Friday, May 18, 2012

Colosseum :)

Amboi muka... Macam good-good jer kan? Seperti dijanjikan... Bersama ini, disertakan sekeping gambar penulis didalam Colosseum di Rome Itali. Dah tak ikut turutan dah. Padahal sebelum tu ada visit Vatican City (St. Peter's Basilica). Tempat yang Edward Cullen konon-konon nak kena potong kepara pastu gf dia datang menyelamatkan dia pastu pastu pastu mereka bersama semula sehingga ke akhirnya.

Ok. Padahal ni dekat Colosseum lagi nak citer pasal Twilight. Pffft.

Ni Colosseum tempat tu Spartan bergaduh dalam citer 300 tu. Tau dak? Ha... Dekat sini la. Seriously I sangat kagum dengan tempat-tempat monumen sejarah yang ada dekat Itali ni. Serious memang macam kagum sangat dan best.  Ini tempat ribu-ribu tahun dulu, dorang dapat jaga sebaik ni. Bandar bersih, takder vandalisme.

Kalau kat Malaysia? Entah. Yang ada pon, A Famosa tu la yang tertua pun. Eh. Bukan nak kata Malaysia tak best sejarah dia. Tapi entah eh? Pergi la sendiri Rome, pastu rasala sendiri feel dia macam mana. Payah nak explen.

Bukan payah mana. Malas padahal. Malas ni simptom orang mengandung. Terima jer la.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Colosseum ni, google sendirik. Kbai.

-EnD-

Thursday, May 17, 2012

Beware, Aku Masih Hidup.

Salam...

Aik? Wujud lagi blog ni? Ingatkan dah terkubur seperti pusara di lebuh raya. Haha. Ok. Tak lawak la kalau lawak berkaitan kubur dan mati ni. Okbye. *Terus nak bye.

Jangan terkejut sebab dah lama I tak update blog. Haritu konon-kononnya nak update sehari sekali untuk share pengalaman Europe Tour. Petuhui! Bajet 15 hari katam la jurnal tu, tapi apakah malangnya nasib kerana badan tidak kesihatan adanya.

Last week on Sunday, I give up. Bagitau Sazli I nak masuk ward, nak masuk air pasal badan dah tak larat sangat-sangat. Memang I macam ni. Selagi daya, belagak punya pasal, I takkan jumpa doktor, takkan makan ubat dan mengharap antibodi akan ok sendiri. Tapi on Sunday tu, bila dah tak larat angkat kaki, tangan baru la nak pergi hospistal.

Sebelum pergi hospistal, call dulu. Check ada tak bilik single. Macam ni. 'Hello, nak tanya.. Kalau I nak check in malam ni, ada bilik single tak?' Amboi. Gaya tanya macam nak check in hotel! Haha. So, Ampang Puteri takde single room. Yang paling dekat Gleneagles jer. So, terus shot pergi sana.

Masa masuk drip tu. Doktor check air kencing and darah. I seriously memang tak larat sangat. Kegelisahan. Pusing kiri salah, pusing kanan salah, serba tak kena. Teringat kata Arwah Ayah. Kalau malam tak dapat tidur, gelisah satu macam, tu tandanya memang badan tak sihat sangat. I dah tak kisah apa dah. Buat la apa jer, janji I sihat.

Sekali laki aku masuk dekat bilik, bagitau I menandung. Dia pulak dah tears-tears. Dia  tanya I, 'Bubu tak happy ker?' I kata, 'Apa-apa la.. I tak larat sangat dah ni'. Tak sempat nak happy sebab I tak larat sangat. Esoknya bila dah lega sikit lepas masuk air baru cakap....Syukur alhamdulillah.... I menandung rupanya. Yang I ingat badan I tak sihat sebab dehydrate konon baru balik dari oversea tu, rupa-rupanya morning sickness la...

Memang tak larat sangat-sangat and kena jugak urine infection sekali. Kata Ira, sebab kencing tak cebok. Jahat taw?

So, malam tu I tidur dekat ward and the next day, lepas buat scan, doctor bagitau I confirm 7 weeks pregnant. Ada orang dalam perut! Sebab tu la loya, muntah, tak larat giler.. Oooo gini rupanya morning sickness. Memang tak daya sangat rasa.

