Assalamualaikum
My Brocoli aka Yati, datang KL sebab dia ada sukan tahunan
syarikat. Dia pon kerja company sama dengan I jugak tapi dia dekat Pasir
Gudang. I tanya dia, ‘Awak masuk sukan apa Yatie?’ kata dia Netball. I tanya
lagi, ‘Pandai ke main netball? Mesti simpanan kan?’ Kata Yati, ‘Helllooooooooooooo??
Kiter main ok? Kiter main WD’. Pastu I kata, kalau dalam netball sapa main WD
dia paling selenga, terus Yatie vavi kan I. Haha.
Yatie bebel-bebel kata Flamingo tak best la. Hutel
buruk la apa la. Banyak komplen. Pastu I cakap, ni sapa nak belanja makan malam
ni? Kalau awak suruh kiter belanja, makan KFC je. Paham? Yatie kata okkkkk. KFC
pon ok. Bila I ambik dia dekat hutel, I nampak dia pakai kain pwincess
kembang-kembang siap pakai clutch bag, so I kata takkan nak makan KFC dah
lawa-lawa macam ni. Jom la pergi KLCC. Awak pernah pergi tak KLCC?
Bengang je Yatie I cakap macam tu. Macamkan dia tak
pernah datang KLCC, sebab Yatie dulu dia kerja HQ 3 tahun, lepas tu pindah
Johor sebab dia mengandun time tu. Nak dekat dengan suami dia. Yatie orang JB.
Memang asal sana. Sebok nak kerja KL. Lepas tu dia boleh tinggal I dekat KL
sorang-sorang. Time tu ayah baru meninggal 2 minggu. Sampai hati awak Yatie. Lekas
pindah KL balik! Kata nak bukak bisnes dengan kiter?
Dalam kereta dia sebok engage dengan Mak dia sebab
Nuha anak Yatie nak pergi bejalan rumah jiran. Kata Yatie jangan bagi Mak. Tapi
Nuha cakap, ‘Nuha tak masuk dalam rumah, duduk kat luar je Ibu’. Kata Yatie,
dalam rumah ke luar rumah ke sama je kan? Hahaha. I gelak-gelak je. Tapi bila
engage lama sangat I tunjuk-tunjuk jam kat Yatie. Dia buat bodoh je. Keep on
talking. I ambik tangan dia letak kat peha I, dia buat bodoh je. Lepas tu I
bukak central lock door, pastu suruh dia turun. Time tu kereta tengah gerak.
Terus Yatie kata bye kat Mak dia. Hahahahah. Tau takot.
Kitorang makan kat Chili’s je sebab I nak makan
Triple Play. I suka makan kepak ayam lately. Pergi makan kat mana-mana I akan
order kepak ayam. I pesan kat Yatie, nanti mintak air kosong je. Jangan
macam-macam. Makan yang murah-murah je. Kalau tak bayar sendiri. Hahahahhahah. Kata Yatie, memang dia nak air
suam je. Sebab tekak sakit. Cecece. Elok je I dengar suara dia.
Yatie makan Scampi ni. Kata dia sebab terliur tengok dalam blog Filla. Mudah sangat terpengaruh dengan gambar makanan orang la dia ni.
Ni I punya tapi Yatie makan jugak. I perati kan I dia makan. Nak tegur kang takot kecik hati. Haha.
Tetap sama macam dulu. Kata dia, sapa cakap dia gemok, nanti dia nak ketuk kepala orang tu. Haha. Bagi kiter, awak tadek berubah Yatie. Gigi pon masih lagi besar.
Kata Yatie, nape mata makin sepet?
3 hours berbual rasa macam tak cukup je. Each time jumpa Yatie, kitorang mesti akan cakap menda yang sama. Macam mana sama-sama susah dulu. Duit tak banyak, credit card tadek, bf tadek, susah sangat rasa. Kekadang baru 6hb duit tinggal RM50 je dalam purse. Padahal lagi 20 hari lagi nak gaji. Tak ke mampos? Claim entah bila nak dapat. Pastu dengan duit RM50.00 tu jugak la kami pergi KLCC tengok wayang and window shopping. Haha. Dulu kan tiket wayang RM10.00 jer?
Pastu tengahari balik rumah Yatie, masak and makan kat rumah. Susah eh kiter dulu Yatie? Ingat tak tragedy masak sambal tumis yang sampai pukul 12.00 malam pon tak makan-makan tu? By the time nak makan dah ngantuk last-last tido atas meja dengan sambal tumis tu depan mata. Haha. Tapi kami happy je. Tadek istilah hutang berhutang. Sapa ada duit, bahagi dua. Sapa dapat claim, also bahagi dua. Sama banyak. Betul-betul susah-senang bersama. Bila ingat balik kelakar pon ada, sedih pon ada. I dulu rasa ‘cukup’ bila ada Yatie. Tak lama lepas Yatie pindah JB, I dah getting close dengan Sazli. Naseb baik ada someone to rely on masa tu. I tak ramai kawan. Sian sangat.
Kalau tak Yatie, awak memang kena pindah KL balik! Sekarang masing-masing dah ada keluarga. Kiter hope, friendship kiter dengan awak akan kekal sampai ke syurga. Kiter sayang awak Yatie. Dengan ucapan, kalau dah kaya jangan lupa bank in duit dekat kiter. Haha.
Actually semalam 5th Anniversary I dengan Sazli. Yatie macam serba salah nak dating dengan I sebab kata dia takkan la I tadek dinner dengan Sazli kan? Tapi kata Sazli, ‘It’s ok Bubu. Spend time dengan Yatie. I jaga Shein ok?’. Yatie request suruh bawak Shein biar dramatic sikit tapi kata Sazli, kalau bawak Shein nanti tadek masa nak borak, ‘Kiter kiter awak awak Nuha, kiter kiter awak awak Nuha’. Sebab kata Sazli, duluuuu masa I berbual-bual dengan Yatie, dia dengar I dengan Yatie cakap ‘Kiter/awak/Nuha’ je. Tadek menda lain. Bongok kan? Haha.
So semalam balik je kerja, terus zupppppppp zappp masak nasik lemak untuk Sazli makan malam and bawak bekal pergi kerja esok. Tak la rasa bersalah sangat. Padahal Saz ok je kalau I tak masak pon. Tapi saje la kan nak bodek dia. Misi Prada tu. Jangan la dia buat-buat lupa pulak. Hahahah.
Siap within 45 minutes je. Macam sotong semalam buat kerja. Multi-tasking giler. Sambal tu I tak sempat nak rasa tapi kata Sazli 'Sedap Bubu!' Bertambah kembang la vontot. Gaaaaaaaaahahahah
Untuk Yatie, kata nak bagi kasut masa dapat bonus bulan 3 haritu? Sampai sekarang apa baying pon tadek. Podah! Lekas la bagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
-EnD-
4 comments:
Sedapnya... Tak pernah lagi makan kat Chillies...
i bet sazli salah.. this time around mesti lah dah tuko sikit..
‘Kiter kiter awak awak Shein Nuha, kiter kiter awak awak Nuha Shein’
kan..
Firdaues : Nanti boleh la makan dekat sini bebila. best! jgn lupa order fajitas
Fara Dilot : Exactly! Hahahahahah
Post a Comment