Friday, December 28, 2012

Soalan Pasal Benang Masa Bedah & Video Best Punyer!

Assalamualaikum.....

I baru jer balik dari jumpa Gynea I, Dr. Ravi Chandran. Dia cuti 2 weeks bawak anak-anak dia berjalan pergi UK. 2 minggu tutup klinik. Baru semalam klinik dia bukak balik and today long que yo! Naseb baik la opot-opot mama tak meragam. Cuma nanges sekejap sebab nak isap zuzu. 

Malu kat oghang haih! Dah la ramai giler patient dekat klinik. Naseb baik ada poncho so boleh la menzuzukan Shein dimana saja saya berada. Wah... Tetiba Ras Adiba Radzi. Well. Cita-cita untuk menjadik Pembaca Berita masih tidak terpadam lagi (^_^).

Kalau la takder poncho ni, free jer orang tengok tetep I. Yang si Bapak Shein pulak asyik tanya, Shein tak lemas ke duduk dalam tu? Pastu dok la angkat-angkat poncho I. Sampai I kata, 'U, kalau U angkat lagi tinggi, habes la orang nampak tetep I' T___T

So Ibu-Ibu yang plan untuk fully bf baby, belilah poncho ni, sangat-sangat membantu.. Kat mana-mana pon boleh bf baby. Eh. Ke sebenarnya semua orang dah tau ni? Haha. Ala. Kasik can la I poyo sekali-sekala. Pui!

So, merujuk kepada soalan yang bertubi-tubi (Cecece. Bajet blog popular sangat) pasal kenapa I ada kena bukak jahitan masa buat C-Sect haritu, I dah dapat jawapan dari Dr. Ravi. Kata dia, I punya ada tarik benang selepas seminggu tu pasal dia guna benang biasa. Ada jugak doctor yang guna benang yang boleh ilang sendiri tu. Tapi kalau guna benang tu, takes about  16 to 20 days untuk benang tu vanish. Kalau kulit sensitip nanti akan jadik gatal. So kiter sebok nak garuk-garuk dekat tempat bedah tu and rasa itchy and rasa tak selesa. So, dia guna benang yang kena tanggal sendiri dalam tempoh satu minggu selepas pembedahan. 

Kepada sesiapa yang berkenaan yang kata aku kena jahit pasal kulit tebal and gemok tu, cilanat lo! Aku dah down taw? Haha.

Basically kesan bedah I tak nampak kesan jahit ker apa. Yang ada benang tu, lapisan bawah pada kulit kot? Sebab kulit luar tu dia nampak macam gam jer.... Pasal kulit hitam, menggeleber tu, kata Si Filla yang dah nak masuk 3 orang anak maka dia kata I kena percaya cakap dia tu (haha), basically lepas bersalin memang perut akan jadik macam tu. Takes time kalau nak ok balik. But not too worry, nanti dia akan ok balik semula and kesan hitam tu akan faded anyway. Phewwww. Naseb ko dah nak masuk 3 anak Filla. Maka aku percaya kata-katamu...

Sazli kan, masuk-masuk jer terus mengadu dekat Dr. Ravi, 'Doktor, U marah dia tau? Dia buat kerja rumah, kemas rumah semua... Basuh kain la, sidai kain la....' (Cis!) Pastu Dr. Ravi pandang Sazli and cakap, 'Ada jugak orang macam ni kan? I ask her to get a rest. Duduk diam-diam. Nanti luka luar memang elok, dalam masih rosak banyak tau?' Hoi! Ni yang nak man power sangat dengan I ni kenapa? Tak aci la.

Masa Doktor cek kesan bedah, kata dia bagus... Elok jer... Dont worry about your tummy getting ugly, nanti kesan tu akan hilang. (yerlah!). Pastu dia tunjuk rahim I yang dia scan tu, getting better. I pon tanya dia, bila boleh pregnant lagi? Heeeeee.. :D Kata Dr. Ravi, tunggu la rest setahun... And I tanya jugak pasal darah nifas I kenapa masuk hari keempat macam dah nak abes but semalam tetiba heavy flow balik, kata Dr. Ravi, itu, pasal rahim orang perempuan yang normal and sihat nanti dia akan kecut and kembang. Time kecut sikit la darah, time kembang dia akan jadik heavy flow. WOW! Impressed. Ciptaan Allah kan? Sangat menakjubkan. 

Sayang Dr. Ravi! EH. Haha. Tetiba rasa orang Melayu yang kawen dengan orang India tu kool. Dr. Ravi seriously dah buat perception I pada orang India berubah. Dah tak racist macam dulu lagi dah. Heeeeee.....

Baiklah, I akhiri entry kali ini dengan video pembedahan C-Sect. Sumpah aku memang takder guts nak tengok sampai habes. I tengok first time masa hari keempat bedah and kali kedua just now. Tu pon tak tengok habes. Ngeri hoi! Macam mana la dalam dunia ni ada orang boleh jadik Gynea eh? Pisau gunting bagai. Pengsan!


