Tuesday, December 25, 2012

Dyba, Adelia Sofea and Shein Iskandar (Nak jugak)

Assalamualaikum.....

Harini dah 2 minggu dah umur Shein Iskandar. Sekejap kan masa berlalu? Tapi bila fikir tempoh berpantang ni, rasa macam nak nanges pon ada. Sebab teringat sambal belacan, ikan kering dengan ayam masak lemak cili padi. Perghhhh!! A long way to go... Yang peliknya time ni tadek pulak masa ni ingat salmon ker apa. Padahal dulu kemain bercinta dengan makanan Jepun. Ni semua salah si Filla la, pergi upload gambar ikan masin salam Instagram. Pui!

Kalau ikut 44 hari, 24 January ni baru la habis pantang. I tak pergi mana pon so far (except hospistal of coz). Balik Jengka pon tak lagi sebab kena monitor jaundice Shein dengan still got appointment dengan Gynea Jumaat ni nanti. Nak cek tempat bedah kot? Shein  nampaknya dah ok dari jaundice. Hurm... Kalau ikutkan, I can take care of myself dekat KL ni. Tak balik Jengka pon takper. Tapi kesian pulak dekat GF. Mesti tertunggu-tunggu I nak balik sana. But at the same time, kalau balik Jengka, musti rasa rindu sangat dekat Sazli :(

Saz ringan tulang sangat membantu. Each time baby nak menzuzu, dia suruh kejut dia... Sebab nak sama-sama berjaga dengan I. Tapi bila dia dah berdengkor buih tu, rasa macam tak sampai hati pulak nak kejut. Haritu I nak mintak dia ambikkan getah lapik tu, tangan kiri kanan dah guna sebab Shein tengah menzuzu, maka I guna kaki jer kejut dia. Haha. Harap diampunkan dosa. Sebab keadaan darurat. I panggil dia punya la kuat still tak jaga. Pastu bila jaga jer terus dia, 'mana mana?' Apa yang mana entah. Mata bulat pastu gelabah kelam kabut. Rasa macam nak lempang pun ada. Haha.

Hari kelmarin dia dah berjaya change diapers Shein time Shein berak. First attempt gagal. Sebab bila dia bukak lampin baby and tengok ada tahik kuning berbijik-bijik, terduduk terus macam kalah judi 20 juta. Hahaha. But I cabar dia petang tu and he did it. Yay!

Pastu pagi tadi dia berjaya mandikan Shein. Walaupun slow motion habes sampai baby dah hick-up but I rasa ok sangat dah tu. Dia shempukan shein, gosok badan cicah-cicah jer ok? Takut baby sakit katanya. I pulak bebel-bebel kata nanti tak bersih. Pastu kalau pakaikan sarung tangan baby, dia regangkan getah tu sampai lose ok? Mahal-mahal aku beli dekat Mothercare dah tak boleh guna dah sebab asyik tercabut bila Shein pakai. Getah dia dah lose T____T

Tingat kata Paed I time dia nampak Saz terlalu berhati-hati (read : lembap) masa nak pakaikan sarung tangan Shein, 'Dont worry daddy, U not gonna crack the baby'. Haha. Saz risau sangat takut baby sakit. Nak jeling-jeling I time I lap muka and badan Shein. Macam la I ni nak mengapa-apakan Shein. Haha. Tapi sejak Shein dah luruh tali pusat ni, lega sikit rasa.... Sebab baby ni macam fragile sangat kan? Macam agar-agar... Lembut, lembik jer....

Ok. Cukup pasal baby. Entry ni sebenarnya I nak ucapkan tahniah dekat My Sayang, Dyba yang selamat melahirkan a beautiful baby girl. Adelia Sofea pada 20.12.2012 lepas. Sebagai pempuan busuk hati yang naik pening berjaga malam, I dok tertunggu-tunggu bila la 20 hb sebab nak Dyba sama-sama berjaga and jadik Mak Panda jugak. Haha. Yang kelakarnya, kitorang boleh whatsap pukul 2 3 pagi sebab sama-sama tak tidur. 

I sama-sama mabuk dengan Dyba, sama-sama beli stroller dengan dia and do all pregnancy stuff together during the pregnancy time. Fun sangat sebab macam ada geng dekat office. Nanti dah janji nak pam zuzu sama-sama dalam surau untuk buat stock. Semoga dipermudahkan Allah and air zuzu ada baaaaaaaaaaaaaanyak and cukup untuk Shein and Sofea sampai la umur dorang 2 tahun. Itu janji kami (^_^)

Dyba punya perut tecit jer. Dia pon petite orangnya. Also kena bedah C-Sect sebab baby dia sonsang terus. Time 9 bulan, kaki baby dekat bawah... Al-hamdulillah semuanya dah selamat :) Dyba saspen baca pengalaman I dekat OT and I pulak boleh risau giler dekat dia takot dia tak tahan sakit sebab Dyba ni baby sangat tau? Umur baru 24 tahun. Dah jadik Mama. I time umur 24 tengah merapu meraban lagi. Lansung tak fikir nak ada anak time umur 24. Respek giler dekat Dyba. Dia pulak banyak bagi Shein barang-barang Baby. Naik segan dah I. Beli untuk Sofea, beli jugak la dia untuk Shein. Semoga Allah sahaja membalas budimu sayang *Hugs.. I pulak, beli untuk Shein, beli jugak la untuk I. Nampak tak beza I dengan Dyba? Haha. Itulah keistimewaan I.


