Sunday, December 23, 2012

Boss Kecik, Kuning & Makan

Assalamualaikum....

Harini kiter cuti la sekejap eh dari cerita pasal Boss (Shein Iskandar). Tapi nak jugak citer sikit pasal dia. Hehe. Jumaat lepas finally dapat jumpa dengan Pakcik Doktor dia, Dr. Adnan Adrian Goh. Al-hamdulillah kuning Shein dah kurang. 

Kata Dr. Adrian, kalau kuning, ubat dia cuma breast feed more and more and more jer. I tanya la pasal petua-petua lain, dia cuma senyum and geleng-geleng kepala jer... Doktor kan? Biasa memang macam tu la... Dia kurang percaya petua-petua orang lama ni. Pastu kata dia lagi, kalau nak banyak zuzu, kena makan makanan berkhasiat and urut tetep ke bawah. Makan jer semua menda. Ayam, Ikan, Itik, Kambing, Lembu whatever you wish BUT understand your body AND avoid halia for at least two weeks...

Kuning baby akan capai tahap maximum masa dia umur seminggu. So, kata la kalau dalam tempoh seminggu tu bacaan dia dalam 318 ker, so nothing to worry (tapi worry jugak sebenarnya. Ko giler tak worry?). Itu la tahap dia paling tinggi. Ingat. Max umum seminggu tau? Tapi kata la kalau hari keempat bacaan dah 340 memang la kena cepat-cepat buat rawatan. Jangan la take risk lagi biar kat rumah and buat rawatan traditional.

Si Sazli pulak kata, kalau bagi baby minum zuzu banyak-banyak kali nanti baby berak lepas tu buasir. Doktor Adrian senyum je. Haha. Takper. Bagi jer baby minum zuzu banyak-banyak. InsyaAllah lagi banyak dia berak kencing, lagi cepat kuning tu keluar.

Apa yang Doktor  kata tu, kalau kiter nak terima, boleh jer... Kalau tak... Tolak tepi. Rejim pemakanan I time berpatang ni simple. Makan rebus jer. Takder goreng-goreng lagi (setakat ni la). Tapi kata Dr. Adrian boleh makan apa saja maknanya boleh la makan sushi eh? Ke macam mana? Kata Kak Tini, masa dia dekat Japan dulu pun, dekat hospistal bagi makan tempura, sushi, sashimi jer... Heeeeeeeeee......



The best Saba Steak ialah dekat Kiku Zakura. Serius sedap. Ini sebenarnya ikan masak kicap versi Jepun ker apa ni? I nak ni.... :'(


I makan Saba Steak tu masa Yatie datang KL. I paksa dia bagi I duit, dia tak nak bagi jugak. Bensi! Yatie asyik pesan, jangan kata dia gemok. Ye la. Mana ada gemok pon.... Gigi jer menten besar.

Hetchu!

Setakat hari ni, umur Shein dah 13 hari,. Rasa macam sekejap jer... pejam celik pejam celik dah 13 hari... Lagi 2 hari setengah bulan dah pun umur dia. How time flies kan? Pastu tak lama lagi dia dah besar, pastu dah boleh jalan, dah berlari, dah sekolah, dah masuk U, ada gf, kawen. Uwaaaaaaa.... :'(

I pulak, dah rasa badan sihat dah... Mak jer selalu bising-bising suruh I jalan kepit. Takot fefet koyak T____T Itu kan tak praktikal untuk yang bedah. Ke macam mana eh? Satu lagi... Set berpantang I tu, bila I boleh mula makan eh? Kena tunggu habes pantang ke macam mana? Kalo makan lepas pantang dah bukan namanya set berpantang dah pon.

Oh. Ada readers komen pasal yang bedah tu. Katanya kenapa I ada kena cabut benang. Entah eh? Tapi memang ada benang... Tapi tengok tempat bedah tu macam dia gam jer... Ke sebab kena jahit sikit sebab banyak babat ker tatau la.. Nanti Jumaat ni I tanya Dr. Ravi kenapa I ada kena jahit. Ok? :)

-EnD-

12 comments:

Anonymous said...

salam
masa ank 1st i caesar juga.terbengkalai set pantang tu...samala amway punya.pkai param je.n minum herba tea.sapu perut big no...no.. jamu mmg habis pntang baru mkn btl 1. takut nk mkn awal sbb bb kuning n org ckp panas x seswai utk luka caesar.

