Showing posts with label Makanan Shein. Show all posts
Showing posts with label Makanan Shein. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

Pentingnya pengambilan nutrisi yang seimbang untuk anak anda (amboi tajuk)

Assalamualaikum..

Sekarang kan? Sikit punya susah nak bagi Shein makan. Dia kurang dah suka solid food. Kalau bites macam roti, biskut dia suka. Nak makan nasik dengan mee ke, macaroni ke hazabedah zabedah sangat. Seksa nak mampos. Memang boleh carik gaduh kata kau? Dah la dia bukak mulut kecikkkkkkkkkkkkk je lepas tu kunyah 40 kali ikut sunah Nabi. I pulak kurang kesabaran nak tunggu dia lelama. Tak kira drama nak makan sendiri, geleng kepala sambil lari-lari pastu langgar meja, nak makan sambil bawak basikal, nak makan sambil panjat sofa u name it. Sakit dada.

Kekadang I bagi la dia macam donut. Dulu nak la dia makan donut yang glaze dengan coklat. Sekarang dia kutil coklat je. Yang tepung dia ludahkan balik. Kentang putar KFC (without gravy) dulu selamba habes sekali hadap 3 bekas kecik sekarang dia suap I lagi banyak dari I suap dia. Seksa lahai. Shein ni I nampak yang dia suka makan senang je. Nasik+kicap. Memang selera. Kalau letak soup ke, or lauk lain nanti dia slow. Dah tu acane? Sampai hati nak bagi anak makan lauk kicap hari-hari? Mak dia nak makan sedap-sedap je. Anak ko bagi lauk kicap je?


Shein punya hobi kalau petang. Kata Baba at least 40 minutes nak pukul bola golf. 10 menet pukul bola, 30 menet pukul pokok bunga kertas maktok sampai togel. Haha. Dah nampak dah ciri-ciri golfer pada Shein. Umur 4 tahun dah boleh beli junior set. Bagus Shein. Mama dengar golfer biasa kaya. Sooooooooooooooo. Shein, nak uweeeeet!


Dalam lingkungan umur Shein sekarang (1-3 tahun) dia memerlukan lebih kurang dalam 1,000 – 1,400 kalori bergantung kepada berat badan dan activity level dia. Banyak kan calories need dia dalam sehari? I pon terkejut. Let say kalau simple punya portion nisbah hidangan dia,  dalam 1 pinggan, ¼ kena ada karbohidrat, ¼ kena ada protein and ½ pinggan kena ada fruits and veggies. Itu hidangan sebaiknya untuk 2 yo toddler like Shein.

So jangan panic kalau anak taknak makan nasik. Cek balik selain dari nasik, apa lagi sumber carbs/protein yang lain. Macam grains, tak semestinya nasik and pasta. So kalau dia makan 1 slice of bread, 1 cup ready to eat cereal macam cornflakes or coco-crunch pon dah ok. Nak bagi Shein makan coco-crunch tak payah semangkok, sebesen pon dia boleh habes. Tapi biasa la kiter dalam Melayu society akan rasa kalo tak dapat nasik, takkan cukup energy. Tu salah. ½ cup nasik sama dengan 1 cup cereal. So ok je kalau dia taknak makan nasik. Jumlah kalori dia sama. Don’t worry kalau dorang taknak makan nasik.

Pengambilan zat besi yang mencukupi (tidak lebih/tidak kurang) adalah penting bagi kanak-kanak yang membesar macam Shein. Sebab kekurangan zat besi akan menyebabkan masalah pembelajaran dan behavior problem. Kekurangan zat besi ini seterusnya akan berkembang menjadikkan kanak-kanak tersebut menghidap anemia (kurang sel darah merah dalam tubuh) **kemain bahasa buku teks terus. Pentingnya zat besi ini  kerana, zat besi yang membekal oksigen melalui sel-sel darah merah kedalam tubuh untuk bagi all parts of body berfungsi dengan baik. Top to toe. Paham?

Toddler macam Shein only needs 16-24 oz susu SAHAJA sehari. Kontrol bagi susu sebab if dia banyak minum susu AND dah kenyang susu nanti dia dah taknak makan. Itu yang kiter taknak tu. Dulu I rasa macam oklah, taknak makan nasik takpe. Janji susu nak minum. Wrong mommies. Semua kena seimbang. Kenyang tak bermaksud cukup kalori dalam tubuh badan mereka. Ok? Yang ni kena check balik. I pon sendiri silap calculate dulu.