Sian Intan. Biasa kitorang lunch sama-sama dulu sebelum I dengan Dyba cuti bersalin. Kata Intan, dia makan dalam surau jer. Surau la sangat. Hari-hari upload makan sedap dalam Instagram. Haha. Ni time Dyba datang visit I dekat hospistal and I sedih tak dapat nak visit dia :(


Kawan-kawan office datang visit Dyba and Baby Adelia Sofea dekat KJMC and I hanya mampu benyek-benyek muka tengok Intan upload gambar dekat FB.


Baby Dyba, Adelia Sofea.... Omel kan?? Ni adik Shein ni. Dorang dah kawan masa still sama-sama dalam perut lagi. Heeeeeee.... :D


Abang Shein (Nak jugak tu kan masukkan gambar dia kat sini) Haha.

Ohhh. Lupa nak bagitau. I lepas bersalin jer terus turun 8 kg. I timbang time pergi jumpa doktor last week. Pelik eh? Mana hilangnya 8kg tu sebab baby punya berat baru 3.2kg jer. Semalam I PAKSA Saz janji belikan I treadmill and letak dekat rumah. I nak dapatkan balik berat badan sebelum bersalin dulu. 58kg. Ala. 58kg pon debab jugak but cukup la tu.. Taknak la letak harapan tinggi-tinggi sangat.. (ambik hati)

Berjaya atau tak taktau la... Sebab nak beli treadmill tu pon takot takder time nak exercise time baby ada ni. Harap sangat Shein bukan jenis bergantung jer dekat tetep sampai semua kerja pon tak boleh nak buat. Jikalau dia jenis macam tu, maka terkubur la cita-cita dah harapan nak dapatkan berat badan asal.

Apa???? Berat badan sekarang?? Jawapannya ialah RAHSIA. Lalalalala.

-EnD-

8 comments:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Ur just full tym breast feed. ...mmg kurus balik....x pyh buang duit beli mesin...no tym to do...just download frm yuotube snmn2 yg bole bt d rmhdpn tv...

Home4health said...

Su,x oyh nk treadmill sgt.haha..kena czer xleh lasak lg.jaga n bf baby pn bleh kurus tau.hahaha

Chooyaya! said...

qaseeh : mcm mana pulak dengan perut yang flabby ni. mencik melihatnya...

Chooyaya! said...

nur zulya : sampai bila tak boleh nak exercise. adoi. dah lengoh2 badan nak bersukan ni...

sofiana1704 said...

Skrg kn ada felina inchloss..hehe

Anonymous said...

Su I breastfed Marsha sampai I jadi kurus kering 44kg camtu. Ke 43/42? Ntah. Mmg tak gemuk langsung perut pun flat. Nyeh nyeh nyeh . Bila dah 2 tahun tak breastfeed dah, berat dah normal hahahah
-Hanisah

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Guna bengkung tu 24hrs smpi abis pantang n continue la selagi mau...skrg ada felina inch loss tu...better ur gna losen tu n bngkung...lg cpt kmpis tp makesure tgn sental b4 pegang bby...air kunyit jgn lupa...try baca blog ceera dia pn ada ceta ctu kn..depends mo minum bla...flabby ckit2 tu besa la..mmg perut sy kmpis abis kalah b4 preggy bla ful tym bf tp kna btl2 brpantang...amal kn minum milo kosong pns. ..petua utk air susu byk jgk...tp make sure mkn buah or minum air suam byk..nnt ssh mo yak2..dun wori...sy konpiden awk kurus blik lps nie...jgn d pikir kn semua tu...just rileks n
Ber pntang santai2..yg pnting bby...jgn bt keja2 rmh...

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue...
Time pantang ni ada org senior habaq,makan ja ikan kerin/ayam/dagin... u mst ntahu badan u elergik apa..trial n error. depa habaq, bila beranak anak sulung,kita tahan, ON ja... jgn manja2... ayam klu nk makan juga, cari lah ayam kampung dara.. organik. so tak gatal. semua ni subjektif. lain org,lain tindakbalas. pasal ubat bersalin tuh dah blh start. Igt, jgn bagi badan sejuk2... ibu berpantang klu start sejuk2 n nak demam-badan takut tak lasak.. pasal makan pedas tu, pelan2 lah kuasa pedas tuh.. :) baby BF nih nnt makannya tak cerewet,cos semua rasa dia dah manan..
SELAMAT BEEJAYA :)