Tuesday, December 18, 2012

Pengalaman Berada Di OT - Part II

Assalamualaikum....

Kamon Bebeh. Part II oredi. Adakah anda bersedia berkongsi kengerian dengan saya??? Hamboi! Sajer jer nak takot-takotkan orang kan? Actually tadek apa pun... Jangan risau eh bakal-bakal Ibu yang akan bersalin melalui kaedah pembedahan ni... Yang penting kiter kena kuat jer... Positif all the time... Tanam dalam hati, 'Kalau orang lain boleh bersalin 8 orang anak, why not kiter?' So, Itulah yang I selalu ingat and tanam dalam hati. InsyaAllah kiter akan jadik kuat dengan sendiri.

Pastu pulak, bila teringat fasa mabuk I tu, buat I rasa lagi nak cepat bersalin... Sebab macam dah tasabarnyeh nak fit balik! Dah tak larat nak muntah semua... Ok. Back to our topik, pengalaman bersalin I. So. Malam sebelum bedah tu, jeng jeng jeng!!

I tak dapat tidur. Mak yang asalnya risau kemain boleh berlawan berdengkor dengan Sazli. Mak dengkur angin, Sazli dengkur buih. Dah macam orkestra RTM pon ada. Haha. Patut I rakam buat modal ugut pon bagus kan? Sazli pesan suruh I kunci jam pukul 5.30am. Ok baiklah. I bangun pukul 6.00am, mandi and solat subuh. Konon nak doa supaya segalanya dipermudahkan etc but unfortunately macam ntah hape-hape la I doa. Macam takot sangat sangat sangat. Hadoi la.

7.30am, nurse datang kata dah time. Dia suruh bukak segala yang ada dekat badan and pakai baju yang dia bagi tu. So, I salin baju and paksa Mak ambik gambar I. Lapan keping dia ambik, satu jer yang ok. Tangan gigil. Haha, Masa ni Sazli takder, pergi bawah kejap. Entah dia buat apa. I tak fokus time tu. Takot semua ada. Tapi biasa la. Athlete kan? Kena la tunjuk kental.



Takyah susah-susah kira, ada 8 tahik lalat yang kelihatan disitu. Gigi ada sikit senget, Idong ada bengkok sikit. Hujung kening ada parut jatuh katil. Nice. Gambar ambik sendiri sebab tak berpuas hati Mak ambik gambar I semua pon I kelihatan buruk. (Padahal dah memang muka macam tu lagi nak salahkan Mak)

Buruk kan? Heeeeee. Ni last gambar full masa mengandun yang I ada. Nak buat kenangan. Nanti I nak tunjuk pada Shein bila dia dah paham apa yang I cakap nanti. 'Lekas cakap Mama still pretty without make-up. Lekas!' Eh. Tu nak tunjuk ker atau nak paksa anak? Haha. **Apa ke buruk sangat muka I time ni eh? Hahaha.

Tak lama tu Sazli pon sampai... Muka dia agak cuak, so obvious... I? Lagi la cuak. try hiris pisau kat muka, memang kompem takder darah. I jumpa Mak, mintak ampun maaf dekat dia... Mak nanges... Dalam hati I kata, 'Ya Allah, kalau la lepas ni I mati, ni la kali terakhir I tengok Mak...' Ya Allah hiba terhiris jiwa tengok Mak nanges. **Lap air mata. Mak. Ampunkan dosa Not Mak. Demi Allah. Not sayang Mak dunia akhirat.

I pon jalan kaki keluar pintu. Lepas tu nurse cakap. 'Puan, naik atas katil.... Kiter tolak terus sampai OT'. Cover malu I pon jawab. 'Eh takpe. I larat jalan...' Hahahahahaha. Bodoh ni! Mana aku tau kena naik katil and katil tu boleh sorong-sorong. Ok ok. Fine!

Masa atas katil, Saz pandang jer I... I pon pandang dia... Tak terkata apa... Dalam hati kata, 'Ya Allah, aku bersyukur dapat suami sebaik dia and andai aku umur panjang... Aku cuba untuk menjadik isteri yang baik, Ibu yang baik untuk Baby S'.. Aduh... Sedihnya... Tapi tahan tahan tahan air mata dari keluar.... Tapi eh? Kalau cakap dengan Allah kenapa aku? Kenapa bukan Ya Allah, I akan cuba.. Ok. Tak kelakar.

