Wednesday, August 11, 2010

Last Kopek

Last kopek seperti tajuk diatas bukan la last payudara atau tetek nenen ker apa tau? Heppp!! Tamao fikir bukan-bukan di bulan puasa ni.. Kejap, nak hembus nafas dan bau sendiri. Hurrrm..... Ok. Pengsan. Berbau kuda. Tapi dekat akhirat nanti kalau nafas kiter masa dekat dunia berbau kuda, dia akan bertukar menjadik bau kasturi pula. Ha. Kagum tak?

Ok, back to the 'Last Kopek'

Last kopek itu ialah last lain. I pun taktau nak cakap macam mana tapi lebih kurang, buat perkara terakhir untuk memuaskan nafsu serakah. Bercakap tentang nafsu serakah I pada entry ini ialah nafsu untuk makan nasik minang yang makan kat kedai buruk di Kampung Baru, tadek aircond tapi charge setendet Food Court KLCC or Pavilion gamaknya.

Kata nenek Intan, air ni air Avokoda. Bukan Avocado. Amacam, terliur tak. Jangan deny. Rasa lemak-lemak manis, kena pulak dengan coklat tu. Hump!

Ni pulak tunjang lembu. Kenyal macam makan jeli. Tapi enak seperti mahu makan berkali-kali. Wah. Dah macam pantun 3 kerat dah ni.


Nah hambek kau! Rasakan penangan ayam kampung masak sambal ala Minang. Sedap giler babas siot! Walau harga peha kurus giler ni RM5.50 seketul, tapi redha.


Kerana kurang kerja apabila Kampung Baru tetiba jem masa otw nak balik ke opis, maka mengambil gambar signboard bangang. Eh tidak. Bulan puasa jangan sumpah-sumpah kata bangang. Jadik tukar kepada signboard comel. Tauke kedai menukar ejaan dari 'Repair' kepada 'Ripiar'. Kelakar bukan? Hahaha - Gelak letih dan lapar

Sekian cerita makan-makan waktu lunch semalam. Harap jangan ada sesiapa yang marah-marah I sekarang ni. I tau semua orang tengah lapar... Sabar sikit eh? Tahan sikitttt jerk lagi. Dah nak berbuka dah ni. (Padahal baru pukul 3.30pm, padan muka kau!)

Kepada sesiapa yang tau dan pernah makan dekat kedai ni, kata anak tauke dia yang hemsem tu, kedai ini akan beroperasi macam biasa pada minggu kedua Ramadhan dari waktu berbuka hingga ke waktu sahur tau? So, sementara waktu kalau terigin nak makan tunjang tu, selamba jerk la makan/kunyah selipar. Ada rasa sama jugak kadang-kadang. Tapi kalau selipar, dia perasa getah. Mungkin pahit sikit.

Selamat Mencuba!

-EnD-

3 comments:

-- said...

Air avokado juga disebut sebagai jus alpukat!

Huh! ape nih..1st hari puasa letak gambo makanan? Kemakruhan! kemakruhan!

Chooyaya! said...

tu kalo bahasa indon. alpukat. sedap nko. merewciks! eh mcm ni kan eja.

Liyana said...

kak sue..gi makan kat salero nogori kat amcorp mall...gulai tunjang dia terbaek dari ladang!!!