Monday, November 16, 2009

Picnic Pondok-Pondok

Okeh. Kesinambungan kepada kisah picnic-pondok-pondok dan jugak gambar perempuan lentik dan sexy terkeluar buntot di entry yang lepas, so meh akak nak cerita kisah disebaliknya.

Kitorang memula plan nak pergi test power dekat Gambang Resort City. Tapi since kesian kat Abang Long pasal tak dapat join dan jugak kesian kepada anak-anak buah eksaited yang macam senteng main pelampung ditengah hari juga ditengah panas tanpa air membuatkan kami decide untuk meneruskan jugak plan asal, tapi switch kepada tempat yang lebih simple dan gedik santai.

Saper kata kat Jengka takder tempat untuk menenangkan fikiran selain dari melihat pokok kelapa sawit, pokok getah dan tahik lembu serta mat pet-mat pet? Ada tau??? Nama tempat tu, Felda Residence or Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak atau PPTAR atau pun kalau orang Pahang dorang panggil Rises jerk (Research).

Menu hari tu ialah kari ayam yang kami termasak awal yang bila dah nak packing masuk dalam bakul picnic cuma tinggal kaki ayam dan kentang sahaja pasal dah 'termakan', pastu ada sambal ikan kembong, sayur kobes masak kicap, ayam goreng, ikan kering goreng, sambal belacan, ulam-ulam (kira lauk jugak ker?) nasik bagai, kicap siap... Eh Eh. Giler banyak lauk. Haha. Ni picnic ker kenduri?

Yang kelakarnya, kami tak perasan ada signboard 'dilarang membawa masuk makanan dari luar'. Yang Sazli dengan mak kompiden bawak bakul penuh dengan lauk siap pinggan bagai. Pastu Saz pulak bawak besen besar kaler kelabu untuk isi kain basah nanti. Haha. Giler serius I rasa macam nasib baik kiter di ceruk kampung di Pahang yer? Kalau la kat tempat lain, tolong la jangan buat macam ni. Hahahaha

Yang paling enjoy tentulah Kasih dan Sasha. Hurm.. Nanti bila awak berdua dah besar, Makcik nak bagitau yang betapa awak berdua dah bring happinest dalam keluarga kiter. Makcik memang asyik nak gelak dengan perangai 2 orang manusia ni. So so cute.. Kebetulan pulak mereka hampir sebaya.

My sweetheart. Sasha, Ayang dan Kaseh. Bila dah mandi tak ingat dunia, mula la masing-masing kebulur mintak sosej.

Awwww.. Lentik tak? Kasih ni, nak sama dengan Sazli. Saz tak pakai baju, dia sebok nak tanggal baju. Pastu tinggal la sekerat jerk bikini dia tu. Sasha & Kasih sama-sama nak mandi dekat kolam orang dewasa ok? Pastu satu kerja pulak kami nak kena pegang jerk pelampung dia. Dah la nak dekat Saz jerk. Nak tau apa budak-budak ni panggil Saz? 'Abg Sali'. Haha. Puas ajar Pakcik Sazli tapi takdernyer dorang nak dengar. So, sampai sekarang lekat 'Abang Sali'


Spot besen kat depan De tu.. Mak dengan Kaklong jaga kaunter makanan jerk. Dorang tak join. Setengah jam dalam kolam, naik atas makan. Pastu sambung lagik sampai la makanan habis. Nasib baik tak kena sound dengan orang Resort ni. Haha.


Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak atau PPTAR atau Felda Residence. Boleh la... Kan kan?


Owh, masa kami mula-mula sampai cuma ada 2 3 orang manusia jerk. Naik pukul 5, dah ramai. Siap ada budak-budak lelaki yang hitam-hitam terus De bagi sign, 'jom naik'. Haha. Pastu kami terus pergi Pasar Malam Bandar jengka nak carik kulat sisir. Kawan opis kirim nak buat sambal air mata.


