Tuesday, April 14, 2015

Autumn In My Heart

Assalamualaikum..

Untunglah Malaysian yang duduk negara 4 musim  especially dekat Korea dengan Japan sebab bebaru ni korang dapat tengok Cherry Blossom waktu Spring kan? I hanya mampu menitiskan ailio tengok gambar memasing dekat dalam IG. Memang teringinnnn sangat. Tapi tadek rezeki lagi kali ni. Sedih. Tapi takper, mana tau lain kali ada rezeki boleh la I guling-guling atas rumput dekat sana pulak. Hehe. Kiter ni dekat Malaysia nak pegang salji fe-feeling negara omputih terpaksa la pergi  Bukit Cerakah yang rumah 4 musim tu. Takpon kalau lagi kesian, masukkan je kepala dalam peti ais nak fe-feeling musim sejuk. Kahkahkah.

Kalau ada duit lebih, boleh la melawat negara-negara lain. Kata ongtue, jauh berjalan luas pemandangan. Eh macam tu ker? Ke jauh berjalan banyak pengalaman? I pon dah confuse. Haha. I setakat ni dah berpeluang la tengok negara Eropah waktu Europe Trip back on 2012 dulu. Dah berapa tahun punya cerita tu? 3 tahun dah. Entry pon sampai kesudah tak siap-siap lagi. Yang balik-balik tu terus pregnant. Masa tu I pergi ke Rome, Venice, Florence, Milan, Nice and a few more places yang I also dah lupa. Boleh?

Sazli pulak happy la sebab dapat jejakkan kaki ke Nu Camp Barcelona, Spain untuk kali pertama and dapat tengok Live bola Barca vs Real Madrid (kot) tapi Barca kalah. Sian sangat. Haha. Seronok tau melancong tengok negara orang ni? Kiter boleh kenal budaya, makanan and cara hidup orang macam mana. Macam dekat Europe dulu, toilet dorang semuanya bersih walaupon tadek paip. Tadek pon bau hancing ke apa. Taik hidung pon time tu sentiasa keras sebab sejuk. Memang layan je korek. Hahaha.

Kalau fikir pasal currency memang takpayah pergi mana-mana la jawabnya. Europe memang mahal. Segala mala mahal. Pendek kata, kalau nak beli apapa kalau convert ke duit Malaysia jawapan dia ialah memang takyah beli apapa, takyah makan apapa. Makan kaki jer. Korang kalau ada rezeki, pergi la ke Europe. Seronok. Seumur hidup sekali kena pergi Venice. Kata orang, tempat paling romantic dalam dunia. I hope one day I dapat return back to Venice dengan Shein adik-adik dia. InsyaAllah kalau umur panjang.

Masa tahun 2013/2014 memang I tak pergi mana-mana sebab Shein kecik lagi. I pon tak berapa nak pandai handle anak. Yerla, first baby kan? Nak ikut package tak boleh sebab renyah. Tau-tau la kan? Ikut package ni walaupon semua dah disediakan oleh Agency tapi kiter kena la ikut apa yang dorang dah aturkan. Memang rushing. Imagine kalau ada anak kecik, to stay dalam group bukan senang. Yerla, budak kecik ni bukan kira peel dia. Entah cranky entah berak. So kitorang decide, nak pergi mana-mana tunggu la Shein besar sikit.

Lepas Shein dah besar nanti tetiba I pulak pregnant lagi. Lepas tu beranak kecik balik. Dah tu, duduk jer la dekat Malaysia pergi Genting Highland tengok Otomen je. Hahaha.

Oleh yang demikian (WOW) maka tahun ni, kitorang decide nak jugak la berjalan-jalan luar dari Malaysia. Tak boleh jauh sangat sebab sian dekat Shein. Dia naik flight paling lama pon sejam. Tu pon KL-Penang jer. So kitorang plan nak pergi ke South Korea (to be exact, Seoul and Busan) bulan Oktober nanti.  Time tu Autumn. So sejuk jugak. I memang taknak pergi time summer sebab apa la beza dengan cuaca Malaysia kalau macam tu kan? Korea pon tak jauh sangat. Kurang dari 6 jam perjalanan.

Kitorang pergi sendiri and tak ikut package. So kurang dah stressed dekat situ. Sekarang ni baru April, so ada 6 more months to go. Kitorang sewa apartment dekat Seoul and duduk sehari dekat Busan. Visit Nami island as well. Itinerary dah ada ni. Nanti next time I share. Pada sesiapa yang pernah sampai ke Seoul, korang boleh la suggest pada I, mana lagi tempat menarik untuk I visit. OK? Sebelum tu jom kiter tengok gambar-gambar Seoul waktu Autumn dengan ucapan yang membakar, ‘Takkan nak tengok jer?’ Kah kah kah.

-eNd-


Cantiknya Seoul waktu Autum...


Ni kalau GF nampak daun gugur banyak macam ni, meroyan dia sapu sampah. Haha.







MasyaAllah cantiknya...

4 comments:

Nazima said...

Kak su..

pegi theme park dekat lotte world
main ski dekat everland
shopping dekat dongdaemun,myeong dong(heaven!), dan namdaemun
Restoran halal banyak dekat itaewon

Syok2!

farae al-farafisya said...

Lahai,bukak blog kak su terus rasa rindunya nak gi Korea lagi...
mmg best kak su jenjalan dekat sana...
gi sana jangan lupa ambik gambar byk2 tau pastu makan kimchi byk2 sebab kimchi dia lagi sedap dari kimchi yang buat kat malaysia...

FadMN said...

i p seoul masa spring.mmg best la sbb tak panas tapi cherry blossom baru nak start kuar.rasa nak p lagi time winter ke leh men salji.

kt blog i ada la entry pasal seoul tapi time tu single kot.ada anak ni lain sikit la jadiknya preparation kan.

FAD

Alyn Aellynn said...

You should go to JEJU ISLAND! I pergi Jeju, busan and seoul. Tak puassssssed