Sampai dalam tempat waiting untuk masuk OT tu. I kena sign dokumen menda entah and check nama I sendiri. Ok betul. Saz duduk tepi amek gambar I. (Dan lagi tu) And dia kata, baca jer apapa surah yang I tau... Istifar banyak-banyak.... Doa banyak-banyak...

'Papa, mintak ampun, mintak maaf salah Bubu pada Papa, yang nampak atau tak... Bubu sayang Papa....' Saz pegang kepala cakap, 'Papa dah ampunkan Bubu... Dunia Akhirat'... Perghhhhh!! Tertewas jugak athlete ni lantas terkeluar jugak air mata. Lekas-lekas lap supaya tidak tercalar kredibiliti. Haha.

Sorang nurse tolak I masuk dalam OT and Saz pergi salin baju. He will see me later dalam OT. Dari katil, I dipindahkan ke katil bedah. Tengok sekeliling, mak aih. Agak menyeramkan suasana. Gynea I, Dr. Ravi Chandran tak sampai lagi time tu... Yang ada, my anaesthetist, Dr. Alsem Surej Rao and my Paed, Dr. Adrian Goh. Giler lah Doktor. Semua bangsa ada, patient orang Melayu Kacuk Jawa Scottish. Satu Malaysia sangat! Pastu assist semua lelaki. Razif la... Entah. Ada lagi 2 lelaki. Pempuan ada 2 orang. 

Malu? Sangat malu. But tak boleh fikir dah masa ni pasal malu. Ada orang jenis yang nak Gynea perempuan... But Im happy with my gynea so far. And kalau ada rezeki, after this... I nak Doktor yang sama untuk all my babies. InsyaAllah. Sebab Doktor Ravi ni sangat sangat sangat sangat baik and later on I akan cerita pasal dia pulak ok? :)


A moment right before kena masuk dalam OT. Sesuci embun pagi jer muka kan?

Lepas kena pindah ke katil bedah, Dr. Alsem Surej kata, dia nak suntik I dah. Ok. Belakang dah bogel habes... Redha jer la I. Dia suruh I duduk, kaki berlunjur and peluk bantal. Masa sapu iodin, sejuk jer rasa. Pastu kena suntik dekat tulang belakang. Perrrrghhhhhhhhhhhhhh!!! Sakit hoi! Lepas baring, I rasa nak muntah. Pastu si Razif yang I taktau sampai sekarang macam mana rupa dia tu, tadahkan. And lapkan... Muntah masam yang kaler kuning tu... Mual sangat rasa... Mungkin tindak balas ubat kot?

Masa tu I dengar sesama mereka bercakap.'patient want to vomit, patient want to vomit'. Kentung kentang menda entah gunting ker menda. Seram hoi...Sebijik macam dalam cerita ER, Greys Anatomy. Like seriously aku dah macam dalam movie. I tanya, 'Sazli mana?' And sapa entah jawab, 'He will come... He will come... Later....'

Nak tau tak, sebenarnya masa tu Saz dah masuk tapi dia keluar balik sebab dia kata dia tak sampai hati tengok I dalam keadaan macam tu. Masa kaki dah tak berasa, dorang pasangkan salur kencing and I rasa masa ni I dah half naked @__@. Perut kebawah dah terkedang semua. Macam lembu nak tunggu masa kena lapah time Hari Raya Qurban. Begitu. T____T

Tak lama lepas tu, Dr. Ravi sampai. Disebalik tirai hijau yang dorang dah letak earlier, dia tanya I. 'How R U pretty girl? U feeling good? Its not gonna take long... Pray to your GOD and I will put this (menda ntah medical term) and ada rasa sejuk sikit ok? U will be good... Oh. Yang pretty girl tu I sajer tokok tambah. Hehe. Kasik can la.