I dah sebok-sebok dekat kolam, terlupa pulak nak ambik gambar Aiman. Anak jantan sorang ni pelik, kenapa eh semua orang nak pakai short masa mandi kolam? Aiman tak suka. Aiman nak pakai seluar panjang. Errk... Macam kena sedas kat kepala. Bagus Aiman, skolah pandai-pandai eh? Esok besar jadik macam Aidil dalam Drama Nur Kasih. Sejuk perut Ibu Aiman.



Dah, ni apa yang tetiba ada gambar Intan ni? Haha. Intan tak ikut pun, tapi I tak kira, I nak jugak letak gambar I. Macam mana tuan tanah sebok ambik gambar orang lain ditepi kolam dan membuat donut, tapi lupa nak snap gambar sendirik. Dasar perempuan giler glemer! Dulik! Ni gambar kt tepi kolam rumah lama I. Kira kolam jugak kan?



So, itulah sahaja activiti kami di kampung. Tiap kali balik kampung kami akan makesure ada buat aktiviti-aktiviti supaya budak-budak ceria dan gembira bersama bersukaria dihari raya dan jugak tak la terasa macam boring jerk.. Ala, kalau bukan kat kampung, kat KL pon boleh jugak piknik2. Pergi jek la kat mana-mana taman, bentang tikar pastu buat game. Seronok jugak.

Makcik looking forward untuk bawak Ayang, Aiman, Sasha & Kasih pergi mandi-mandi dekat Sunway Lagoon pulak. Tunggu Aiman@Ustaz Aidil tu habis exam eh? Much love : Makcikmu Suraya (tetiba jerk jadik surat tak rasmi ni dah kenapa?)


-EnD-

10 comments:

BULLET said...

cam best je tempat tu. macam jela...lagipun jengka tu jauh banget la dari kuantan...cam nak g zimbabwe rasenye. dulu sekali ade kene buat keje kat sane dengan orang jkr, rase jauh sangat. dah la kene belanje dorang makan ikan patin. wek, rase nak terkeluar balik je ikan tu dari mulut bullet ni. tapi ku tahan jebat...

Chooyaya! said...

ishk, ikan patin tu la yang sedap. kata kawen dgn orang pahang? kena la pandai makan ikan patin.

Mimy Hamid said...

hi beb...nice blog..info kawen u mmg berguna la...kebetulan nak main tawen2 ni....i like ur words la......cayalahhhhhhhhh

Chooyaya! said...

mimy : tq mimi. ni blog ni tempat merepek2 jerk... info pasal kawen tu takat gitu2 jerk la... mungkin ada yg berguna kot?

Liyana said...

nak main piknik2 gak kaksue!!!hahahaha...nyibuk je aku nih!hahahaha~!!

Filla said...

kak sueeeeeee... bestnye gi piknik makan kari kaki ayam!! aku suker kaki ayam..tp kene buang kuku dia..kalo tak aku tekejut kang!! haha... eh ko marah tak aku komen merapu?? huahah.. sajer usik ko... comel arr anak-anak buah ko seksi macam 'makcikmu suraya yg cun melecung'... *peace*

Chooyaya! said...

aku tak kisah la ko merepek2 filla oi... aku tau ko tu macam mana... kiter kan saling gossip2 dan calling2? hehe

anyway, thanx for the compliment. kaseh ko pon comel ya amat okey? tgk la pulak mak dia mcm mana

ok dah

ko pulak puji aku. dan begitulah seterusnya. hahahah

fendytini said...

sue.. kt ner tmpt nie.apsal fnd tak pernah mention pun?? hmm ker dia pun tak tau hahahaa... adoii. bolehlaa cuti panjang raya haji nie g situ, kalo tak seminggu blk jengka seminggu dok rmh su oii. habis2 pun g temerloh dia bawak itupun on request :p

Unknown said...

waaa..mandi bogel :D

Chooyaya! said...

kak tini : tu kat pptar tu kak tini... kalau ke jerantut belah kiri, dia yang belah kanan. nanti ajak fendi pergi sini bawak aiman dengan adik dia mandi2.. ok la... dari tadek pergi mana kan?

cik epal : musti la.. bogel baru seni! hehe