Friday, June 14, 2013

First Experience Shein With Solid Food

Assalamualaikum..

Shein dah start ambik solid food…!! I start bagi dia makan masa umur dia cukup 6 bulan Rabu lepas. Memula I ingat 12hb tu hari Khamis. Maka Mokcik relex jer la tak prepare apapa bajet cool sangat. Sekali hari Rabu tu baru I realized yang hari tu rupanya dah 12hb. Boleh? Tarikh pon boleh lupa. Since last week I dok tanam dalam kepala 12hb ni Khamis. Ngek.

So, hari tu menggelabah la pergi JJ Setiawangsa (tempat kegemaran sampai dah boleh jadik duta la sebab almost seminggu 4 kali seminggu kot pergi sana). I cadang nak bagi Pumpkin Puree untuk Shein. So gigih la beli sebelah jer labu masak untuk buat puree. Ada yang cakap cuba elak labu sebab labu tu kan angin? Takper. We give a try dulu ok? Doa yang baik-baik jer. Lagipon labu ni makanan kegemaran Rasulullah s.aw. :)

Sebelum balik, I dah pesan dekat Sazli, ‘Papa, nanti petang Papa amek Shein kat Akak Wani yer? Bubu ada banyak kerja nak buat. Harini Bubu nak masak makanan Shein!’ Gitu. Masak la sangat kan? PADAHAL.

Sampai jer rumah, I ngemas dulu. Kata penyapu freak. Walaupon rumah tu sekangkang kera tapi I rasa I ada penyakit kemas rumah la. Dah ok pon tetap jugak buang habuk, sapu sampah dalam rumah. WAJIB setiap hari. Haha. Sian aku. Dah siap kemas umah dah wangi semua I start la kupas labu sambil nanges. Tatau la naper nak nanges. Tadek motip pon. Tapi sebak semacam. Dalam hati tak putus sebut ‘Ya Latif… Ya Latif…’. Makan yer anak. Mama masak dengan penuh kasih sayang just for U. Emos giler.

Pastu I potong cube kecit-kecit. Kukus. Pastu I blender jer guna blender yang dapat masa kawen and tak pernah pakai lagi tu kan? I guna blender basah. Blender kering missing in action. Masukkan sikit air kukus tu tadi. Setel. Lepas blend I masukkan dalam container dia yang macam bekas ice tu. I beli dekat Daiso. RM5 jer satu. Kata ‘Daiso is always five ringgit?’ Sebelah labu tu boleh cukup muat-muat dalam container yang ada 5 lubang tu and sesenduk kecit untuk Shein makan letak dalam mangkok hadiah Shein.

I amek sesudu I suapkan Sazli. Sedap tak Papa? Dengan muka kelat dia kata, ‘sedap’. Penipu. I know U don’t like it. Haha.

Pastu dengan dada yang berdebar-debar I pon bawak masuk bilik, bagi Shein makan. Shein muka excited giler ok? Muka dia time tengok pumpkin puree tu macam priceless. Taktau nak describe macam mana. I amek sesudu suap dia. Terus buat muka pelik. Nangis aku gelak. Haha. Yer la. Member biasa minum susu jer. Ni makan labu memang la pelik dot com.

Tengok la muka Shein pegang mangkok tu. Blur jer. Haha. Macam nak lempang pon ada. Macam terbongok-bongok jer Shein. Mesti dia kata. Apa la yang Mama bagi aku makan ni. Hahaha

Shein makan omot giler. Si Sazli plak, skali suap sekali lap. Dia kata comot. Memang la baby kalau makan comot kan? Haha. Shein makan sikit jer pon. Memula I ada la rasa frust sikit tapi kata Sarah, its normal for baby. Ada yang suka makan, ada yang minum susu jer sampai setahun lebih. Nak bagi baby makan ni pon macam experiment. Macam Kaklong la dulu masa nak bagi Kasih makan. Dia buat bubur campur salmon and carrot. Kaseh makan sesudu pastu buat muka nak muntah. Salmon dah la mahal. But yang penting kiter jangan putus asa la kan?

