Tuesday, November 1, 2011

What To Eat Below 500 cal? Ewah!

Assalamualaikum Love! **Wah tetiba mood romentik pulak kan? Ngeeeee... :D

Takder idea nak makan apa tengahari ni? Ok jangan risau. Cik Otromen Oren datang membantu.. Memandangkan sekarang ni I konon-kononnya machammmm nak diet, so I akan kira berapa banyak kalori yang I ambik dalam sehari. I akan cuba ambik less than 500 kalori. Kadang-kadang ada jugak terlebih, especially bila cuti Sabtu Ahad and ada wedding or balik kampung.

Ko giler? Mak aku dah masak sedap-sedap, pastu bukak laptop untuk google pasal nak kira kalori siap bawak keluar kalkolator. Ada yang kena baling dengan lesung batu. Lagi pulak kalau Mak dah siapkan lunch at 11.30am, pastu siap atur lauk atas meja, siap ada air sirap berpeluh, nasik siap sejukkan. Tinggal suap je. Ko sampai hati tak makan? Tak kan? So, kalau dengan Mak, tak payah nak berkira dengan kalori sangat aih.

Quarter Meal Kenny Rogers. Ni yang I ambik ni ialah drumstik with blackpepper sos : 230cal. Mac & Cheese : 150cal, coleslaw : 130cal (approx). So total : 510cal. Lebih kurang kot? Kalau nak lagi tepat pergi la Kenny Rogers sendiri. Dekat menu dia, bahagian belakang ada tulis each calories for each dish. The best part yang less calories is drumstick tau? Kepak dengan dada banyak calories dia taw taw taw. Jangan tersilap.


The best muffin yang I pernah makan ialah dekat Kenny Rogers. Vanilla semestinya. Sebijik ada 200++ calories. Tak sesuai nak makan ketika berdiet. Tapi dalam diet kiter, mesti ada cheat day. So, everyday is a cheat day to me. Boleh? Haha.

Hari Ahad, I pergi Souled Out dengan dengan Mira. Pasal hari Ahad is a cheat day, so I tak merajin pulak check calories air ni. Hikhik. Dari kanan, Virgin Pina Colada (Tadek liquor taw? Yang ni Halal punya Pina Colada). Sebelah dia yang purple ang-ang tu nama dia Apple Tropic. Campuran Apple dengan pineapple and rumput. Eh tak. Tifu jer. Yang rumput tu I pandai-pandai buat cerita. Kata Mira, air ni sedap. Bagi I air ni rasa rumput and air kencing kerengga. Sedap tu kan subjektif?

Kekasih hati I. Sakae San! This is a must thing to order kalau pergi Souled Out. Sedap gilers! I rasa kalori tak banyak sangat (kot?) Pasal roti bawah tu nan. Dia bakar. Pastu layered dengan salad and salmon je. Pastu ada japanese mayo and wasabe with caviar on top. Pengsan.

Tak banyak calories kalau makan satu atau 2 slice. Kalau makan sebijik ni sorang-sorang, pastu nak bawak keluar kalkulator, baik tapayah. Lebih afdol kalau makan nasik minyak berlaukkan kambing gulai, kari ayam dan rendang daging. Kan?

-EnD-

4 comments:

Anonymous said...

Sudah laaa maksu..benti menipu pembaca2 blog ni dgn diet maksu..pulangkan duit kami..pulangkan..hahahahaha.


Yang benar,
Apai

Chooyaya! said...

Diam !!!!! Hahahahah. Jangan buat onar dekat sini boleh. lari peminat-peminat aku. Haha.

wana said...

Ko ade peminat? *muntah oren*

Chooyaya! said...

ada la. Apai tu peminat tegar aku. ko jer yg taktau... tp dia mcm biasa la, mesti tanak ngaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...