Monday, November 16, 2009

Macam-Macam Ado...

Weekend haritu kitorang balik kampung. Owh, lagipun memang I akan balik kampung every other week. Tapi masuk minggu nih dah 3 minggu berturut-turut I balik Pahang. Tengok mak.. Kasik dia happy sikit kat rumah tu ramai-ramai.

This week kami plan nak pergi picnic dekat Gambang Resort City but since tak cukup corum (Abang Long kerja), postpone la plan tu. Tapi still kitorang pergi picnic cap ayam dekat Felda Residdence. Yang tu nanti I cerita dekat next entry eh eh?

Tiap-tiap kali balik, kami adik beradik sure akan main masak-masak. Last week kami buat pau. Walaupon kecut dan agak huduh sikit, tapi takper. I redha. Kali ni kami buat donut pulak. Resepi Kaklong. Yang pasti, sedap, gebu, gemok macam I, lemak manis berkrim disukai ramai dan rasanya sedap.

Err... Ada yang nak resepi ker? Takyah la eh? I kasik tips jerk. Kalo nak donut tu sedap dan berat sikit. Kasik tak muak makan, untuk satu adunan tu (sepeket mauripan) masukkan la 4 bijik kentang rebus. Kompem sedap sehingga menjilat jari. Tapi jangan pulak korang bantai bubuh sampai sekilo. Kang tak jadik donut, terus jadik kueh gelang pulak.

Buat pau ni tak guna acuan pon. Main taram jerk. Lubang kat tengah-tengah dia tu, guna penutup lada sulah ajinomoto. Haha

Macam-macam bentuk ada. Tu yang angka lapan tu jangan tanya la saper buat. Macam-macam size ada, kecik besar semua ada. Saz pon tolong jugak. Kalo dia menggentel donut tu, nak bulat perfect. Musti sama saiz. Tak kuasa ok? Kalau I buat, janji masuk mulut. Size sama ke tak belakang kira. Haha

Final touch. Lepas goreng, bedakkan dengan gula kastor. Kalo nak sedap, campur dengan susu tepung. Lagi rasa best. Ni De. QC merangkap operator final assembly memproses donut.


Ha... Yang ni tukang kacau. Eh eh tak. Dia baik hati tau? Siap tolong I bentukkan donut ni. Pastu muka serius jerk... Siap ajar aku suruh buat macam ni la, macam tu la... Amboi.. Lawan tokey nampak?

Taaaraaaa.!!!
Ni namanya donut muhibbah. Pelbagai size, pelbagai bentuk. Haha. Kata Satu Malaysia??

Tengah-tengah buat donut, ada pulak Makcik junjung datang. Makcik ni datang dari Kelantan tau? Pasal kesian kat dia jual barang tengah hari buta, mak ambik la periuk belanga bagai. Banyak jugak dapat. Tu yang sebelah mak tu, semua dia beli. Harga lelong. RM200 jek pastu dapat dulang free. Mak ni tiap kali orang datang jual periuk, dia akan beli. Takper Mak, lainkali kalau orang tanya hobi Mak, Mak jawab, 'hobi saya dimasa lapang ialah membeli periuk'. Ok?

Owh. Mak suka jugak menanam pokok selain dari mengejar ayam tau? Ni terung dia. Nampak tak? Dia lilit-lilit dekat batang dia sendirik. Macam ular. Wah. Magic. Rumah I memang patut Mastika datang. Sejadah berdiri ada. Ayam gay ada. Terung ular pon ada. Miahahaha

P/s : I dah baca yang pasal Sejadah Berdiri masuk dalam Sinar Harian edisi Pahang. Yang part kelakar dan poyo semestilah 'Ibu kepada Suhaida yang enggan ditemuramah pula... bla bla bla. Wah Mak. Hebat? Setaraf Siti Nurhaliza dah ni. Enggan ditemuramah tu. Hahahahhahah.


-EnD-

6 comments:

Didi Nadhirah said...

ayam gay pun ade kak su..puas tahan gelak depan pc sesorg ni.....

BULLET said...

dulu mase tecit2 mak bullet suke soh bullet g kedai atok depan umah tu...dia soh beli mauripan.memule bullet xtau la ape mauripan tu...bisik je kat atok tu nak mauripan. sekali atok tu pekak, mmg xdengar la. dia leh plak marah bullet...dia cakap bullet mencarut...adekah? bullet nak beli mauripan je...oleh kerane malu yang teramat sangat...bullet xjadi la beli...sekian kisah benar dari bullet

Chooyaya! said...

didi : ada la.. kalau tak, tak la kaksu kasik tau.. hehe. taktau la gay ke senteng atau mereng. tp jenis ayam yg suka kawan sama2 jantan. mcm mana tu?

bullet : owh, haahah. ada pulak atok tu capak mencarut. lain kali, cerita kasik terang sikit...

Didi Nadhirah said...

memang leh masuk majalah mastika huhuhu

Anonymous said...

salam perkenalan....suke bc blog ni...kelakar jer...gelak sensorang bc ...hihihi....

Chooyaya! said...

anon : ishk, kang orang ckp ko giler kang dok gelak depan pc sorang2