Kata Yatie pulak. Bila nak bagi baby makan, kiter jangan la nak siap cepat jer (Macam aku la. Cepat makan cepat la kemas. Haha). Kena takes time. Kasik sesuap pastu tepuk-tepuk tangan ajak dia main and bagi dia khayal. Pastu joget-joget jadik badut depan dia pon takper. Teori dia macam ni. Makan=Happy/Play time. Kalau kiter stress baby dapat rasa. Nanti baby pon taknak makan sebab bagi dia Makan= tress. Takmo macam tu.

Ok la Shein. Pasni Mama bagi slow-slow jer makan. Sejam pon takper. Janji Shein nak makan.

I ingat nak bagi Shein makan guna syringe. Kasik senang terus semua masuk mulut and tapayah la nak comot-comot kan? Pastu kata Wan Nadiah guna sudu jer. Comot sikit pon takper. Do it natural way. Sebab cara lidah bergerak masa isap susu dengan masa makan is totally opposite. Biar dia belajar guna lidah untuk makan pulak. Ok. Baiklah.

I akan guna teori yang macam dinasihatkan. Guna term 4 hari. 4 hari labu and pastu tukar pulak menda lain. I ingat lepas ni macam nak bagi pisang masak. Sebenarnya yang nak bagi pisang puree tu kena kukus jugak ker tak payah dah eh? Apa lagi eh yang ada rasa manis/sedap sikit? I ingat nak bagi pisang, pastu carrot, lepas tu kentang, lepas tu buah pear. Lepas tu dah taktau nak bagi apa. Bagi sambal air mata kang baru tau. Haha. Bodoh ni!

Ke baby ok jer kalau makan sayur macam broccoli tu? Ke macam mana eh? Lagi satu, macam mana cara yang selesa nak bagi baby 6 months makan eh? Sebab masa Sazli pegang dia tu, dia macam tak selesa jer. Sebok nak suap sama. Nak bagi duduk baby chair yang macam tempat berak tu I rasa macam pinggang Shein tak kuat lagi.

Ok la. Tu jer nak cerita. Weekend ni kena beli lagi la container makanan Shein yang boleh bubuh dalam freezer. Sebab yang ada ni macam tak cukup. Esok boleh suap Metayang Mama makan lagi. Bestnya….!! Yayyyy!!! Sheinnnnnnnnnnnnnnnnnnn… Nak uwet!

Yang Ikhlas,
Mama

-EnD-

Setengah bijik labu dapat banyak ni. So I dah tau. Kalau makan 5 hari kena 10 hidangan. Satu petak kecik tu untuk sekali makan. Sehari dua kali. pukul 10 pagi sekali, pukul 4 petang sekali. 

Sukaaaaa eh Shein?? Ni masa sebelum bagi makan.

10 comments:

Anonymous said...

lps ni kak su blh bg pisng + avacado. lenyek n blend je xyah kukus. baby sy 8 bulan bru strt bg mkn bubur ns..6-7 semua puree...psing,labu apple.. kaksu blh letk kismis,kurma.

Anonymous said...

anak saya dulu awl2 xnak mkn sgt..byk minum susu+nestum beras..puree buat jugak tp frust gile anak x mkn..umor 7 bln saya try beli heinz dlm botol tuh yg mknan baby tu..panas kn then suap..mkn pulak..maknanya ape ni?bonda dia buat puree x sedap??huhuhuhu...8 bln start mkn bubur nasi blend..time ni saya masak hari ni bubuh carrot n kentang,esok boh brokoli lusa boh bayam...selera je dia mkn...papepun byk sabar..bila anak x mkn xyah ssh hati sgt..asalkan susu dia minum..anak saya nk masuk 3thn dh yg sulung tuh..smpai hari ni minum susu+nestum 11oz..3-4jam sekali..kekadang budak2 ni lpas 1thn lbh atau 2thn baru nk kuat mkn sbb time tuh diorang dh aktif..cpt lapar... :)

-Alina Alimuddin-

ijan said...