Enjoy the video.. I agak la kan? Kurang dari 10 orang yang mampu tengok video ni sampai habes. Kan? Termasuklah lelaki. Ala. Ngaku jer la. 

-eNd-

10 comments:

Anonymous said...

btl kata kak filla....yg itam2 tu akan ilang...tp takes time la...
jgn risau,time pntang la kita blh turun kaw2....tp kne pntg btul la...

Hani said...

Ye, jahitan tu bergantung pada doktor. macam I, dia jahit kat dalam, gam kat luar. bila time nak kuar ward, dia bukak plaster and terus sembur sejenis gam - sejuk and pedih sekejap huwahuwaaa.
and, I bleeding 2 minggu lepas cser sebab lasak, bleeding tu kat tempat mati jahit belah kanan sebelah dalamnya. so kena bukak balik, cuci, gam semula sebab infection teruk.
kesian kita kan? macam ikan kena siang huhuhu. and my 2nd pon insyaallah will go for cser. but this is after 5 yrs hehe :)

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Hahaha...btl la tu...mcm sy jg rajin nya 2/3 shj mnyntal dgn minyak...lps tu biar la..redho ja...yg pnting tym dlm pantang ni kesihatan dlmn n jaga bby baik2...kc mnyusu sepenuhnya..bby sihat bam2...hati kita pn hepi tau...

Video mcm tu x prna tengok lg even byk org share d fb...ngeri!!!...sy dah 2 kali d belah...1st bius mati n 2nd tym bius separuh sedar..1st no jahit benang guna laser shj...2nd tym jahit benang...tym bkk bng tu x igt la sakit or ngilu...lg bes 1st tym branak x rasa kontraksyen sakit perut branak tu...2nd tym branak baru rasa sakit nya kontraksyen branak normal tu....sakit wooooo..dah la sakit br jam2...akhir nya d czer jgk...

nurul said...

lelaki wajib tengok ni tak kira czer ke normal. tolong la hargai wanita tak kira ibu ke bini ke. jgn sesekali nak melukai wanita tak kira hatinye ke fizikalnye ke.

dah ada anak jgn nak digoncang pulak nak dilepuk pulak mcm balun buaya. bini bertarung nyawa nak lahirkan dia sedap2 nak hempas ke dinding (geram dgr berita bdk kena dera tu).

genuine1224 said...

hohoi ngeri oh video tu.dlu dah tgk, tapi menjerit2 sebab geli. xleh bayang perut kena rodok gitu. seb baik dah 2 kali branak normal.harap2 pasni pun normal. xsanggup nak tadah perut jadi gitu. betapa besarnya ciptaan tuhan kan?

wawa said...

salam.....i yr silent reader....
I baca komen Hani....this my 1st exp. I pun cam dia jgak jahit dlm n gam je...bila kuar wad spray je...tpi dlm pantang mmg jga betul2. mandi pun cam lembu....just lap2 je takut tpt czer kena air...nti nanah...mkan pantang cam bersalin normal..byk mkn utk rawat dlm....nak tya betul ke yg jahitan kat dlm tu 2 thun baru sembuh ??? Even dah 1 yr rasa takut tu ada bla tgk tpt jahit tu....i imagine tpt luka akan terbuka...nak sapu losyen panas pun takut..

Anonymous said...

oh kak..sungguh ngeri tapi rasa sgt kagum bila baby tu da kuar... time ni baru tau rupa uri tu camna... hebat la ibu2 di dunia nih...

- peminat fanatik -

Haris Zuhaina said...

As Salam. Sue, sebab tu lah org tua2 nasihatkan kita utk dijauhi suami sepanjang tempoh berpantang. mmeanglah kita tak bernafsu otk sex ngan suami, tp bila kita dekat ngan suami kita kasihan, simpati dan mudah tersa hati.. tuh semua antara penebab rahim kita kecut dan kembang. maka sedikit sebanyak mengganggu proses pengeringan nifas. my mum mmg dia jaga hal2 nih. n dia terang kat suami. memula suami i mmg tak percaya, nk tya mak dia pun dah tak dak. so dia ikut dan tya bidan yg ngurut, mmg betul,tp ada yg tak mo terangkan cos malu-tabu,kan.. but than, saya 2 mgu lebih ja dah boleh solet :) (sedikit riak disitu) hewhewhew. dari segi perubatan, mmg tak dak kajian. tp itulah munasabahnya pesyen pantang org tua2 dulu .. selamat berjaya :)

Anonymous said...

May i know how much ur cost for doing C-Sec with Dr.Ravi at Gleneagles?

Chooyaya! said...

anon : c-sec (placenta previa), 3 days admitted, executive suite room, medication and after hour visit + paed for RM11k