Friday, November 6, 2015

Resepi Sagupal (Kuih Kelantan Yang Dalam Entry Semalam)

Assalamualaikum

Semalam dalam entry sini ramai yang bagitau I nama kuih sagu yang I makan dekat Kedai Kelantan tu is Sagupal atau ase gupal atau asam gumpal kebenda entah. Macam tu la lebih kurang nama dia. Its kuih sagu bulat-bulat makan dengan kuah santan kaler putih manis and rasa smoky probably dia masak guna traditional method (guna kayu api) so that’s why rasa dia macam smoky-smoky gittewwww. Tapi seriously kuih tu sedap. Ada yang komen cakap if sagu tu kosong, dia ialah original resepi Orang Kelantan sebab yang dari negeri lain, dia ada letak gula dalam dia.

Masa yang kitorang beli tu, Intan tanya tukang jual, ‘Mana gula Melaka dia?’ Kata Kakak tu kuah ni dah manis. Takyah letak gula dah. Orang Kelantan memang suka masak manis kan? Kekadang kuah gulai also rasa manis. Laksa Penang pon manis. I suka la letak gula dalam masakan tapi tak la suka sampai kuah savory jadik macam dessert. Sebelum balik, kakak tu cakap pada I, ‘Esok maghi lagi deh?’ Lepas tu sambil jalan I jawab, ‘Taknakkkkkkkkkkkkkkkk nanti gemooookkkkk’. Hahahaha. Kakak tu dah gelak-gelak.

Anyway, kredit to Liza Intai Dapur. I dapat gambar Sagupal ni dari blog dia. Also dia letak resepi  nak buat kuih ni macam mana. Ingat nak suruh Kaklong buat la sebab sangat la SEDAP. Tengok bahan-bahan macam senang je. I copy paste dari Liza Intan Dapur.



Kuih Sagupal. Kredit to Liza @ Intai Dapur


Bahan-Bahan

  1. 2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
  2. 4 mangkuk santan
  3. Sehelai daun pandan
  4. Sedikit halba
  5. Sehiris nipis halia
  6. Gula pasir secukupnya
  7. Secubit garam

 Cara Membuatnya
  • Masukkan sagu ke dalam bekas besar dan tuang air panas mendidih sedikit-sedikit.
  • Buat hingga sagu boleh dikepal dan ketepikan.
  • Masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula hingga mendidih.
  • Masukkan sagu yg telah dikepal tadi dan masak hingga sagu betul-betul masak.
  • Sejukkan dan sedia dihidangkan


Senang Mak Enon! Buat sambil goyang tetep pon boleh. Hahaha. I ok je kalau nak buat tapi I sorang je la makan sebab Sazli bukan suka makan manis-manis ni. Dia kurang giler dessert. Dulu nak jugak makan kek-kek Huda but now bila dah mengamalkan gaya hidup sihat ni memang dessert is a big no no la.  P o y o. Hahahahahah (Padahal dengki). So pada iEFIL yang manje mengada tanya macam mana rupa kuih ni, sila buat terus esok. Padahal boleh je Google kan? Pang nak? Haha

-eNd-

2 comments:

!EFIL said...

Kak longgggg nak jadi adik angkattttttttt hahaha.. Maceh kak su

Chooyaya! said...

!EFIL : mengadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...