Tuesday, August 18, 2020

Cara Betul Masak Beras Wangi

Assalamualaikum..

Harini I nak share cara macam mana nak masak Beras Wangi dengan cara paling mudah and confirm sedap. Takkan lembik, takkan keras. Ramai je yang failed bab masak beras wangi. Termasuklah I dulu. Biasa akan lembik lah sebab guna measurement macam masak beras biasa. Tapi now I dah expert masak Beras Wangi. Actually senang je. No need to use your finger. (Guna Uncle Roger punya intonation). Sapa tengok Uncle Roger punya video yang dia marah BBC Chef masak nasik guna method salah tu? Boleh tengok dekat dekat bawah sini.

Tapi kalau use finger ni kalau masak beras biasa. Untuk beras wangi, ukuran dia is 1 part beras, 1 part air. Tak lebih, tak kurang. Masak nasi biasa ke, nasi lemak ke or apapa pon, itulah ukuran dia. Basuh bersih-bersih sampai hilang warna putih tu lepas tu ukur la one part beras, 1 part nasi. Nanti nasik akan masak elok. Beras wangi ni kalau lebih air dia akan lembik. I biasa guna Beras Wangi Cap Rama-Rama. Harga for 5kg dalam RM30-35 macam tu. I pon dah lupa berapa exactly harga dia. Haritu tengok beras wangi Rama-Rama takde, I beli yang timbang punya. Sekilo RM6.00 harga dia. I masak guna cara yang sama and result dia OK. Ingat, 1 part beras, 1 part air. InsyaAllah menjadi.

 

Haritu I Goreng Ayam lepas tu buat Sambal Ayam Penyet and Ulam Petai. Makan dengan Beras Wangi. Sedap! Sebab beras wangi ni dia ala-ala pulut. Kalau kena cara masak, memang sedap. Lepas ni jangan takot dah masak beras wangi OK?

Kalau masak Nasi Ayam or Nasi Lemak pon sama jugak ukuran dia. Santan sepeket tu biasanya kalau ukuran cawan I, akan dapat segelas la. Kalau masak 5 pot beras, Air + Santan pon sama 5 gelas. Nasi Ayam pon sama jugak. Let say kalau keras kan, lepas tu nkorang boleh kukus pulak. Nasi if keras lagi bagus dari lembik sebab boleh kukus. Cara kukus macam biasa je. Bawah letak air, atas letak Nasi yang keras tadi. Tunggu dalam 10-15 minutes lepas tu good to go. Lagi sedap! Kalau nasi lembik, yang tu memang tak boleh buat apa la. So lebih baik kurang air dari terlebih air. Bekas pengukus boleh beli dekat Shoppee. Banyak yang murah-murah. Kalau nak yang stylo sikit boleh guna jenis Tuppaware. 

Selamat Mencuba!

-eNd-





4 comments:

Amie said...

Nampak cantik kejadian nasi beras wangi tu. Lauk-pauknya pun mengancam selera!

Chooyaya! said...

Annie : Lauk2 tu memang ikut selera sazli. dia suka la makan kering2 macam ni. hehe. tapi lauk2 macam ni memang bahaya. bertambah2 kalau makan.

Maie said...

Kita terjebak melayan uncle roger tu sbb kaksu 🤣

Unknown said...

ape maksud satu part beras satu part air ye ? 1 cawan beras 1 cawan air ea?