Tuesday, December 15, 2009

Meatball @ IKEA

Hari Sabtu lepas, sekali lagi I pergi ke IKEA untuk carik carpet. Saz punyer intention untuk carik carpet. I pun nak carik carpet jugak, tapi I juga suka kalau dapat makan. Haha. I sengaja jerk tak ambik heavy breakfast so that I boleh makan meatball yang 15 pcs. Tapi pasal semua orang yang beratur didepan pun hanya ambik 10 pcs, I terus jadik malu dengan diri sendiri dan terus muhasabah. Tak baik tamak.

Atas sifat kesedaran yang ada, maka meatball hanya ambik 10 pcs, tetapi come with pasta. Tu I punyer sorang. Air musti yang ada gas, baru kentut bau strawberry. Saz makan fish and chips jerk, minum air mineral. Haha. Sesia muhasabah diri kalau meal ambik sampai 2 jenis. Ishk Ishk.

Suami I ni sangat la detail orangnya. Dia suka berjalan-jalan dan buat kerja satu-satu. Contoh : Beli sofa dulu baru buat langsir. Lepas buat langsir, baru beli carpet, so that nanti boleh tengok serasi atau tak warna yang nak di blend. Lepas pasang semua, baru beli pasu bunga dan bunga. Kalo haku, tak payah! Hambek jerk sekali harung, senang...

Ni nak kena pergi IKEA sampai lapan kali baru rumah complete. Tapi takper, pasal idea dia superb, I diam jerk la. Esok jangan di mata dia tak cantik, nak komplen-komplen I eah? Ni semua idea dia. Kekadang I pun macam la nak kongsi idea, tapi bila I cakap, dia senyum jerk. Senyum yang annoying. Dah. Fine. Ikut la idea dia semua. I dok sebelah senyap-senyap, pastu kalau lapar, mintak makan. Setel.

Sofa hitam, carpet merah, kabinet tv putih. Lebih kurang macam ni la idea Saz, tapi semua dalam design yang lain. Cuma ambik idea warna jerk. Carpet tak dapat lagi pun.. Dapat cabinet tv dengan langsir jerk masa visit IKEA kali ni. Nampak tak dalam gambar budak India tu, tiap kali kami nak amek gambar, sebok dia nak duduk kat kerusi tu. Hish!

Sazli tengah intai-intai carpet dengan muka hampa sambil memeluk langsir IKEA yang kalo design macam tu, I sendiri boleh buat sambil buat muka sedih kerana...

Isterinya gemuk, tembam, berdahi jendul, berkening Hj. Helmi dan lain-lain lagi.... Eh eh. Tak!

Kerana... Carpet yang dia nak tu, yang kaler merah paling tepi kat belakang tu harga sangat mahal. Around RM2k. Dah tak cukup budget. Boleh beli, tapi nanti tidur pun atas carpet, makan juga diatas carpet.



OMG! Bunga ni I jugak ada tanam dalam Farmville la Cik Yatie!

End up, kami balik dengan 2 barang jerk. Langsir dengan cabinet tv simple yang jenis pasang sendiri. Dah la bapak punyer panjang, terus kabinet yang tadek perasaan dapat duduk kerusi depan siap kongker kerusi belakang pastu I boleh la main tiup-tiup telinga dengan Saz dari blakang pasal takkan la kerana dengki pada kabinet tv dapat duduk sebelah suami sampai sanggup I cium cermin kereta depan dengan gigih kerana masih mahu share tempat duduk dengan beliau?

Langsir siap dalam tempoh 2 minggu. By 26 Dec baru dapat collect. Ishk. tak sabar lah rasanya!


-EnD-

8 comments:

yatiyahya said...

nk pegi ikea lagi lah....mcm tak cukup je brg2 dalan umah skrg...*tamak haloba*

Didi Nadhirah said...

karpet jalan masjid india pun banyak kak su hehehehe

Miss Hirose said...

hahaha..so sweet la..

BULLET said...

hari tu pun kitorg ade makan meatball tapi wife cakap xsedap. sebab rase dia xsame ngan ball2 dalam bakso yang makcik indon kat subang mewah tu buat...kirenye makcik indon nyer lagi best la dari ikea...

fara said...

Last time g ngan famili carik perabot utk umah bru gak...
Tengok papa+mama+adek bergado mulot psl nak pleh... blablabla.
Me and adek bongsu duduk kat tepi je.
Malas nak layan!
Haha

Cik Nadia Bayu said...

waaa. bestnye gi ikea. saye dah pokaiiiii. tak bley nak ber deco buat waktu ini. waaaaaa ;(

Chooyaya! said...

yatie : mmg takkan cukup.. hahahahha. meh la dtg KL yatie, tidur umah kiter... chewah!

didi : ha ah, kaksu dah ada tengok aritu.. ad la yg bagus, tp kat mana designer kaksu (sazli) dia tak suka. dia tu, kalo boleh nak reka sendirik carpet punyer design

miss hirose : tq. puji la lagi... puji la lagi.... hehe

bullet : sah2 la meatball dengan bakso tu satu menda yang amat berbeza.. serupa kalo makan meatball dalam kuah bakso, sedap tak?

ms independent : dia dalam rumah, yg nak deco musti sorang jerk.. kalo dah ramai2, nanti boleh jadik gaduh.. pasal berbeza pendapat

nadiabayu : tak per nadia, pelan2 kayuh... kaksu pon pokai2 ayam jugak ni...

mYpRecious said...

ala sedapnye meatball tu.. ngidamnye nak makan... haissh..