Monday, October 17, 2011

Ikan Kekek Mak Iloi-iloi. Ikan Gelama Mak ilai-ilai..

Hamboi, tajok entry tak menahan!

Cambiaso, mekalau balik kampung tak sah la kalau tak makan banyak-banyak kan? Pagi makan nasik lemak, tengah hari makan nasik dengan pelbagai lauk yang gf masak yang lazat hingga menjilat siku, petang minum pulak. Package dengan kuih-muih cendol pulut siap. And malam makan nasik lagi.

Hambek ko!

Makanan dah paras dada dah. Loncat-loncat sikit kasik makanan mendap. And sambung mengunyah....Pastu ngadu gemok, selulit sana sini, babat terkeluar la. Hehs! Bajet kalau makan banyak, lepas tu berdoa sungguh-sungguh sampai keluar air mata boleh kurus.. Boleh?

Sabtu baru-baru ni, I pergi Pasar Malam Bandar Pusat (Sekarang dah jadik Bandar Tun Razak) dengan Rumet, Gf, De & Askar-askar. Target : Ikan Gelama Pekasam Kedah. Yes! Ikan Gelama Pekasam telah ditawan! Dah lama dah pending nak rasa ikan gelama pekasam. Esok lunchnyer terus redeem.

Ikan gelama pekasam campur petai campur bawang besar campur cili padi, perah asam limau kasturi. Perghhh! Baju oren ang-ang pon tak guna dah hoi. Shook la, Japanese food la. Skali kena gelama pekasam terus selera kampung dot com.

Cara memasak? Sanang bah itu! Goreng la ikan gelama pekasam. Bila sipi-sipi nak masak, campakkan la bawang, petai, cili padi belah dua. Siap! Sebelum makan, perah limau kasturi. Makan dengan nasik macam tu jer dah berpinggan-pinggan makan. Tapayah lauk lain dah. Gemok padan muka.

Cili padi tu I kutip depan rumah Gf. Best jer rasa. Time petik tu I perasan la ala-ala Jamie Oliver. Konon petik cili, terus masak. Dah la gemok-gemok cilinya. Ni perli aku ke apa ni? Pui!

Pendatang Asing Tanpa Izin. Haha. Indon habes. Mak la, katanya tatahan nak makan roti bom yang dia beli tadi lantas bersila tepi jalan dan makan. Tak senonoh kan? Pastu buat muka kesian macam tu. Nak tunjal pasal geram kang takot derhaka pulak.

Itu itu itu yang dalam plastik tu, semua makanan tu. Ada potato spring, murtabak, apam balik, keropok, mangga, mata kucing... Pendek kata semua ada la.. Mak kan? Biasa la dia. Semua menda nak beli. Elok bawak balik rumah jer Pasar Malam tu Mak.

-EnD-

5 comments:

Azilla said...

haha...seperti biasa entry akak mmg buat org gelak guling2...salam kak...sori nyebuk...da lama follow blog akak tp baru ari ni mempunyai keberanian yg padu utk mengkomen! ok bai *malu tutu muka

Chooyaya! said...

azilla : kenapa nak malu2 pulak? ngada kan? meh sekeh!

Azilla said...

aiyakkkk jgn la sengkes...eh kak panggil ila je xyah susah2 panggil nama penuh rasa mcm kat opis lak panggil azila nih...haha...nak panggil kak su bleh x? *kelip2 mata manja

Chooyaya! said...

panggil ler... jgn panggil makcik dah. hikhik

Azilla said...

haha...ye la kak su...nih ngah tunggu kak su approve kat fb rasa mcm bzaman dah add tp x approve...kui kui kui