I apa pon tak boleh makan. Tengok ikan nak muntah, tengok travel and living chanel pon nak muntah.Bau wangi semua busuk. Perfume ker, sabun basuh ker, semua busuk hatta hari pertama balik kerumah lepas discharge, I rasa bau pintu bilik air macam cibai. Busuk nak mamfus! Dah suruh Saz ganti yang lain. Ngeeeee...

So now, I bergantung hidup dengan memakan milo dan biskut empat segi tu jer. Pastu mihun yang tak pedas. Takder der sambal air mata semua tu. Salmon sashimi no no no. Apatah lagi western food. Pendek kata semua NO. I nak biskut, milo dan mihun jer. Kata Sazli, baby sangat low profile. Tak macam mak dia. Heh! Sesambil jer nak mengata kan?

I tak larat sangat badan rasa. Kerja rumah satu pun tak buat. Lantak la kat situ. Takder dah nak kemas katil tegang-tegang. Redha jer la dengan apa yang Sazli buat. Dia sidai kain kecik besar tak kibas dengan spenda main longgok pon  redha jer la. I punya artificial sanggul yang pakai pergi kerja habes dia masuk washing machine habes terburai pon redha jugak la pendek kata.

Tapi omel sangat Saz bila semua kerja dia buat. Dulu time I sihat, pemalas bukan main, sekarang ni lantai pon dia mop. Haha. Kesian Kayang. I dah cakap dengan dia, lepas ni kalau I sihat, I akan take over balik semua kerja tu.

Dah la. Sekian pengaduan untuk kali ni. Jangan nak bosan-bosan baca. Lepas ni banyak lagi pengaduan. Jangan nak komplen. Lepas tu jangan la mintak suruh upload gambar makanan ker apa sebab my number one enemy now is FOOD. (Selain dari biskut, milo dan mihun)

Mihun jer aku lalu makan? Bahaha. Padan muka. Bye.

Muka orang mabok.

-eNd-

Monday, April 30, 2012

Welcome back to Malaysia!



Helloi....!!! Welcome back to Malaysia!!! *Ucapan poyo untuk diri sendiri.

Dah 3 minggu I tak update apapa kan? I baru jer balik dari bercuti ni. Now tengah jetlag lagi. Pukul 2 pagi mata masih terkebil-kebil. Pukul 4.30 pagi baru nak tertido. Pastu I pandang Saz, Saz pandang I. Pastu senyum-senyum pastu pastu. OKBYE. Haha.

Kepada yang tertanya-tanya mana I pergi. Jawapannya ialah I pergi Europe Tour. Tapi cuma pergi Itali, France dengan Spain jer. Too little time yet too many place to go. Tak cukup masa. Tapi best! tempat semua best. Cuma makan jer yang tak berapa best. Masuk hari ketiga dah lapar nasik sampai nanges-nanges. Kalau kat KL eksyen sangat. Nak makan sushi, western all the time. Skali bila dah kat tempat orang baru tekak Malaysia asli. Kampung dot com sangat! Pahadan muhuke!

Nanti I cerita lain eh? Ni kira macam teasing entry jer la. I buat journal, satu hari satu entry. Ada 15 hari I pergi, so nanti boleh baca sampai menzampah dan muntah Oren. Bercakap pasal oren, orange dekat Itali kaler kuning kulit dia, tapi isi merah tau? Pastu kan, dekat tepi jalan ada pokok orange. Best giler, keluar kedai, petik orange pastu makan. Begitu hebat sekali! Serius jakun sangat.

Okbye

*Macam lahanat kan ending. Bye macam tu jer. Hiuw hiuw.

-eNd-

Monday, April 9, 2012

Yang Paling Tak Suka Ialah Packing. Yang Suka Ialah Makan.

Selamat hari Isnin semua! (Walaupun dah petang nak cakap jugak selamat hari Isnin)

Hari ni I nak cerita pasal apa yang terpaling I tak suka dalam dunia ni selain dari lipat dan susun kain baju. Perkara tersebut ialah jeng jeng jeng! Packing!! Saspen tak? Ke tak saspen pon sebenarnya? Ok fine. Kalau yang paling suka ialah makan. Haha. Tu semua orang tau kot?