Masa tu la Sazli datang.. Dia kata, 'Sayang... I ada ok? U dont worry. I love U so much... U ikut I baca ni, dalam hati.... Ok? Subhanallah Walhamdulillah Walaila Haillallah... Wallah huakbar... I saspek time tu dah start bedah sebab dengar bunyik sedut darah srettt srett srettttt.... Seramnya... I terdetik dalam hati... Ni kalau tsunami ni, mesti semua orang tinggal I macam tu jer... Boleh?

Pastu. Dr. Ravi cakap dengan I, 'U ok? Sikit jer lagi ok? Kiter tolak sikit'. And Dr. Alsem or Dr. Adrian Goh Im not sure, tolak Baby S dari atas. I rasa badan I gerak-gerak and goyang-goyang. Perghhh! Giler menyeramkan and tak lama lepas tu I dengar dorang cakap, 'Time!' 8.09am. And bunyik baby nanges... Pastu Saz cakap, 'Baby kiter sayang... Baby kiter...' Mata Saz dah berkaca-kaca and I pon sendiri tears... tak sangka, I dah ada baby... Ya Allah... Syukur Alhamdulillah....

Pastu I dengar Doktor Adrian cakap, 'Alhamdulillah sihat cukup sempurna' Pastu Saz tanya, bila boleh azankan..? Eh. Lupa nak bagitau. Doktor Adrian dah masuk Islam since bila I taktau.. Tapi masa dia buat ward round tu, dia bagitau dia Muslim :)

Pastu lagi, Dr. Adrian ambik Baby Shein letak atas dada... Sekejap jer... Pastu Saz kata, nak azankan Baby Shein and akan jumpa I later dalam ward nanti. Dr. Ravi kata, nak jahit and cuci... Lepas tu siap... Goyang-goyang badan I tapi tak rasa apapa dah. Tak lama lepas tu, nurse ker sapa entah kata nak tukar baju sebab baju dengan selimut dah habes kena darah. Perghhhh. Darah banyak macam eksiden kebaboooo. I can see that... Sian I.

Lepas dah siap semua... Sementara tunggu nak tolak masuk ward. Dorang pasang drip and I dah start rasa badan menggigil-gigil sampai gegar la katil. Taktau la. Nak kata sejuk tak sangat but memang menggigil habes... Tak lama lepas tu, dorang tolak masuk ward. Takde sapa dalam ward. I rasa weng weng weng.. Sakit? Takde rasa apapa.... Rasa mamai jer....

Dalam 5 minit lepas tu, sampai la baby dalam bilik. Sebelah I and ada Mak, Sazli, Mak Mertua dengan Bapak... I? Ngantok. Nak tido. Oooo. Sebelum tu, I mintak ubat gatal sebab muka I rasa itchy. Since dalam OT lagi and mintak ubat muntah sebab I still muntah lagi lepas tu... Ngeri ok? Perut berjahit and ada rasa nak muntah lagi. Pastu batuk macam dah takder tapi tekak kering nak mamfus!


Less than a hour selepas bedah. Masa ni I tengah macam tak larat lagi, so tak dapat lagi nak tengok baby dengan bersungguh-sungguh.... 

Time ni tak rasa sakit lagi. Nak tau bila rasa sakit? Esoknya.... Bila salur kencing dah cabut, drip dah cabut. Pagi tu Dr. Ravi kata I kena drink a lotsssssssssss of water and try to kencing. I rasa seramnya nak kencing. Macam mana lah eh? Tapi dah kena warning, by 1pm I kena jugak kencing....

Masa nak turun dari katil tu la baru rasa MasyaAllah sakitnya Allah jua yang tahu. Sakit sangat sangat sangat. Nak beralih sikit pon sakit.... Saz turunkan I dari katil and bawak pergi toilet... I suruh dia keluar while I nak pee-pee tapi dia taknak... I segan.... T____T tapi Saz kata its ok... Dia tak geli... Tolong uruskan I dekat dalam toilet. Ya Allah. Im blessed. I love him. Truly....

The next day, I dah boleh check out. Yay!!! Masuk day 3, jalan still slow-slow lagi... Ada sakit lagi.... Dengan sakit tetep bengkak zuzu... I dah nanges dah... Akhirnya tumpah air mata kerana sakit tetep. Haha...  Ok dah. Sekianlah sahaja pengalaman I dalam OT.

