STICKY POST
*Please scroll down for new entry*
Assalamualaikum..
Hari Sabtu lepas, I dapat invitation dari
Nuffnang untuk join Astro On The Go & Stadium Astro : World Cup Blogger
Event dekat HongDae-Mun @ One City Mall USJ. Nuffnang kata boleh bawak sorang
kawan. Cantek. I bawak Intan. Kalau tak bawak dia, sah-sah la I
terbangang-bangang sengsorang tetengah crowd dengan handbag lagi, dengan nak
control cun lagi memang susah. sebab I kalau tak kenal orang akan jadik pemalu.
Cecece. Cita-cita nak jadik Pembaca berita mana boleh malu-malu kan?
Masa nak bersiap tu kata Sazli, Poyo je korang
dua ni. Siap pakai jersey Brazil (Sebab semua peserta kena pakai jersey
national football club untuk event tu). Ni nanti kalau ada game, memang semua
korang kalah. Haha. Dengki tak dapat ikut sebab kena jaga Shein. Masin mulut
Sazli, kitorang memang kalah semua game. Woo Hoo! Tapi kitorang enjoy jer.
Langsung tadek rasa awkward ke apa. Nak pulak dapat team-mate semua pun
sporting. Yang penting, menang sorak. Tq Intan sebab jadik supporter team
number satu time tu. Team lain ada 6 orang tetiba kitorang terlebih satu
anggota sebab Intan declare dia sama team dengan kitorang. Haha.
Kitorang gerak dari Ampang pukul 3.30 petang.
Guna Waze set One City Mall ikut Kesas, tapi belagak taknak ikut Kesas sebab
kitorang tuduh Waze suka bagi jalan ikut route jauh. So kitorang ikut Federal Highway.
Poyo. Sudahnya pukul 5.00pm atas jalan lagi. Padahal event start pukul 5.00pm.
Nak kencing, nak berak semua ada dah dalam kereta. Jalan dah la berbelit keluar
masuk tol ikut Sunway. Entah kat mana-mana entah tapi dapat pulak tu kitorang
jumpa One City Mall. Sesambil berangan dalam kereta, ‘Intan, ni kalau Amazing
Race ni kiter dapat la medal sebab dapat habeskan game. Bukan sebab menang.’
Haha.
Sampai je One City Mall, kitorang semua gather
dekat Subway sebelum ramai-ramai macam rombongan Cik Kiah menuju ke HongDae-Mun
untuk registration. Sebelum masuk event, kena upload 4 apps yang Astro buat for
World Cup Brazil 2014 ni iaitu Astro-On-The-Go, Astro Go 2014 FIFA World Cup,
Stadium Astro and Astro Ola Bola Football Predictor. Lepas dapat 4 cop, baru
masuk and dihidangkan dengan soft drinks.
Party is about to start!
Lepas tu kitorang diperkenalkan dengan 2 orang
host haritu iaitu Reuben Kang (JinnyBoyTV) Host of Astro Football Overload and
Jun Yong, TV Host of Astro-Supersport Radio. Dorang terangkan pasal 4 apps ni
yang I akan share later ok? Semua orang kalau nak merasa kemeriahan World Cup
Brazil 2014 kena download 4 apps ni.
Reuben Kang (JinnyBoyTV) Host of Astro Football Overload and Jun Yong, TV Host of Astro-Supersport Radio
1.
Astro-On-The-Go
Ok. Astro-On-The-Go ni is a must have item
dalam handphone sebab kiter boleh catch up semua game live dekat handphone je.
Maknanya kata la kalau that particular time, kite won’t be able to sit in-front
of tv, but still kiter boleh catch up live game dekat handphone je by
downloading this app. Easy-peasy. Semuanya dihujung jari. World Cup ni dia buat
4 tahun sekali je, so rugi kan kalau miss satu game yang kiter tunggu-tunggu
kan? Dekat mana-mana pon boleh tengok hatta kata la kalau tengah tengok bola
tetiba sakit perut kan? Sebab taknak miss live dari tv, kiter pon rasa tak syok
kalau pause and play later so this is the right time untuk guna
Astro-On-The-Go. Masuk toilet pon boleh tengok live! Kiter takkan tertinggal
walau sesaat pon. Best kan?
2. Astro
Go 2014 FIFA World Cup
App ni best sebab dia highlight semua important
moment dalam every game untuk kesemua 32 team yang bertanding secara
terperinci. Kiter takkan missed part-part yang best dalam game seperti macam
mana gol dijaringkan dengan instant play and pause and includes amazing
multi-angle replay for every major action. Semua dia boleh tayangkan melalui 34
camera dalam padang termasuk la a very slo-mo yang kiter boleh tengok, hanya
dihujung jari anda. Gitu. Apps ni paling sesuai untuk peminat-peminat bola fanatic yang nak tengok important moment
dengan lebih terperinci.
3. Stadium
Astro
Kalau kiter download app Stadium Astro ni, dia
akan bagi kiter complete match schedule, result and live score updates tanpa
tertinggal walau satu pon important information dalam world cup itself. It
sounds impossible kan untuk kiter tau secara detail for every game? (sebab
takkan la nak berjaga sampai pagi everyday. Mati la) but with Stadium Astro
semua tu tak mustahil sebab dia ada insight untuk semua game and paling best
this apps come with 200 best Moment dari past FIFA World Cup such as best
players, best goals, best saves and best matches.