Good Boy, dear Shein. Makan banyak2 ek, mama masak tau, rajin mama masak tau nak bagi shein makan.

Best gile tgk muka shein pegang mangkuk, cool gile. Kalau anak Jan dah lama dia tampau bekas makanan tu!

Anak jan takat ni bagi susu+nestum je. Puree? hampeh dia takmau. Arituh bagi puree heinz tuh, baru sikit je masuk kat mulut, dah buat muka pelik siap gigil2 lagi..huhu. tak sedap gamaknye..

Nestum pun mcm tuh gak. Last2 bagi dalam susu je.

Bubur maybe bila dah 8 bulan baru bagi, sebab anak Jan ada masalah penghadaman sket. Bukan semula menda pula tu dia boleh makan..

Filla said...

aku anak dah 3, semua aku sumbat ngan nestle beras tu.. bancuh letak air or susu..hahahaha sedap je aku tengok dia makan.. hahahaha.. nanti dah beso sikit baru aku buat bubur.. takde de aku nak puree2 ni hahaha.. aku kan orang kampung.. pemalas plak tu.. memang bagus!

rina_mazlan said...

omey omey dia tu...... Pas ni boleh makan nasik pulak ok....

Mimy Hamid said...

sue aku dulu masa fayel bermodal beli bamboo seat punya la nak bagi dia selesa makan..so far ok...bamboo seat RM150..sebelum beli ko try dulu test duduk kan dia...nak tgk ko leh tgk blog aku ni

http://nurmimy.blogspot.com/2012/09/antara-ikea-high-chair-dan-anbebe.html

dilot said...

malam tak bg makan? memula start mmg ingat tayah bg makan malam.. bile dah 2 3 minggu makan, malam pon upanye die nak kne makan kalo tak, tido kelaparan..

Anonymous said...

Salam, Bu akak anak2 semuanya akak kasi Nestum/Cerelac aje. X pernahnya buat puree2 ni. Nowadays nestum ada macam2 yang Rice, Mix Vege,Mix Fruit pun. Tapi kena tgk gak kat situ ada tertera untuk umur baby gak. So akak beli perasa yang berbeza2. Kalo budak2 pas makan nestum ni wangi aje kalo cium pipinya. Lagi pun x rasa kecewa or geram kalo tiba2 anak2 x mahu makan apa yang kita masakkan. Tapi bagi akak la sape2 yang teringin gak nak masak untuk anak2 air tangan ibu untuk anak why not ok aje. Terpulang kepada individu.

Unknown said...

Kak su..kita masa awal2 bg mkn cerelac.tp kejap je.ank kite xmo mkn.last2 wat bubur.selera bkn main..semangkuk yg shein guna tu sekali mkn.setiap ari 3 kali termasuk mlm sbb kalo tak die mmg lapoooooo...xsempat nk wat puree.hehe.tp budak beza2 kan.asal dia suka kita bg je mkn..satu nk share ngan kak su.masa cek up ank kite.doct.pesan jgn kerap bg mkn carrot. .labu..ubi keledek atau ape2 sbb nti kulit jd kuning.mcm ank kite hmpir nk jd sbb kalo wat bubur asyk letak carrot je.sian ank kite.dh beso2 nk kuning balik..hehe

Unknown said...

Kak su..kita masa awal2 bg mkn cerelac.tp kejap je.ank kite xmo mkn.last2 wat bubur.selera bkn main..semangkuk yg shein guna tu sekali mkn.setiap ari 3 kali termasuk mlm sbb kalo tak die mmg lapoooooo...xsempat nk wat puree.hehe.tp budak beza2 kan.asal dia suka kita bg je mkn..satu nk share ngan kak su.masa cek up ank kite.doct.pesan jgn kerap bg mkn carrot. .labu..ubi keledek atau ape2 sbb nti kulit jd kuning.mcm ank kite hmpir nk jd sbb kalo wat bubur asyk letak carrot je.sian ank kite.dh beso2 nk kuning balik..hehe