Sunday, October 16, 2011

Happy Birthday Bubu Momot - Part II

Kesinambungan dari drama I dengan Saz masa malam birthday I tu. Ala yang I sipi-sipi nak merajuk pasal tak dapat kek tu... Ingat tak? Kek Pakistan tadek lilin, ingat??? Wah, melampau betul la kan kalau tak ingat. Baru 2 3 4 hari jer kot? Nah makan kismis untuk menguatkan ingatan*sambil hulur kismis.

I kan, tak sangka langsung-langsung-langsung yang Saz bersekongkol dengan MIL, Huda & Sarah untuk arrange surprise untuk I dekat office. Jahat taw dorang-dorang ni semua? Naseb baik I tadek sakit jantung. Mengkalau tidak, mau pengsan dekat dalam meeting room tu. Ko larat ke nak angkat badak ni kalau pengsan? Tak kan? Jangan carik pasal.

Pandai betul la mereka-mereka ni berlakon muka suci macam tak bersalah jer. I memang tak saspek langsung-langsung. Saz lagi la, selenge jer muka dia aku tengok. Geram nak jotos. Berjuta-juta kali kot kata tadek kek, tadek kek, tadek kek. Walaupun sedih sipi-sipi tapi lama-lama redha jugak la. Dah tua bangka nak merajuk pasal tadek kek masa besday semak jugak ko?

Boleh jer kan semak dengan diri sendiri? Haha. Bodoh ni..!!

MIL ada la call pagi tu, dia kata..'Su, harini jangan pergi mana-mana tau? Nanti malam kiter nak makan lagi, nanti Su kenyang sangat. Tak elok. Lagipun masa birthday ni darah manis, tak elok kalau keluar. Tau Su? Jangan keluar'. Eh? Mak ni, tak pernah pulak I dengar time birthday darah manis, kalau bertunang darah manis tu ada la. Caneh?

Memandangkan I dah janji dengan Erni nak jumpa dengan dia dekat Ampang Park lunch time hari tu, so I think I proceed jer la. But I promise to myself that I will not eat. Wah kan? Tetiba jer cakap orang putih. Haha. Ala, keluar jugak tafi tak makan, kira tak derhaka cakap Mak la kan?

Sarah pulak, I ajak la dia keluar awal. Awal dalam 1o menet jer, tafi banyak pulak alasan dia. Kejap la, 5 menet la. Hishk! Orang dah la nak cepat ni? Gerammmmmm!!! I perasan jugak, pesal office ni macam senyap jer? Mana semua orang pigi? Ah lantak la. Dah terlalu fokus nak jumpa Erni, maka persetankan la semua tu.

Masa berjalan dari tempat I menuju ke pintu keluar, Sarah ajak I singgah meeting room pulak. Hai la kan budak ni? I dah tarik nafas nak marah. Yer la. Dah la lambat, lepas tu pulak lagi nak berenti singgah sana singgah sini ala-ala window shopping. Tak hangen pulak kan? Dah la periyet ni. Memang darah manjang naik kepala jer.

Sekali bila masuk jer meeting room, semua rakan-rakan office (yang muda-muda jer) nyanyi lagu Happy Birthday ramai-ramai. I? I tak fengsan. Sipi-sipi jugak la. Tapi cam biaso drama. Terus feeling-feeling Neng Yatimah. Lap air mata dengan hujung lengan wa cakap lu! Haha. Malu pulak bila fikir balik. Tak kental pulak rasa. Dah tua-tua lagi nak nanges-nanges. Bahaha.


Saz kasik kek oreo cheese yang Huda buat. Atas dia tulis 'Happy Birthday Bubu Momot' Aku ler tu. Momot pon momot la. Janji omel. **Omel ker? Dengan 3 kuntum simbolik kepada 'I love U'. Tak la. Tipu. Jangan nak berangan. 3 kuntum bunga sebagai simbol 30 tahun. Mak. Dah 3 series dah I. **Redha.

Muka terkezut. Terkezut tapi ala-ala posing Sharifah Aini jugak aku nengok. Macam nak tayang tetep. Macam power sangat kan? Pui! Gambar sebelahnya kelihatan budak tu kan kan kan tengah nanges sambil pegang bunga. Drama drama.

Seterusnya acara memotong kek. Turut kelihatan seketul bunga biru ditepi sanggul? Ko ada? Hahahaha. Kata kawan I, 'Kenapa tak letak dekat tepi macam bebudak lain pakai?' Jawapan : Tak sampai hati nak pakai omel-omel macam tu. Kata 3 series? **Sedar diri sebenarnya.

2 gambar membuktikan betapa tinggi la sangat. pui! besarnya I berbanding dengan Ros & Intan yang omel ni. Ko giler? Ada 2 3 orang dah perasan Intan dekat luar. 'Eh, ni Intan yang dalam Chooyaya Secret Garden tu eh?' Wah. Ni betul lawan tauke ni!

Tq semua adik-adik Kak Su for all this. Sarah, Intan, Diba, Mas, Shaari & Fizul. **Turut kelihatan didalam gambar poster orang memotong getah juga mau masuk. I heart my work place (tetiba kan?)

Also Ros, Su Kecik, Izzi, Ira, Wan, Gee and Siti. (Lagi sekali Makcik toreh getah pakai baju oren nak enter-frame) Dah la tu, dorang beli Mc D and makan ramai-ramai untuk merapatkan ukhwah.


Yang paling best, portion untuk I takder eh? Boleh jer kan? Hahaha. Kelakar la bebudak ni semua. Kata dorang, I tengah diet, so tak elok makan fast food. Boleh? Naseb baik la orang McD tersalah pack maka I dapat makan ayam goreng. Sabar jerk la.

Finally, I ingin mengucapkan terima kasih kepada Sazli & MIL. Tunggak utama drama di hari jadi. Juga Huda & Sarah kerana arrange semua ni also a big thanx to adik-adik I, Intan, Ira and all sebab... Sebab apa, fikirlah sendiri... Malas aku nak fikir ayat. Haha.

Juga kepada mak dikampung serta semua yang mengundi saya. Saya berasa bangga dengan anugerah ini dan berjanji akan membuat yang terbaik lagi pada masa akan datang.... **pang! Ko ingat ni majlis anugerah ke nak bagi ucapan terima kasih bagai?

-EnD-




9 comments:

Personal Wellness Coach. said...

hahahaaha.
comel dan kelakar kak su nih.
hehe!

Chooyaya! said...

kaksu comel? wah. seronok mendengarnya. mana wana ni, mana??????

ijan said...

oh, su memang comel..;)

bestnye bday disambut officemate & ada kek ada bunga dari kanyang u..hehe

semoga pertambahan umur diiringi dengan zuriat yang soleh & solehah :)) wink wink.

Chooyaya! said...

jan, terima kasih diatas doa dan pujian omel tu. dah tua2 ni nak kata omel segan pon ada. pastu kan, sazli kayang tau? bukan kanyang. takmo tu. hehe.

zaren said...

hepi blated befday kak su momot..=)
kak su, da abes blom mkn kek pakistan tu?hehe
intan mmg pemes dlm blog kak su

Chooyaya! said...

tq zaren! intan memang. dia selalu lawan tauke. hikhik.

Anna Dayana said...

dah bosan tiap tiap hari dgr pasal KALORI.. asyik asyik benda sama jer.. at the same time perli aku la tu..

wana said...

Xyah nk jerit sgt name aku tu!!!!! Hak tuiiiiii!

Chooyaya! said...

anna : *longggggggggggg yawning!
nayang : hoi! apa ni ludah2!