Sebelum check out jangan lupa mintak ubat tahan sakit and ubat untuk lembutkan tahi, yaik, taik whatever u called it. Memang membantu sangat-sangat...  So, Good luck untuk sesiapa yang akan bersalin soon. Buat yang akan bersalin first baby, I nasihatkan sila la tidur puas-puas sebab U not gonna get a sleep deep dah lepas ada baby. Ok? Nasihat tu. Jangan lupa. 

TAPI. I bersyukur sebab Sazli banyak membantu sangat-sangat... Bangun I zuzukan Shein, bangun jugak la dia. Berjaga I tak tidur, berjaga jugak la dia... Suruh buat apa jer, ringan tulang dia menolong. Apa lagi I nak? Anak yang omel... (biasa la, anak sendiri mesti la nak kata omel kan? Heeeeee) Suami yg baik walaupun rambut kenteng panjang memang gua tak boleh blah but biarlah sakit dimata, senang di hati. Okbye semua. Gua nak tido.

-eNd-


Gambar Bonus. Boss Kecik sedang beradu. Jangan kaco.

49 comments:

Anonymous said...

teringat ms bersalinkan aisya..even almost 4 years sakit ms first time turun dr katil pas bedah masih terasa...seram..huhuhuhu...pastu sakit tulang belakang...dekat setahun baru ok...

irenedahayu said...

congres ya...

Anonymous said...

comelnya baby!!!!

Nur Zulya said...

kjp rasa nk tgelak,kjp rasa nk ngis pastu gelak lg baca post Su ni.hahahaha.Syukur Su n baby S selamat :)

Anonymous said...

sy 2 kali bersalin ikut tingkap.. mmg x tergambar mcm mane keadaan tu.. smpi skrg masih teringt time nk ke OT tu, debar2 jantung mase tu.. kali ke-3 ni, dh sah2 lah ikut tingkap.. so, kene prepared dr segi mental & fizikal..

Aleeya Zailan said...

Ohhh... aleeya 2x czer... dlm OT dedua kali berdrama! Hahaa... 1stvtime masa Eva bole nangis all the wayyy sampai doc semua risau kot2 aleeya rasa sakit

3nd time czer plak drama lg.. nak muntah la.. sakit belakang la.. nak air laa.. nak tidur la... etc...

Nasib jeri melayan... tp bayangkan kalau normal... lg las buat filem kot... tp last2 mesti tanya doc.. " doc jahit cantik2 x perut saya?" Jgn rosakkan perut saya tau.. lol

Rupa2nye k sue pon adevrasa nak kuntah tu ye.. n kuntah. Aleya nasib x.....

Sampai doc kasi ubat penenang kot sbb panjang sgt drama swasta aleeya.. lps tu baru senyap... ni semua takutnye pasal..

mush said...

seram gak baca pengalaman ceaser ni, sama seram ngan normal delivery....walau dah nk kali ketiga tetap seram gak nak bersalin ni, hehehhe...neway congrat new mama & papa..

cik puan apel said...

Ouuuh mengimbau sungguh al-kisah 3 bolan yang lalu.Addui!

ina khairina said...

baca kisah su ni dan2 teringat cite saya bersalin c-zer dulu,pahit2 pun bila ank dah besar ni bila ingat blk rasa manisnya saat2 tu....dan2 teringin nak tambah ank lg,huahuahua

mrs kayrul said...

baru tau macam mana bersalin normal...seram plak

eda said...

kasu , tad epengalaman pun mcm kasu so takleh nk compare hahah tak kelakar ..
halooo menangis okay baca entry ilmiah kali neh ...
huk huk hukk .... demi mu baby shein

Filla ~ Kasihs said...

sue, hoi baca punya baca mata haku yang berkaca-kaca ni apa hal? lepasni ko boleh apply jadi script writer utk cerekerama cerita sedih ok? muahha.. well, anak mu sungguh comel terus haku gosok tummy semoga hanakku jua begitu.. sihat dan sempurna hendaknya.. amin... tahniah jadi ibu dan bapa..