Macam yang I bagitau sebelum ni, I akan away dari KL selama 3 minggu. Bermula dari hari Rabu ni, 11 April sampai la ke 25 April. Lama sangat tu. Terus I pening lalat macam mana nak packing, berapa banyak nak bawak baju and all. Serius I stress sampai megren.

Biasa la kan perempuan, kalau nak travel, kalau boleh dari sependa sampai la segala jenis pakaian nak yang baru. Padahal tu I yang nak, tapi I menyalahkan gender I pulak. Haha. Topi je beli sampai 5, pastu siap beli cekak rambut kaler biru ang-ang bereben sebesar gajah. Motip : Taktau. Sebenarnya tau. Motip ialah, kiter ni pelancong, konon boleh la pakai yang macam-macam. Taktau pulak nanti ada yang menyampah tengok kata I fashion victim T___T **Tapi aku peduli apa?

Misi nak mencarik barang-barang ni bermula dari minggu lepas lagi. Nak beli topi la, leather jacket la, kasut sneakers la, boot la (amboi) dan segala mala baju nak baru jugak. Haih. Susah la macam ni kalau nak semua baru. Nasib baik suami baik hati membagi sedikit saguhati untuk membeli baju-bajan baru. Dah kalau dia beli jeans baru dengan baju Ed Hardy takkan aku nak tadah air liur keluar dari mulut tis tis tis pulak kan?

So far, satu menda pun I tak packing lagi. Sazli dah siap susun baju dia sederet. Baju tidur, baju jalan, baju sejuk, jacket, kain pelikat molek jer tersusun. Terus jer I stressed. Pasal I satu pun tak siap. Si Intan yang nak pergi Hong Kong ni pun hari-hari google info itu ini lagi la. I macam 'wadefish?' Aku satu menda pon taktau wei. Bajet cool macam eskrem Mat Kool.

Persediaan yang I buat adalah menonton cerita 'Letter To Juliet' dengan 'The Tourist' sebab lokasi tempat yang kitorang nak pergi ni nanti dekat sana. Haha. Kira homework jugak la tu kan? Aci tak?


Misi mencarik barang-barang bermula di KLCC dan tersesat ke MAC. Intan ambik blusher and I amek blusher + eye liner kaler hijau ang-ang limited edition. Dah beli menyesal. Macam biasa la. Pastu taktau apa relevannya kena beli barang mekap padahal tak perlu pon. Perempuan.

Terus ke GAP. Nampak baju putih cantik. Intan pon nak. Sorang ambik S, sorang ambik M. Masuk fitting room. Bila try jadik macam wanita mengandung, padahal gemuk in denial. Terus letak balik.

Leather jacket dekat Zara dah cantik. Harga affordable la. Tapi tadek size. Diskriminasi terhadap orang gemok. Memang tak cool. Begitu jugak di Guess, Esprit dan MNG. Semua tadek size. NI MEMANG ORANG GEMOK TAK PAYAH PAKAI LEATHER JACKET KER APA NI? Sarung memang muat la, tapi nak zip tak boleh (^_^)

Perempuan gemok teringin nak pakai skinny jeans. Tak sedar diri gemok. Pergi ke Uniglo. Keluar dengan kecewa. Skinny jeans yang boleh sarung terus tu memang nampak giler ah buruk, gemok dot com. Ambik yang ada zip. Suasana pemakaian masih boleh dimaafkan T_T

Intan pun terpengaruh. Terbeli sweater dekat Uniqlo. Design sama. Kaler sama. Size jer lain. Kata Intan, takper beli sama. Sebab destinasi lain-lain. So orang taktau. Baiklah.

Balik ni nak packing sikit-sikit. Pastu nak beli toiletries dengan megi cup banyak-banyak dengan biskut beras jenama Wang-Wang sebab rasanya enak. Tak sedar dah habes sebungkus yang dalam dia ada 40. Hebak hebak.

-eNd-