Sunday, July 31, 2011

Ayam Goreng Sambal Air Mata Berdarah Sudah Kembali !

Bila dekat kampung, otomatik I akan jadi super duper pemalas. Mandi malas, bergerak malas, semua pun malas.. Kalau boleh semua nak order je. Mangsa sejati ialah Gf I. Mak nak towel, Mak nak spenda, Mak nak baju, Mak nak selimut... Pemalas sampai tahap Gf offer kaki dia dekat muka. Hahha. Makan je yang rajin je pun.

Itulah keistimewaan I. I sangat bangga untuk itu. Terima Kasih.

Selera dekat kampung juga otomatik akan berubah. I nak makan lauk pauk kampung je. Kalau boleh semua mesti pedas tahap buasir. Kang kalau mintak sushi kat Gf kang, tak pepasal kena maki.

Cecece. Panjang pulak intro. Padahal nak tayang lauk yang I masak semalam ni je. Pemalas still, Sape kata rajin? Tak payah impressed dulu. I duduk tumbuk cili sambil mulut order, Mak nak garam, Mak nak mangkok, Mak, nak kawen dengan Khairul Fahmi Che Mat. Eh?

Pastu Gf kata, kalau stakat buat kerja duduk je pastu semua order je, nenek dia boleh buat. ewah mak. Jangan diungkit orang yang dah takde. Tabaik.


Ayam goreng sambal air mata berdarah kering


Resepi? Haha. I yang nak kasik resepi pon boleh gelak. Tak sampai hati pulak nak kasik, tapi kalau ada yang nak, apa salahnya kan? Ala, kasik can la aku belagak share resepi skali skala. Haha.

Tumbuk halia, cili padi, bawang merah, bawang putih. Pastu tumis... Jangan masukkan air.. Nanti dia berair plak. Pastu masukkan garam, setitik kicap manis, sekeping asam keping, 10 bijik gula.. Pastu masukkan lada hijau belah empat ni, dengan bawang besar. Bila dah layu-layu manja, masukkan ayam goreng.

Siap! I memang selera kalau makan lauk pedas-pedas macam ni. Pendek kata kalau hari-hari makan sambal air mata pon Mak Ok Jer. Sila la mencuba resepi yang bongok ini kalau nak berselera time bersahur.

Sekian.

YangBenar,
Chef Kathijah Abu Hasan

-EnD-

2 comments:

Anonymous said...

comel je 10 bijik gula.hehehe

Chooyaya! said...

hehe. kalau ada yang pegi kira gula lagi la comel..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...