Felis Domestica said...

waw.... dramatik la citer ni, tahiah tau sbb sentiasa positif n terus terserlah sifat keibuan sangat.

masa sayer belah jugak, tp tak sakit lepas tu sbb lemak banyak kan, belek lemak baru nampak jahitan ..he..he..

n baby tu samer ngan mak dia, terutama kat mata... tomel mata dia walaupun pejam..

-eLyNhere- said...

aaa tersoksek soksek nangis baca entry ni. tacing sungguh bab sebelum operate tu. bestnya dapat husband rajin tlg camtu kan.. baby pun comel sgt! =)

PutriesNoora said...

alhamdulillah and tahniah sis!!baby comelllll sangat!!!ini serius!!comelll=D

Liyanaroxx said...

Kak sue....entry Pengalaman Berada Di OT - Part II nih sgtlah bercampur baur perasaan yana bila membacanya...siap bergenang air mata.pengorbanan seorang ibu nak lahirkan anak mmg amat besar...kan?

Tapi kan Tapi kan...

kenapalah kak sue nih tetap suka nak selitkan lawak?

baca part "I pon jalan kaki keluar pintu. Lepas tu nurse cakap. 'Puan, naik atas katil.... Kiter tolak terus sampai OT'. Cover malu I pon jawab. 'Eh takpe. I larat jalan...' Hahahahahaha. Bodoh ni! Mana aku tau kena naik katil and katil tu boleh sorong-sorong. Ok ok. Fine!"

LIYANA GELAK TAK HENGAT..bahahahaha!

adoilah kak sue nih.....mmg pak lawak!


btw baby shein sgt omel omel omel omel omel omel omel omel omel omel omel kalah mama dia..ok bye!

A.L.I.N.A said...

baca kesah czer ni tetiba takut nk kena czer...
padahal anak 1st dulu dh czer..tp bila baca kesah k.su yg detail melampau ni..gerun plak...
teringat masa nurse nk masuk kn tiub utk kncing tu kt saya kn..saya terkepit2..smpai doc ngn nurse ckp.."adik..jgn kepit..payah nk masuk nnt..relax ja..relax..."
hahahahhahaha...lawak btui...

Melin Fork said...

Masa kita deliver normal dulu pun gigil2 pas baby keluar. Xtau apesal. Acond takde la sejuk mana pun.
*saja carik persamaan. Ngahaha

SAFIYYA QAISARRA said...

hahahha giler xtahan nk ketawa...mcm org giler da kat opis jap gelak jap soksek smpai ofismate tegur kenapa2...saya pun mcm sis bersalin czer bila baca cite sis trus dpt bayangkan..apa2 pun tahniah yer sis dapat baby yang comey2 nie,,

wawa yusoff said...

baby shein dapat hidung mama dia la... somel! hikhik :)

tahniah kak sue, bertuah ade husband yg sangatlah membantu dan sayang kak sue for better or worst. alhamdulillah...

Sue said...

comeynye... iras BUBU dia... congrats yea.. n kalau tetep bengkak, u beli kobis bulat tu, kupas satu satu dan letak kat tetep.. bagi tetep sejuk dan kurang bengkak.. masa bengkak jgn tuam air panas ye.. sebaiknye tuam air sejuk dulu bagi urat2 tu sejuk n lega.. happy bfeeding:)

beta kupu said...

Congratz sis n husband! part yg xbley blah is 'Ni kalau tsunami ni, mesti semua orang tinggal I macam tu jer... Boleh?' rsa nak gelak guling2 bila baca! hahaa

diana said...

hah...mati2 i ingat kalo czer xde la org luar tgk pepet kita. rupanya ada juga utk psg tiub kencing. asal org yg czer jarang cite bab ni.....huwaaa means tak kira normal ke czer tetap le org tgk pepet. harus daku kena lebih byk baca. sbb org2 keliling i semua normal delivery. xtau cite czer sgt.

Fatin Fashiha said...

Makcik.. kenapa buat kita menangis baca post ni.. Tapi pengalaman yang sangat indah.. Tak dapat dibeli.. Happy for u makcik!

Chooyaya! said...

Anon mama aisha : Dekat setahun baru ok? Mak aih... camni lama lagi la i dpt besukan.

Chooyaya! said...

