Monday, June 23, 2014

S.E.D.I.H

Assalamualaikum.

I terpanggil untuk berkongsi hal adik Firdaus yang menghidap penyakit  cerebral palsy yang ditinggalkan ibu dia dalam keadaan sedih macam tu. Sedih taktau nak cakap apa. Too many input dalam kepala I nak cakap sekarang ni, but bila tengok dia macam tu buat I fikir, Ibu jenis apa yang sanggup biar anak dia macam tu, dengan baju koyak rabak, tak pakai seluar, kurus kering, tak terurus, rambut panjang, bilik busuk dan kotor, penuh dengan najis dan ditinggalkan keseorangan dalam bilik. Nauzubillah IBU. Sampai hati sangat kan?

Dia kata, kiter (society) taktau penderitaan dia. Tapi dekat FB gambar kemain make up dengan tudung lip lap tak nampak plak yang mana susah dia sebab logiknya kalau orang susah, kiter tau orang kalau betul-betul susah macam mana keadaan dia. And kalau betul la dia susah, kenapa anak dia ditinggalkan dalam bilik macam tu sedangkan dia boleh lawa-lawa? Satu Malaysia boleh tengok macam mana keadaan bilik anak dia. And kalau betul la dia susah, takkan la sehelai baju pon tak boleh nak belikan untuk anak dia tu. Belambak jual baju bundle harga selai singgit je pon. Kot ye susah sangat. And kot ye pon susah sangat, kenapa bilik dia boleh sekotor macam tu. SAMPAI HATI. Itu susah ke atau malas/lepas tangan nak jaga anak? Amanah Allah tu IBU. SAMPAI HATI.

Kalau bagitau susah, kiter boleh terima. Logiknya kiter yang berfikiran waras pon boleh nampak macam mana anak tu terabai sebab baju dia dah koyak rabak. I tak rasa baju tu boleh koyak rabak kalau ditinggalkan sehari or paling busuk pon seminggu. Tak kan? Dia takkan jadik macam tu. Bila I tengok video tu, terus peluk Shein. Taktau kenapa. Syukur Shein sihat. Syukur I mampu bagi Shein makan. Syukur I mampu jaga Shein. Syukur.

So now nak blame sapa? Mak dia? Ke kerajaan? Ke society?

Nak blame sesiapa pon I rasa dah tak perlu and please kalau komen kat media sosial, sebelum taip and enter, baca balik semula. Jangan jadik keyboard warrior. Nak marah jangan sampai mengkeji dan mencaci. Biar berpada-pada. I rasa now masyarakat perlu didedahkan dengan informasi penting macam mana nak selesaikan masalah-masalah yang macam ni. Kat mana nak mintak tolong, pada siapa nak mengadu. Supaya takkan ada lagi kejadian yang macam ni.

Bright side, kejadian ni at least membuka mata sesetengah pihak yang you-know-who-you-are and bekerja lebih kuat untuk at least bagi panduan pada masyarakat supaya kes-kes macam ni tidak dipandang sebelah mata and please, now bukan masanya untuk bercakap soal politic or what not. Setelkan dulu satu-satu lepas tu sambung buat kerja dengan lebih kuat. Supaya lepas ni jangan ada lagi anak-anak OKU yang terabai sampai macam ni.

Serius. Sedih.

Now Adik Firdaus is in a good hand. At least untuk sementara waktu. Dekat hospital so makan minum dan kesihatan dia terjaga. Semoga Allah merahmati manusia-manusia yang berhati mulia, yang bantu dia dari awal. Dah semoga pertolongan itu berpanjangan. Biar sampai dia berisi balik, sihat balik. Biar ada orang yang boleh jaga dia elok-elok. Jangan nanti semua bila media dah senyap, nasib Adik Firdaus tak terbela lagi. Dia ada perasaan. Sebab dia nanges masa jumpa pengasuh dia yang jaga dia dulu. Sedih kan?

And untuk Ibu dia, seriously awak patut malu dengan apa yang awak dah buat.What ever your reason is, apa yang awak buat is totally wrong. OK? Semoga awak insaf dan bertaubat.


Sedih

-EnD- 

5 comments:

yatiyahya said...

if it happens in sweeden..mak dia kena gantung sampai mati tak...?

Chooyaya! said...

Rasanya tak la broc

sheila arshad said...

mmg sgt sedih. aku pon org susah gak dulu tp xdelah sampai gitu mama biarkan anak2. bab tak makan sedap tu...ye. tp bab x mandi, kotor tu sgt tak boleh diterima akal

A.L.I.N.A said...

rini kluar plak kisah benar cik lola tu..tp saya ttp salahkan mak adik ni..kisah benar tu x selari ngn ape kita nmpk skrg..

doll said...

bharian online interview majikan mak dia..gaji basic 1,500++..gaji kasar (OT semua) dalam 2k..hmm..renung2kan laa "penderitaan" mak yg sihat gebu pakai tudung ala fareeda nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...