first time semua menjadi (Cecece). Cuma maybe kena improve untuk dapat better result next time. Dari segi taste, technique and ingredients. But untuk kali pertama kira OK la. Boleh makan. Sesapa yang suruh I jual tu, I taknaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak. Penat la nak kena kemas basuh peralatan semua. Kalau bake je and semua menda ada orang lain settle boleh la dipertimbangkan. Pertimbang ye, bukan bermakna I setuju. Sekarang ni yang menolong I bake biasa Shein je. Lagipon I takde pilihan lain. Dia je yang nampak berminat. Haha. Shein pulak kekadang emosi terlebih. Suara kuat sikit dia cakap I marah dia. Tau-tau dah bawah meja sebab merajuk. Merajuk satu hal, lepas tu kekadang tengah masak eh 'Mama let's play hide and seek'. Daaaaaaah satu kerja nak kena cari dia. Kena pura-pura tak jumpa pulak tu, dah bila kek aku nak siap?

Yang I buat Pavlova and Burnt Cheesecake ni dengan Hamirah. OK la dengan Hamira kira upgrade sikit sebab at least dia boleh diharap basuhkan peralatan, tapi kena cakap dua kali lah baru gerak. Hahahahah. Kitorang buat ni pon sebab bahan-bahan semua dah ada dekat rumah kecuali Berries je. Maklumlah time PKP semua menda nak bake. Tetiba roh rajin tak sampai-sampai. So ada satu harini, 2 jenis terus kitorang buat. My advice is, kalau nak buat Pavlova tu tak boleh rushing. Kata la nak makan esoknya time lunch, by malam ni dah kena buat dia punya meringue. Sebab Pavlova ni dia kena tunggu bebetul sejuk dalam oven, baru boleh letak whipped cream dia. Kalau tak texture dia macam mendap sikit. Haritu kitorang tunggu tak sampai sejam pon. So dia tak berapa firm. Nak kena repeat semula ni. Kali ni nak bake kasik garing sikit. Resepi I tak share lah sebab tak mencapai target macam yang I nak. Rasa ada, rupa ada tapi tak berapa umphhh. Meanwhile kalau korang dah tak tahan and tegedik jugak nak try, boleh Google je. OK?



Pavlova ni guna 5 biji putih telur dapat la size macam ni. Strawberry I suruh Mira beli yang RM5.00 sepeket sebab I tak boleh makan pon kalau beli strawberry mahal. Hahahaha.



Burnt Cheesecake. Rupa and rasa dah ada but next time I nak cuba yang guna heavy cream pulak sebab I nak texture dia macam melting inside.


Next time I kena lompongkan tengah dia so later nanti cream dia takde meleleh dekat tepi. Lama jugak nak buat kasik bentuk dia molek macam ni. Cita-cita nak buat macam Alexis tapi tak menjadi. 


Dalam dia I dah dapat dah texture macam marshmallow tapi nanti nak kena tunggu lama sikit untuk dapat lebih rangup.


Untuk Burnt Cheesecake yang cantik, guna bekas kecik so dia naik tinggi. Yang ni I guna resepi paling basic so rasa dia pon ala-ala basic jugak lah ye?


Dah siap!


Shein suka. Actually taste wise dia OK cuma dalam dia takde creamy and cair macam yang I nak. Tapi ada orang suka yang macam ni.

Lepas I study pasal Burnt Cheese Cake ni, I tengok ada a few method and kalau nak yang jenis creamy dalam dia, I kena guna heavy cream instead of whipped cream. Tu nanti I nak try next time. So far yang I makan sedap is dekat Tokyo Restaurant paling best la and Kenny Hills jatuh number dua. Yang resepi I ni, I guna cream cheese 250 gram, whipping cream setengah cawan, gula setengah cawan, tepung gandum 2 sudu, telur 3 biji. Resepi full ada dekat sini. Simple je nak buat yang ni. Confirm jadi. Nanti nkorang try eh?


Mira, bila nak repeat buat Pavlova?

-eNd-

2 comments:

Han Hanni said...

kami setakat kek butter buleh la wat sendiri. kalau guna cream2 bagai, memang pilih untuk beli yang dah siap je. hehehe.. sejenis tak yakin boleh hasilkan kek. hehehe

Noor Ariffshah said...

Sedapnya cake ni. Tak pernah cuba lagi..

Penyakit lemah tenaga batin Evo7ori boleh bantu!