Assalamualaikum…
Tahun ni InsyaAllah company kitorang akan buat
sukan tahunan lagi. Dah 2 tahun kot takde? Last masa tahun 2012 I dah bersemangat
waja training Netball tetiap petang sebelum pergi Europe sekali balik tu
mengandungkan Shein la pulak. So tak dapat la pergi sukan and team HQ dah
kehilangan pemain netball, badminton dan pemungut mata paling banyak untuk
acara merentas desa (cecece).
Sebab I takde, Intan pon naik la pangkat jadik
Kapten Team Netball. Hahahaha. Ni kitorang baru dapat notice nak ada sukan,
bebudak ni memasing dah semangat nak bersukan. Dah lama sangat tak main
netball. Memula tadek bincang strategy tapi bincang kaler baju. Si Intan nak
mint green + kuning. Ko mampu? Haha.
Kitorang taknak stressed apa kali ni. Untuk tahun
ni nak main fun je. Sebab dah tau dah kompem kalah. So alang-alang kalah biar
la ada kenangan manis dalam padang. Kite main suka-suka je. Takder der nak
menang main dengan orang kilang. Dorang jenis yang main sungguh-sungguh ok?
Macam nak gaduh pon ada. Dah la kakak-kakak tu semua kerja proses getah yang
angkat tong drum puluh-puluh kilo tu. So imagine la dorang kuat macam mana.
Takat kitorang ni dia ayam-ayamkan ajer. Sian sangat.
So I dah susun pemain. Ira main C (center), Dyba
main WA (Wing Attack) sebab dia lincah. Sarah bagi main WD (Wing Defend). Dia
kena ambik position defend je sebab Sarah rabun. Dah tau rabun, taknak pakai
spek mata, taknak pakai contact lenses jugak. Eksyen. Bola belah kiri dia
sambut belah kanan. Ha blasah ko kat situ. Haha. Intan sebagai Kapten pasukan I
letak dia main GS (Goal Shooter). Dia takyah beria main attack. Duduk je bawah
gol tunggu bola. Tu pon kalau bola sampai la. Kalau bola tak sampai, dia boleh
posing cantik pakai jersey kaler Mint Green + Kuning.
I dah amek keputusan yang I nak main GA (Goal
Attack) WALAUPON tak pernah ada bakat masukkan bola dalam goal tapi kesah pulak
aku? Hahahaha. Kata nak main for fun? Untuk Goal Defend and Goal Keeper,
probably I akan letak Fiza, Atikah or Aini. Suka hati dorang la nak amek
bahagian mana yang dorang nak. Sebab I dah nampak sangat dah kali ni memang nak
main only for fun.
Intan hitam lagi masa ni. 2012 kan Intan?
Ni team tahun 2011. Dyba, Fiezul semua tadek lagi. Intan pergi secretary trip dekat Sabah time ni.
Training tahun 2012. Sebelum bawak Shein dalam perut a month after :)
Tengok Si Intan, nak main netball pon bercekak rambut pwincess.
Tengok gambar ni tingat pulak dekat Fiezul. Kitorang main futsal masa ni. For fun. Masa ni Fiezul ada lagi. Sekarang dia tengah training nak jadik Bomba. Tak sangka Fiezul tinggal Kaksu. Tak dapat jugak kiter sukan sama-sama kan?
Tahun ni Rossilah tadek dah dekat opis kitorang
kalau ada dia best jugak. Ross comel ok? Tangkap bola tetiba bolos ikut kaki,
bolos ikut bahu. Hahahahah. Kelakar nak mampos. Si Sarah pulak kekadang dapat
bola dia sepak. Bebudak ni semua memang takde langsung skill bersukan. Jenis
lembut. Imagine la macam mana nanti lawak dalam padang. I nak pesan pada kakak
kilang ‘Kak, kalau akan nak menang
percuma pon takper. Jangan la belasah kitorang’. Tingat Ros langgar kakak
kilang, dia yang jatuh terpelanting. HAHAHAH.
Konsep dia dengan Kakak-Kakak kilang ni ko
melanggar ke, ko dilanggar ke ko tetap jatuh sebab dorang badan memang tough
and macam bounce. Sado-sado belaka so takyah carik pasal. Kitorang masa susun strategy tadi pon dah
keras-keras perut ketawa, tak boleh imagine nanti masa sukan macam mana la. Dah
la dengan nak main badminton lagi, dengan acara karaoke lagi masa dinner. Memang
perut akan krem sebab ketawa banyak nanti. Ko tengok jer la nanti.
So sekarang bulan 4, ada 2 more months to go. First
yang I tanya pada dorang is, ‘Kasut sukan korang boleh guna lagi ke tak?’,
bebudak ni bukan boleh. Aci taram je. Tu yang sarah pakai seluar Mickey mouse
masa main futsal last time. Kasut pulak, itulah kasut badminton, itulah kasut
netball, itulah kasut marathon. Janji kasut. Stokin? Stokin boleh pakai stoking
suami. HAHAHAHAHHAHAHAHHA.
-eNd-
1 comment:
dyba jadik ape kaksu? maatilaa,xpenah2 main netball
Post a Comment