Thursday, November 20, 2014

Resepi Nasik Goreng Bodoh

Assalamualaikum..

Kan ada masa tetiba dalam peti ais takde apapa. Sayur, lada kecik segala mala tadek. Yang ada cuma bebawang, telur dengan ikan bilis. Jangan panic! Sebab InsyaAllah dengan bahan simple macam tu, I akan ajar korang untuk buat nasik goreng terpaling bongok, terpaling simple tapi thorrrrrrrrpaling sedap. InsyaAllah.

Haha. Poyo jer intro. Yang tetiba dalam peti ais tadek apapa tu bukan umah oghang poonnn. Umah hang je padahal. Kah kah kah. Actually terhasilnya nasik goreng superbly bongok ni ialah Shein. Ada satu hari ni, Sazli kata teringin nak nasik goreng simple. Se-simple yang I boleh buat. Niat dia sebab taknak susahkan I tapi still nak makan yang I masak. So I pon buatkan la Sazli. Guna lada kecik yang dah kecut-kecut tu. Asal boleh jer. Bahan-bahan lain I hiris-hiris je. Bila dah siap, tetiba Shein ngendeng. Banyak giler makan. Padahal I buat lebih untuk bawak bekal Sazli pergi kerja esoknya tapi sebab Shein makan macamkan I masak sedap sangat, so malam tu jugak dah setel. Fuiyooooooo!!

I rasa tadek la pedas sebab almost macam tak rasa lada. Lada kecik tu pon I guna yang dah kering giler. Haha. Sian aku. Lepas sesuap, sesuap Shein makan sudahnya I sendiri stop suap takot perut dia meletop. Haha. Shein ni dengan Abah dia sama jer kaki bodek. Kalau Mama masak apapa macamkan sedap sangat je. Sazli tuuuu lagi laaaaaaaaa. Mana yang I masak tak sedap? Semua sedap. I love U Papa. Nak uwet!

So, the next day I buat yang version tadek lada kecik. Balik kampung tu ari pon I buat jugak macam ni. Mak pon kata tak sangka tadek bahan boleh jadik rasa macam ni. Dorang ni memang sengaja nak bagi I jalan guna lobang idong tau? Hahaha. And semalam also Sazli ask for this nasik goreng. So korang kena try. I jamin korang akan suka. Simple yet sedap. Budak-budak pon boleh makan. Jangan nak cebik-cebik mulut, senget-senget hidung. Tampar kang. Cuba dulu baru tau. Ok?

Bahan-Bahan
  1. Nasik putih
  2. Bawang merah dan bawang putih dihiris halus
  3. Ikan bilis - digoreng terlebih dahulu
  4. Telur 2 bijik (depends on banyak mana nasik)
  5. Minyak untuk menggoreng
  6. Garam/Cube Ayam/Ajinomoto (optional)
Cara Membuatnya

  • Memula panaskan minyak lepas tu tumis la bebawang. Musti sampai half garing. Ni rahsia kesedapan nasik goreng ni. Tapi jangan la garing macam nak makan dengan sup
  • Lepas tu dalam kuali yang sama, pecahkan telur. Bebawang tu korang tolak ketepi je. Buat macam scramble egg. Bila telur dah masak mix all together sekali dengan ikan bilis
  • Masukkan nasik. Gaul rata. Lepas tu rasa. Kalau dah masin tak payah bubuh garam. Kalau tak, masukkan garam and ajinomoto lepas tu.
  • Siapppp!! Kacang mak enon woi! Ni pejam mata pon boleh buat.

Kalau korang masak nasik goreng, if korang masukkan telur dalam perencah awal-awal, kalau nak bagi nasik tu rasa sedap, jangan masukkan garam awal-awal. kalau tak nanti masin tu kena dekat telur jer. Masukkan garam last sekali. tu petua dia. Kalau tak, buat scramble egg awal-awal, jangan campur dengan perencah. Baru rasa masin dia sekata.


Nasik goreng bodoh

Yna Dona pon dah buat nasik goreng ni. Kata dia, baby girl dia makan sampai 4 kali tambah. I saspek bebudak memang suka la nasik goreng macam ni. So sesapa yang ada baby sebaya-baya Shein boleh la buat nasik goreng macam ni. Cuba la. Mana tau dorang suka. Kepada yang ada Baby sebaya Sazli yang manja suka makan masakan isteri lepas tu isteri tak habes-habes dengan masalah lipat kain basuh kain susun kain and terus jadik pemalas nak masak also boleh try.

Bahan simple. Nak buat mudah. Hasil lazat. Anak suka. Suami sayang. Lepas tu boleh la mintak uwet kat suami. Bijak kan taktik I? Hahahaha.

-eNd-

4 comments:

FadlinaMokhtar said...

Nasik cenggini la sedap.pastu cepat.sambil tidoq pun boleh masak.hahaha.ok over :)
FAD

adda syuhada said...

bodoh2 pun sodap.....

Irfa said...

NASI GORENG VERSI MAK MENTUA AKAK LER NI, MMG SEDAP, BERTAMBAH X SEDAR. NAK PULAK KALAU ADA SAMBAL BELACAN, PERGHHH

Chooyaya! said...

Fadlina Mokhtar : Over tau? sambil tido boleh maska nasik goreng. hahaha

ada syuhada : kan????

Irfa : tu la. memang yg simple tu la yang sedap. dah la kejap je nak masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...