Marliy said...

nak komen gak..
i guna set pantang Air mancur. coz mak i pakai dr dulu2.sekarang sudah ada dlm bentuk pill, telan je.tak pyh bancuh2 mcm dulu..

mak bidan i kata, start makan jamu bila pusat baby dah tertanggal.so, i start masa day 17. coz kali ni pusat baby lambat tertanggal..

BTW, i deliver normal..C-sar kes, tak sure. Tapi npe u csar?ada masalah ke masa tu?

Haris Zuhaina said...

As Salam, Su.. Alhamdulillah dah kuat ya.. Sy tak dak pengalaman pantang operate. Tp rasanya bila dah seminggu dah blh makan dah.. cos bb dah tak dak kunin dah masa tuh. Jgn makan kicap. Oragn kata makan kicap, parut hitam :P
SELAMAT EBRJAYA :)

Haris Zuhaina said...

As Salam, Su.. Alhamdulillah dah kuat ya.. Sy tak dak pengalaman pantang op=rate. Tp rasanya bila dah seminggu dah blh makan dah.. cos bb dah tak dak =unin dah masa tuh. Jgn makan kicap. Oragn kata makan kicap, parut hitam :P=br />SELAMAT EBRJAYA :)

Unknown said...

lg 1 kalau baby kuning elakkan makan lada hitam. InsyaAllah takde apa pun.. keep bf, lg byk kencing/berak lg bagus. take care :D

SexyHippo said...

My aunty yg doctor pernah bagitau. Gynae ada banyak style kalau cesar. Diorg buat incision 7 layers of skin (rasanya, correct me if im wrong), my gynae punya style yg layer paling atas dia glue je, pastu tampal ngan paster besar macam cellotape tu, 10 hari bukak cellotape tu luka dah intact, kering elok dah. Some gynae letak cellotape tu overnite je, esok bukak pastu sembur glue. Ada gynae yg letak menda macam stapler so mmg nampak la "stapler" tu kat perut, so after a week or so kena tanggal stapler tu. Rasanya itu la yg dia tanggal kot. Pasal benang yg diguna untuk bersalin selalunya benang yg "absorbable" so takyah tanggal dah.

Kalau baby kuning, elakkan jamu2 dulu. Tu pesan our paed dulu. Dah hilang kuning baru start jamu2 sume. Tgk keadaan baby la kan, kalau lama kuning maka kena delay la lagi nak amek jamu tu.

Chooyaya! said...

anon : itu ler tu... dekat jamu tu dah tulis certain2 thing makan on this day this day... harap tak terbengkalai la sebab rasa macam membazir plak kalau tak guna.

Chooyaya! said...

marliy : bb i dah cabut pusat day 11. lepas cabut pusat baru la pakaikan bedung and minyak yu yee... nak makan jamu mcm tak berani lagi. kalau makan lepas pantang ok x? air mancur tu apa? ok ok xpe. i google.

Chooyaya! said...

haris zuhaina : nyarissssssssssssssssssssssssssss jer nak makan kicap semalam. tak boleh tahan dah rasanya... hukhuk :'(

Chooyaya! said...

kak tini : baiklah. mmg smpi skarang su xde makan lada hitam and keep on bf. dah kena pancut and berak pon ngan shein. haha

Chooyaya! said...

sexy hippo : jumaat ni i akan tanya gynea i mcm mana... mmg dia gam, takde pon kesan jahitan but mmg masa datang last week ada cabut benang. and ada jugak sembur dengan menda sejuk tu....

SexyHippo said...

Fuhhhhh tak terbayang bukak benang kat perut. Tabik spring kat u. I pernah kena jahit kat tangan, 3 jahit je. Sakit tak kisah tapi bila rasa benang tu ditarik (tak kira la masa jahit ke masa bukak ke), serammmmmmm! Ngilu giler!