Saturday, May 21, 2011

Gara-gara Baju Keparat

Last week masa hari Selasa, HR dah bagi email. Suruh pakai baju korporat. Aduh... Tak sukanya!!! Dah la baju tu kalau pakai nampak macam nurse pon ada. Tapi yang paling nyata, I pakai je baju tu terus terasa macam salesgirl woh!

Tapi kali ni salesgirl yang up sikit la. Sama macam salesgirl jual kek lapis yang I nampak ada banyak dekat Pekeliling.

Sian jugak tengok, pakai baju dah kemas, tuck-in bagai.. Pakai heels tapi jual kek lapis tengah-tengah panas. Kesian kan?

Tapi lagi kesian dekat I pasal bila I pakai baju korporat tu serba tak kena. Kalau tak tuck-in nampak macam gampang, bila tuck-in nampak macam pempuan gemuk yang hilang arah tujuan. Mintak mahap I taknak upload gambar tu dekat sini. Horor sangat ghupernya...

Disebabkan I merasakan mungkin juga I akan kelihatan lebih elok kalau pakai seluar baru bersama baju keparat tersebut, maka I mengugut mengajak Syira *one of my besfwen cium molot untuk teman I carik seluar dekat KLCC. Yang end-up I dapat beli seluar kacak less 50%. Berbaloi-baloi !

Tq Syira pasal sudi teman I malam tu. Tapi dengan syarat before pukul 10.00pm dia nak balik. Mati-mati I ingat dia ada date ke haper, rupanya nak tengok drama dekat Tv3. Sabo jerk la.

Kecik ati I tengok gambar ni tau? **U know y syira. Haha.

I belanja Syira makan sempena belated-belated-belated birthday dia. Syira kata nak makan sushi, lantas hanya membawa dia makan sushi yang paling murah, sushi king! Haha.

Lepas tu kitorang makan pulak dekat Kenny Rogers.

Dan lastly makan eskrem Tutifruti sebagai desert. Hebat kan pola pemakanan kami malam tu?

Dah. Tapayah nak kagum ker apa. Ini semua propaganda I jerk pasal nak masukkan atau dengan perkataan sebenar, nak tayang makanan I jerk. Malam tu kitorang cuma makan sushi jer. Yang Kenny Rogers dengan eskrem tu, hari-hari lain selepas tu time lunch.

Haha. Semua orang dah kean tipu! Wek wek! :p

-EnD-

2 comments:

Miss Moon said...

tetiba aku plak lapa nengok banyak makanannnnnnnnnnnnnnnnnnn

tergoda ngan nasik lemak tewwwwwwwwwwwwww

Chooyaya! said...

ha aper lagi.. lekas la carik semua makanan ini dan menggemok bersama2. yes lah!