Tengok pada tajuk entry mesti ramai yang ingat I yang buat Beef Wellington ni kan kan kan? Dah. Jangan nak cebik-cebik mulut. Takder maknanya I yang buat ni. Bab baking so far memang failed giler. Last try baked masa buat cream puff yang turn out jadik kura-kura beberapa lama dulu. Ingat tak? Haha. Lepas tu memang I dah takder baking apa-apa dah.
Tapi kalau sambal air mata, ni ha. Carik ahkak! Memang taiko sambal air mata wa cakap lu. Mana ada orang boleh lawan. **Sambik dabik tetep dada. Bak kata Saz, 'U kalau masuk masuk Masterchef Malaysia mesti masak sambal air mata hari-hari kan? Sambal air mata ayam harini, esok sambal airmata udang, lusa sambal air mata ketam, tulat cekodok cicah sambal airmata ikan bilis, lusa lempeng salut sambal air mata. Sampai semua juri kena buasir la pendek kata.
U memang taw? Suka memperkecilkan kelebihan I. Kerana sambal air mata tu la kiter jatuh cinta kan? Lekas mengaku!
I always wanted to find or eat the Beef Wellington yang kena dengan selera I. Daging mesti la moist and not too dry. I suka medium rare, maklumlah keturunan pontianak. Pastu pastry dia tak tebal sangat pasal takot kenyang makan tepung jer and mesti crunchy and tak letak too much butter or apapa la bahan yang membuatkan bila makan kiter berasa muak dan jugak kena ada gravy. I always heart a black pepper sos and semestila full of flavor. Takmo la macam makan daging rebus takder garam. Pui!
Banyak songeh kan? Ha. Tu la. Jangan nak biasakan diri dengan makan makanan yang sedap-sedap sangat. Selain dari badan menjadik gemok, tekak anda jugak akan mengada dan kadang-kadang menjadik belagak. Dah reti dah nak cebik-cebik dalam hati kalau rasa makanan tak kena dengan selera. Meh lempang laju-laju meh!
Banyak cakap takder. Meh kiter menyegarkan minda dan memanjakan pandangan dengan variety of Beef Wellington yang I google jer ni. Hikhik. Stakat google pon nak kecoh ke? Bukan masak sendirik pon! Heh!
Yang ni pulak Beef Wellington Rendang yang Chef Norman masak. I copy gambar dan resepi dari MasterChef Malaysia website. Kalau ada sesaper dah cuba kasik tau la eh? Tak dapat rasa, dapat tengok gambar pon jadikla. Giler loser bunyik I.
Bahan Bahan Utama:
- Daging Batang Pinang - 500gm
- Cendawan Butang - 250gm
- Bayam (berdaun besar, buang batang) - 100gm
- Puff pastry - saiz 350mm x 250mm
- Telur Kuning - 2 biji
- Serbuk cili paprika sebagai hiasan
Bahan Bahan Sos Lada Hitam dan Cendawan:
- Krim Pekat - 300ml
- Lada Hitam (ditumbuk halus) - 1 sudu besar
- Air - 100ml
- Cendawan Shitake (direndam dalam air panas supaya jadi lembut dan dihiris halus) - 10 biji
- Pes Rendang - 2 sudu
- Garam - ½ sudu
Bahan bahan Pes Rendang:
- Serai - 2 batang
- Bawang Kecil - 4biji
- Bawang Putih - 2 ulas
- Lengkuas - ½ inci
- Cili Kering (direndam dalam air panas) - 10 tangkai
Bahan Bahan menumis:
- Daging (dipotong nipis) - 250g
- Minyak Masak - 4 sudu besar
- Garam - 1 sudu kecil
- Gula - ½ sudu besar
- Santan Pekat - 100ml
- Kerisik - 2 sudu besar
- Daun Limau Purut - 4 helai
- Daun Kunyit (dihiris halus) - 1 sudu besar
Cara-cara penyediaan Kiev Ayam:
- Untuk Pes Rendang, tumis bahan – bahan yang telah dikisar dengan empat (4) sudu minyak masak.
- Goreng hingga naik minyak dan masukkan daging, gula, santan, & garam. Masak dengan api yang perlahan sehingga kering.
- Masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. Tutup api dan keluarkan daging dari rendang. Sejukkan pes rendang.
- Cincang cendawan halus halus atau masukkan dalam Pengisar Makanan (food processor).
- Gorengkan ia tanpa minyak, dan goreng hingga kering.
- Celurkan daun bayam dengan air panas hingga sedikit layu dan keringkan.
- Hiris daging dari seketul menjadi seketul menjadi sekeping daging. Sapukan pes rendang dan gulung kepingan daging tersebut seperti ‘swiss roll’.
- Ikat dengan tali supaya bila digoreng, daging yang digulung itu tidak akan terbuka.
- Goreng selama 5 minit hingga jus daging keluar.
- Dengan menggunakan ‘cling film’, susun daun bayam yang telah dikeringkan dan taborkan cendawan yang telah digoreng. Kemudian letakkan daging yang telah digoreng(pastikan tali yang digunakan dibuang).
- Balutkan dengan lapisan cendawan dan bayam dengan menggunakan ‘cling film’. Perap dalam peti sejuk untuk seketika.
- Tebarkan puff pastry dan sapu kuning telur. Letak daging yang telah diperap bersama bayam dan cendawan. Gulungkan puff pastry dengan kejap.
- Kelar bahagian atas pastri dan sapu kuning telur. Taburkan garam dan lada hitam.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 C selama 15 hingga 20 minit.
- Sediakan sos dengan menggorengkan cendawan hingga kering. Masukkan krim, pes rendang, air, dan jus daging berlebihan. Masukkan lada hitam dan garam. Masak hingga mendidih.
- Keluarkan daging setelah masak dan hiris setebal 1 inci dan hidangkan bersama sos yang telah dimasak. Taburkan serbuk cili paprika sebagai hiasan.
I suka pastry nipis macam ni :) Peramah kan I nak kasik tau semua?
This is how I want my Beef Wellington look like. Not too big and daging dia nampak juicy. Pastu ada gravy. Pengsan!
This is how I want my Beef Wellington look like. Not too big and daging dia nampak juicy. Pastu ada gravy. Pengsan!
Adoi... Bila dah tengok gambar ni, rasa macam dah tak sabar-sabar nak makan. Ni semua Saz punya pasal la ni... Cis! I tak kira, by end of this week, I musti dapat jugak makan Beef Wellington ni. Lantak la. Apa nak jadik, jadikla... **Lari laju-laju sambil tarik rambut.
-EnD-
5 comments:
HAHAH ko memang serious keturunan pontianak kan? aku tgk daging tu gila mentah okeh.. aku ni keturunan tekak melayu jati.. kena well done, kalau tak haku muntah!!! hahaha
Aku kan memang suka makan yg mentah2 semua... ko balik dari korea, patut dah boleh makan sashimi taw? ah tadek. aku paksa gak ko makan nanti!
erk lepas bace entri ni tetibe nak makan t-bone steak plak tp well done..tekak melayu asli..
banyak ko nye nanti.. kata nak date makan sushi.. bile bile bile????
nashays : tbone? perghhhh! siot la.... dekat mana nak makan? nak sikit nak sikit!
filla : ko la artis. manjang bizi jer... aku anytaimmmmmmmmm. pasal makan gua mmg tak tolak.
Post a Comment