4. Astro
Ola Bola Football Predictor
Ok. Yang ni memang best. Memang layan kalau
join Ola Bola Football Predictor ni. It’s a LIVE Football prediction app. App
ni menguji kiter punya knowledge dan instinct dalam satu-satu game. Cara nak
collect point ialah dengan cara meneka situasi semasa free kicks, corner and
penalty kick samaada goal, missed, saved or time out. Semua dapat point. Nanti
boleh compare markah dengan kawan lain yang download app ni jugak. Point yang
paling tinggi ialah bila kiter dapat teka 30s next goal. Which 12,000 point.
Yang ni memang mengundang jeritan lebih dari orang dalam stadium. It’s fun!
Seriously.
Ok. Dah habes penerangan pasal 4 apps ni and
now time to makan! Makan dihidangkan secara buffet and semua makanan adalah
sedap. Makanan korea. Ada macam-macam and tetiba I rasa suka makan kimchi.
Bila dah siap makan, so now time untuk gather
dengan teammate and selesaikan 4 game yang dorang dah sediakan untuk menentukan
pemenang event harini. Kitorang start dengan sepak bola masuk dalam gawang.
Simple je. Team I ada 6 orang and guess what? Yang collect point paling tinggi
I la. Dengan heels lagi. Yang lelaki lagi 3 orang tu aku taktau la mana perginya
skill sepak bola dorang. Haha. best giler and macam kartun memasing.
Kelly in action. Kredit to Kelly for this photo.
Next kitorang kena selesaikan task Astro GO –
FIFA World Cup 2014 app. Senang je nak selesaikan game ni tapi yang buat
stressed sebab kena siapkan task dalam limited time. Bila dah semua nak
bercakap lagi la jadik haru. I dengan Asman duduk kat blakang pastu tengok kan aje
yang team-mate lain bersungguh-sungguh siapkan task. Basically task ni ialah sebahagian dari
function yang ada dalam that app itself macam function app, ranges from its 6
Multi Cam from various angle, slow mo function etc.
Rawlins tengah eksyen-eksyen dekat booth Astro GO-FIFAWorld Cup 2014 app. Photo taken from Rawlins IG.
Dah siap tu, terus ke Astro Go – Football
Predictor 2014. Team kitorang dapat 12,000 point yang mengundang gamat dalam
crowd. Padahal team lain dapat 24,000 point selamba je. Tak kecoh macam kitorang.
Memang naik serak suara.
Last game ialah semua peserta kena siapkan
task untuk #OlaBolaMy. By visiting http://olabola.my kiter
just ikut arahan yang disertakan and boleh buat digital face painting by
choosing negara mana yang kiter nak sokong and share it dalam Social network.
Dapat full mark! Tak payah susah-susah nak cat muka ke apa. Masuk je dalam
website ni and lepas tu buat digital face painting by choosing gambar yang ada
dalam gallery. As simple as that. Baru la semangat World Cup kan?
Team Portugal dekat #OlaBola photo booth
Dah habes semua game, sementara nak dapat
result, Reuben ada bagi a few question pasal World Cup and sapa yang dapat
jawab dapat hadiah. I dah duduk blakang-blakang time ni. Sebok suruh Rawlins
transfer gambar masuk dalam group sebab semua orang ambik gambar bawak camera
cantik-cantik, I guna camera handphone je. Hina sangat rasa. Maknanya lepas ni
kena cash out duit Nuffnang and kena beli camera elok sikit la. Malu kat oghang
kalau pergi event amek gambar guna handphopne. Haha.
Seperti yang dijangka, kitorang kalah.
Yayyyyyyyyyyyyyyy!! Tapi tak kisah sebab we had so much fun dekat event ni.
Dapat kenal kawan-kawan baru and dah follow kat IG masing-masing. Balik pon
happy je, sebab walaupon tak menang tapi dapat Goodies Bag lawa dari Astro.
Thank Nuffnang for inviting me to this event and thanx to Intan sebab teman I
also thanx to all teammates for your support dalam semua game.
Daus, I dengan Intan with World Cup Maskot.
Untuk semua yang nak download semua apps yang
I cakap, here is the link. Enjoy your worldcup bebeh!
Astro On-The-Go (Android: http://bit.ly/Uy7OLc, iOS: http://bit.ly/1nzNsed )
Astro Go 2014 FIFA World Cup (Android: http://bit.ly/1xRAWMo, iOS:http://bit.ly/1lmpEup )
Stadium Astro (Android: http://bit.ly/1ojK8r9, iOS: http://bit.ly/1lmpW4o )
Astro Ola Bola Football Predictor (Android: http://bit.ly/1nzNhQ4, iOS:http://bit.ly/1lfrWGR )
Astro Go 2014 FIFA World Cup (Android: http://bit.ly/1xRAWMo, iOS:http://bit.ly/1lmpEup )
Stadium Astro (Android: http://bit.ly/1ojK8r9, iOS: http://bit.ly/1lmpW4o )
Astro Ola Bola Football Predictor (Android: http://bit.ly/1nzNhQ4, iOS:http://bit.ly/1lfrWGR )
-EnD-
6 comments:
intan dapat 3 cop so dapat paper bag astro dgn bola je..
Sampai hati abg astro tak bagi 4 cop
Benciiiiii
hai hai hai :P
Intan : hahahah. sian intan. padahal intan la paling semangat nak tggu smpi event habes. hahahaha
Mek Onie : Hoi hoi hoi. Kiter ada gambar sama kan?
Sangat Meriah Event ni... Nice to meet you too.. :)
Firdaus : :) :) :) :)
Hamiza : nice to know u too dear
Post a Comment