Assalamualaikum....
Since Sabtu I dah ada dekat Pahang. Menghabiskan pantang dekat Jengka pulak and pagi ni dah start sesi mengurut. I dah pesan dekat Mak Wek (tukang urut) yang I nak urut yang best-best je. Taknak urut yang sakit sampai kepit telur (ada ke masalahnya?) atau tahan napas kerana tahan sakit sampai nak tercirit and terkeluar bijik mata macam cerita The Mask.
Hengkau!
Sebab siyes I penah urut dengan Makcik Indon dekat office sampai terkencing setitis dua. Busuk kan? Giler bapek sakit wa cakap lu sampai kalau Mak Nyah kena urut kompem terkeluar suara jantan la pendek kata. Haaaaa......
Semalam masa Saz dah nak balik KL memang drama la kejap I. Meleleh-leleh la air mata. Siyes rasa macam tak sanggup nak berpisah dengan dia. Pasti I merindui muka seposen dia time I mengkuatkan suara sikit (Hepppp! Jangan derhaka dengan suami) time dia lambat bertindak disaat I mintak tolong dia apapa.
Ya Allah... Kau peliharalah keluarga kecil kami ini dari sebarang musibah Ya Allah.. Amin...
I akan balik KL semula bila Shein ada appointment dengan paed dia on 14 Jan ni. Pastu duduk la KL seminggu and balik Jengka semula sampai la I masuk kerja nanti... InsyaAllah. Begitulah perancangannya...
Perkembangan Baby Shein? Dia dah free from jaundice and berat dia dah naik 500 gram bila umur dia dah 20 hari ni. Asyik nak menetek jer. Selang 2 jam jaga nak zuzu.. I can manage my sleep time oredi. Dia tido I tido, dia jaga I tido jugak. Eh? Haha.
Mak kemain tau susun-susun buah macam ni. Nampak melazatkan sangat.. Ni fresh from pokok belakang rumah. Bayangkan eh, buah rambutan tu kopek and letak dalam peti ais. Pastu makan time sejuk-sejuk. Perrrghhhhh! *Sepak bakul buah sampai jatuh terus. Wachaaaa!!!
Besar dah Amsyar. Dah nak masuk 6 bulan. Bila tengok Amsyar besar and Shein kecit cinonet jer, rasa macam sebak pulak. Haha. Emosi tak tentu hala. Pastu kata Papa dia, 'Shein, nanti Papa ajar Shein macam mana nak pertahankan diri. Anak jantan kena kuat'. Amboi Papa dia. Macam la Amyar tu jotos kepala Shein pon. Jeling jer kot? Haha.
Sekian siaran lansung dari Jengka. Nanti I akan update time by time. Ni ha, tak boleh nak borak lama-lama. Boss dah bangun, nak zuzu. Menetek jer kerja. Sama la macam.... EH. Okbye. Haha.
-End-
6 comments:
best kn ada baby....sy ni dpt baby yg ke2 pun xcted giler lg...
bby boy mmg suka menzuzu. ank sy nk dkt 2 thn reject susu tepung. asek nk nenen jerr..
jgn mkn byk sgt moktan tu, sejuk tu
anon : besttttt. a happy problem bila handle baby yg bejaga malam nak menyusu. walaupun dah kurang tido. Mokcik redha @_@
anon : ha a. kata boy kan? memang la suka tetep. amboi. kemain.
anon : tadek makan pon rambutan tu, tengok dari kejauhan sambil bersedih hati jer...
Post a Comment