Wednesday, October 19, 2011

Birthday Dinner for Bubu Momot

Kesinambungan dari entry Oreng Ang-Ang Oi

Assalamualaikum.. (Tak jawab dosa)

Bersempena dengan Birthday I yang ke rahsia tu, (bajet artis), yang ada orang komen kata baju I macam orang kampung blink blink tu tu tu. Ha...

Mana ntah blink-blink nyer Abang Mask? Kiter tak pakai la baju blink-blink nak pergi makan malam bersama keluarga kiter biasa pakai baju blink-blink time pergi bejoget dekat disko jer. **petir. Tak baik fitnah kiter. Dosa taw? *Cekak pinggang dekat ketiak.

12 Oktober malam tu, kiter sekeluarga telah pergi dinner sempena Birthday I. Serunutnya dapat makan! Dalam kepala nak makan sashimi. Tapi masalahnya MIL memang tak sentuh Japanese Food. Bapak pulak nak makan western. Saz semua pon boleh tolak batu ngan kayu. Acaneh?

So, I book table dekat Spices Concorde Hotel (Mati la giler kuasa, besday girl book sendiri for dinner. Bahahaha) Takper la kalau tak dapat makan sashimi. Tsssk tsssk. Dekat Spices ni offer Western & Italian food jer. Mengalah jer ni. Baik kan I? Hikhik.

Skali dekat pukul 7pm macam tu, Concorde call bagitau malam ni mereka tak serve Steak. Cait! Last minute baru bagitau.. Adoi.. Taknak la makan steak dekat tempat-tempat yang biasa makan. Nanti tak rasa macam special. Ini kan birthday I (annoying kan bagitau banyak-banyak kali?)

So finally we I decide to go to Shook! Starhill Gallery - Ritz/JW Marriot Hotel. Sebab kan kan kan, kat situ ada Western & Japanese Food. Yay! Ada jer jalan Allah nak bagi budak (budak ker?) baik hati mengalah dengan FIL/MIL untuk dapat jugak makan Sashimi. Aminn....

Motip nak letak gambar yang lebih kurang sama sebelah-sebelah? Ooo nak kasik tau, gambar yang diambil with/without flash. Beza kan? Tengok rambut Sazli, macam megi jer kan? Bayangkan kalau ada anak nanti, rambut gulung-gulung macam tu, kompem aku paksa jadik hakim. Senang. Dah tak payah pakai yang macam rambut palsu kaler putih tu. Cut cost sangat-sangat kan? Haha. Ok tak lawak.

Birthday Girl yang meriah berbaju oren ang-ang, berblink-blink kampung dot com. *Tangan di bahu, mata pandang atas. Eh? Asyik pakai cekak kepala ni jer? Dah takder yang lain ker? Tak la. Ada banyak yang lain, tapi yang jenama Max Value ni jugak yang paling best. (Aku tanya, aku jawab) Ketat dan bergigi tajam. Bila pakai, rasa macam nak bocor kepala. Eh tak la. Rasa kemas sebab dia grip kepala ni ha. Dah. Kepada sesiapa yang simpati lekas hadiahkan kiter cekak rambut sempena birthday. Kaler itam dengan putih jer kalau nak kasik. Kaler lain tak sampai hati nak pakai. Takot meriah sangat. Kalau ikut umur Mak, lagi 10 tahun gua dapat cucu oi. Ko ada?

Terima kasih kepada Bapak dengan Mak kerana menaja makan malam ini. Semoga bertambah la rezeki anda berdua hendaknya dan dapatlah kiranya anakanda rumah yang ada smart pool or infinity pool dalam masa terdekat ni. Aminnnnn..... *sambil-sambil jer kan? Haha.

For appetizer I makan Sashimi. Yay! Superbly fresh! Tuna, Salmon & Ebi (Udang) One of the most delicious and fresh Sashimi I ever ate! Harap Kak Tini tak jeles. Hikhik.

Appetizer jugak. Menurut putaran jam. Mushroom soup yang ada mushroom chunky yang lazat yum yum, saute veggie, Crostini (substitute Garlic bread) yang crunchy & delish! and escargot yang yummeh! Walaupun Hadry kata escargot tu sebenarnya sipot gondang, tapi I tetap gembira memakannya. Lalalala. **skipping

Main course. MIL makan Fettucini Carbonara yang creamy. I makan Teppan Toriniku (Chicken Teriyaki) yang juicy with lots of fried garlic (I like, walaupun lepas tu mulut rasa kuda). Saz makan special menu that night, 'OFG-Blue Cod' yang memang sedap but price worth 2 bijik basikal Aiman. **Pengsan. And Bapak makan Premium Wagyu Tenderloin. Well-done tetapi daging lembut nak mamfus! Apa lembu ni makan rumput yang disiram dengan Evian ker yang jadik sedap sangat macam ni?

Dessert? Takde. Pasalnya mana nak larat makan dah oi. Dalam gambar memang la nampak portion kecik yang mengkalau makan, lekat kat celah gigi jer. But actual size besar besen pinggan dia tu woooooo. Kenyang tahap kalau sendawa, tak kena gaya boleh keluar balik makanan. Haha. Tak senonoh kan?

-EnD-

No comments: