Thursday, May 23, 2013

Cerita Pasal Shein, Bridal Hand Bouquet And Ira Yang Pengantin...!!

Assalamualaikum….


Harini Shein dah 5 bulan, sebelas hari. Berat dia masa dua minggu lepas punya check up time dia batok-batok manja tu lebih kurang dalam 7.95kg la. Almost 8kg. Baju masa zaman dia baby kalau pakai sekarang ni macam boroi sepsi sikit tang perut and seluar dah jadik sedut jubor. Jenis seluar kalau pakai cawat pendek pastu terlekat kat jelah bontot tu kan? Ha tu orang panggil seluar sedut jubor. Ahahahaha.

Rambut ada la nampak sikit-sikit sekarang ni. Entah bila la nak panjang taktau la. Ada orang kata kalau nak rambut baby tumbuh elok lebat, naik jer baru terus cukur. Cukur la 2 3 4 kali baru la rambut dia elok. Tak sanggup pulak nak tengok Shein botak berkali-kali. Ala takper la Nak. Lepas ni kalau rambut keluar setompok-setompok taik unta cukur bantal ker, Mama sanggup menanti. Nama nak botakkaan berkali-kali memang tak sanggup.

Sabtu ni Shein punya next appointment dengan Dr Adrian. Sekali dengan nak cek batuk dia tu. Shein akan ambik 3rd dose Pneumococcal dengan 3rd dose Infa-Hib jugak. Lepas tu rasanya Immunization dah tadek la kot? Next Cuma MMR time dia setahun, Varicella (chickenpox) time 13 bulan and Infa-Hib time dia 18 bulan. Setel. Except for vaccinations lain kena ambik pulak ialah Japanese Encephalitis first dose masa 6 months sampai la 3rd dose, pastu Hepatitis A and Influenza. Dah. Tu jer yang ada dalam Immunization Schedule Shein. If ada mommies lain yang ambik any other recommended optional vaccinations mintak share eh? Kot ada yang tertinggal ker.. Okey? Okey. Give me five!

Shein ni batok lama jugak la. Ada la dekat 3 minggu. Dia batuk time malam la teruk sikit. Siang tadek pulak. Tapi kahak tadek taw? Macam eh ko ni Shein, batok betul ker batok mengada? Jangan la mainkan perasaan Mama macam ni. Tak baik. Masa check up tu all clear. Kahak tadek, temperature takde, dada all clear and Dr. Adrian cakap, ‘Shein is a one healthy boy!’. Acaneh? Ubat apa pon memang tak direkemen bagi pada dia sebab Shein kecit lagi. Ke sebab aircon buat tekak Shein too dry ke acaneh eh? Kiter tunggu apa kata Dr. Adrian Sabtu ni.


Shein hari kelmarin. Lekas semua cakap Shein macam muka Mama dia!

Untuk semua. Selamat bercuti esok. Esok sampai hari Ahad is a ‘makan day’ for me. I nak makan churos. Pastu nak makan kat Yuzu lagi. Pastu nak makan steak. Pastu kalau gemok jangan komplen. Amek jer cermin, bogel. Pastu nanges. Hahaha.

Kepada Ira baby Kaksu. Selamat Pengantin Baru esok! Ira kata, ‘Kaksu tolong Ira carikkan bridal hand bouquet, apa yang Kaksu suka Ira suka’. Amboih. Terus malam tadi bersungguh-sungguh carik bunga tangan Ira. Yang tak tahan siap ter google ‘Canopy Arab Jengka & Catering’. Aik. Nak kawen lagi sekali kerrrrrr???? Haha. Sorry Ira. Kaksu terover. Tetiba bila tengok Ira sebok buat preparation nak kawen I pon sebokkkkkkkkkk jugak tengok baju pengantin. Nanti kalau kawen, nak pakai baju ni la. Pastu dewan, pastu kemah nak macam ni pastu. Eh. Pastu Bukan I dah kawen ke sebenarnya? Yang sebok sama dengan Ira kenapa? Haha. Bodo nih!

Yang paling kelakar. I google la pasal bunga tangan Ira malam tadi. Jumpa la satu website ni ada offer bunga tangan lawa giler. 20 kuntum roses RM80.00 jewwww. I pon call. Kata tauke dia, ‘U tak ambik baju dengan I sekali ker?’ I cakap. Tak. Baju nikah buat sendiri. Semua dah ada. Nak bunga tangan jer. Pastu tauke dia yang tak berapa perempuan tu gelak sinis kata, ‘Yang, U nak guna Jumaat, malam ni U baru call. U datang la kedai. I tunjuk U bunga mana’. Pastu I kata, ok bagi alamat. Dia pon bagi alamat. Eh. Macam tak familiar jer. Ni kat mana ni? Pastu tauke tu cakap, ‘Penang’. Pastu terus I gelak kuat-kuat. Sorrryyyyyyyyyyyyyyy. I kat KL. Tak sempat kot nak pergi tengok bunga tangan U esok. Pastu tut tut tut tut. Talian putus. Mesti bengang jer member. Hahaha.

I cerita kat Ira pasal ni. Kata Ira dalam whatsaap. ‘Kalau Kaksu ada kat sebelah, Ira dah sekeh kot?’. Haha. So finally I manage to get the bridal hand bouquet untuk Ira. Dekat sini. Dah takder masa dah nak carik or buat. Kata Ira dia dah tak boleh nak berfikir dah. So, I bagi dia tiga pilihan.


Yang ni pilihan Kaksu. Kaksu suka ni sebab simple and sweet jer. Kaler pink + putih. Kaksu suka. Cantik tak Ira?


Yang ni Dyba punya pilihan. Kata Dyba kena la kaler merah sebab terserlah sikit nanti dalam gambar. Sebab baju Ira dah kaler cream so bunga kena merah. Baru menyerlah. *Ha a. Betul tu Dyba. Kaksu setuju!


Yang paling takder taste ni pulak, pilihan Intan. Ini dia kata lawa? Haha. Kater Intan, ini la sweet Kaksu. Intan suka yang ni! Pastu I kata, Ira suruh amek yang mana Kaksu suka. Pastu Intan kata, ‘kenapa eh?’. Hahahaha. Dah. Nanti kalau Intan kawen kalau Kaksu masuk campur memang kiter boleh gaduh besar Intan. Kompem!


Hahaha. Untuk Ira Kaksu ucapkan Selamat Pengantin Baru esok. Kaksu saaaaayang Ira tau? Ingat. Tahun depan Kaksu, Ira dengan Dyba mengandung sama-sama. Kalau Intan tak kawen-kawen jugak tahun depan biar dia mengandung sorang-sorang nanti tahun 2015.


Bye!

-EnD-

7 comments:

Anna Dayana said...

STRESS!!!

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

oooh Kaksu dah plan nak mandong lagi eh tahun depan ! akak, survey kat sini
Ren-da Belezza (Facebook) cantik2 jugak hasil dia

Unknown said...

Nak bagi hadiah untuk family atau kawan2 yang baru dapat baby? Atau nak cari hadiah untuk birthday boys/girls?

Lupakan hamper, gantikan dengan diaper cake kami!

Diaper cake ni adalah lampin pakai buang yg dihias dengan barang2 baby yg lain seperti rompers,tshirt,pants,pre walker shoes, socks,blanket,wash clothes,feeding bottles,baby mugs, soother, and lain2 lagi.

Like page kami di www.facebook.com/DiaperCakeMalaysia

Chooyaya! said...

anna : abg yut kirim salam. so jangan stress lg ok? selamat berkahwen

Chooyaya! said...

mrs yana : dah terlambat. hahaha. ha a. plan taknak la lama2.tahun depan dah dapat green light dari gynea mengandung la lagi skali. dah tua kan? :(

Chooyaya! said...

nahdzatul : tenkiu. diaper cake bunyi mcm sedap jer. hehe

Anonymous said...

Saya ada buat hand bouquet.. boleh refer kt blog saya ladyfiqa.blogspot.com.. :)