Irenedahayu : tq :)

Chooyaya! said...

Anon yg kata baby comel : baby comel mcm mak baby kan? Heeeee :D

Chooyaya! said...

Nur zulya : sama la. Su bila baca balik pon rasa yg su ni bongok sikit-sikit. Hehe.

Chooyaya! said...

Aleeya zailan : Leeya lagi drama dari kaksu tau? Kaksu ingat nak pura2 pengsan tp kensel sebab dah takot sgt. Hehe.

Chooyaya! said...

Mush : tq dear. Hope nanti 2nd baby dpt la bersalin normal. Nak jgk tau mcm mana pengalaman bersalin normal.

Chooyaya! said...

Cik puan apel : dah 3 bulan ke? Baby mesti da debab skarang kan?

Chooyaya! said...

Ina khairina : so bila nak tambah lagi? Hehe. Su dah tua. Tam blh tggu lama2. Nak kena plan untuk second baby dah. Hope la 2nd baby ni dpt baby girl pulak. **amboi. Padahal pantang pon xlepas lg.

Chooyaya! said...

Mrs kayrul : bersalin bedah la u.... *cekak pinggang dekat dada

Chooyaya! said...

Eda : mana adiah baby shein? :p kirim kt huda pon ok. Hehe

Chooyaya! said...

Filla : jgn kata ko, aku yg tulis ni pon dah nanges. Sedih kot. Aku takot mati je time tu. Tgh bedah, darah keluar mencurah dari hidung dengan mulut. Acaneh? Hahaha. Aku harap shein akan sihat debab mcm ani.

Chooyaya! said...

Felis domestica : amboi. Kemain glamour nama. Hehe. Eh. Kalau banyak lemak nanti xsakit ke? Tifuuuuuu. Apesal kiter sakit jer?

Chooyaya! said...

Elynhere : amin.... semoga papa dia kekal la sebegitu....

Chooyaya! said...

Putriesnoora : seriussssss???? Hehe. Tq. Comel macam mama dia. Lekas cakap! Hahah

Chooyaya! said...

Liyanaroxx : haaaaaa. Xsangka kan kaksu yg weng ni dah ada baby.... and compliment tu kalau up kan kaksu sikit2 kan lebih manis. Hehe.

Chooyaya! said...

Alina : over tau nak takot jugak padahal dah penah ada experience. Haha. Eh. Kaksu time masukkan tiub tu da xrasa apapa. Sebab dah kena bius.

Chooyaya! said...

Melin fork : itu yg gigil2 tu org tua kata apa eh? Ada term dia. Mak kaksu ada bgtau. Tp dah lupa.

Chooyaya! said...

Safiyya qaisarra : hahahah. Ramai yg ckp mcm tu. Org saspek giler sebab sekejap nanges sekejap ketawa.

Chooyaya! said...

Wawa : maknanya idung kaksu kembang la eh sebab baby shein idong kembang. Haha.

Chooyaya! said...

Sue : tqqqqq!!! So far dah ok dah bengkak susu. Cuma bb lambat isap je dia mcm keras sikit. Takde la zuzu melimpah tp cukup untuk shein. ;)

Chooyaya! said...

Beta kupu : eh. Tp mmg kaksu terfikir mcm tu tau? Sbb mcm dah tak berdaya apa dah. Half paralize...

Chooyaya! said...

Diana : itu la dia. Mmg xde org citer kan? Mesti org segan kot? And dlm entry nj da reveal semua. Hahaha.

Chooyaya! said...

Fatin : tak lama lg turn fatin pulak. Hehe. Majok la mcm ni. Kenapa xdtg tgk baby shein? :(

Cik Nadia Bayu said...

assalamualaikum

kak su! baru sempat baca part kaksu kene ceaser. wahh. takot la plakk! uhuh. tp baby shein sgtttt comelllll! semoga baby shein menjadi anak yg soleh dunia n akhirat. amin. tasabar nak peknen. nak branak! doakan eh ! ;p

lebiu kaksu!!

Chooyaya! said...

cik nadia bayu : my pray will always be w u syg.... kaksu doakan semoga cepat la nadia dapat baby :) nanti boleh kwn dgn baby shein!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...