Macam mana nak mempertingkatkan zat besi dalam badan mereka? Ok. Bagi hidangan yang kaya dengan zat besi macam daging, ayam, ikan, grains, nuts and tauhu. So sebenarnya kalau bagi dorang makan taufufa tu elok sangat. Sebab ia diperbuat dari soya. Macam mana nak bantu bodies untuk absorb zat besi dari sumber yang I sebutkan tadi dengan lebih cepat? Bagi dorang makanan yang tinggi kandungan vitamin c macam tomato, orange, strawberries and broccoli.

If rasa macam anak kiter tak cukup pengambilan zat besi, boleh talk to your doctor and mintak advice mereka macam mana nak bagi zat besi yang cukup. Now kan banyak makanan tambahan for toddler yang contain high of zat besi? Toddler kena ambik 7 milligram of zat besi (iron) sehari. So nanti kalau pergi mana-mana baby store, boleh check makanan apa yang mengandungi 7 milligram zat besi so that kiter boleh ambik if our child refuse untuk makan makanan yang mengandungi zat besi semulajadi.

Yang ni I pon kekadang sambil lewa tengok calories fact dengan kotak makanan Shein. Main taram mak enon jer. My bad.

Selain dari zat besi, Kalsium juga ialah element penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Kalsium penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Sehari mereka memerlukan 700 milligram kalsium sehari. Sapa yang taktau sumber kalsium memang carik pasal la kan? Haha. Ingat. Yang paling penting pengambulan makanan kena seimbang. Google la. Banyak information pasal pengambilan nutrisi yang bersesuaian untuk anak anda. Siap ada chart lagi. Jangan malas sangat sebab factor pemakanan jugak akan membentuk perkembangan otak dan fizikal anak-anak anda.

Kalau nak tengok nutrition guide for Toddler boleh klik sini.

Bagi I, if Shein sihat, berat balance dengan tinggi and usia. Tak obese tak underweight and tumbesaran dia sempurana hasil dari pengambilan nutrisi yang seimbang dah cukup sangat-sangat. Tu yang kiter kekadang selalu terlepas pandang. Main taram je bagi apapa. Ice-cream tu tak salah nak bagi sekali-sekala. Macam I selalu cakap, rewards ok as long as kiter tau where to stop kan?

I ada je jumpa parents yang tak kasik anak dia makan ice-cream at all. Kesian sangat-sangat. Kenapa nak break baby punya nature? Biar la dia rasa semua tu. Budak kecik kan? As long as dia tadek diabetes ok je kalau nak bagi ice-cream sekali sekala.  Bebudak punya nature memang la suka makan candies, sweets and ice-cream. Beria suruh Shein makan tempat lain. Yang kawan dia tu kedip-kedip meleleh ailio tengok Shein shomot-shomot makan eskrem. Sian sangat.

So lepas ni jom kiter cek balik pengambilan nutrisi anak-anak kiter sesame eh? If korang ada nak suggest any makanan tambahan macam kalsium or apapa yang korang rasa bagus and pernah bagi anak-anak pon I lagi happy. Kang ni aku taip, aku baca sorang-sorang. Tadek pon orang nak komen. Macam cakap dengan dinding. Nyampah!

-eNd- 

Thursday, April 10, 2014

Kurma Telor Untuk Shein!

Assalamualaikum.

Semalam sampai je rumah. Letak handbag terus rebus telur 3 bijik. Rebus kentang and carrot jugak.  Sebab nak buat lauk untuk Sheindong Mama! Malam tadi I masak kurma telur. Nama dia je kurma, tapi dalam dia memang tadek letak buah kurma tau? **Take note ye Iza? Haha. Kenapa tadek kurma pon dalam dia tapi nama dia masak kurma eh? Dalam Wikipedia tadek cerita pon?

I cakap nama dia kurmak. Kata Intan masak kurma. Kalau kurmak tu ongtue je cakap. Berani dia cakap I ongtue? Dia tau tak I finalis Gadis Metro tahun 2003. Hahaha. Pastu I terus kata, ‘Intan, Kaklong yang cakap kurmak. Kaksu memang cakap masak kurma’. Cover line taknak ngaku tuwe. Kah kah kah.

Nak resepi ke? Eh takyah la. Segan la. Tapi if U guys insist I terpaksa la bagi jugak. (Poyo)

Bahan-Bahan

  • Sebijik bawang putih dihiris
  • Sebijik bawang merah besar gemok dihiris
  • Halia dalam sebesar ibu jari kaki Shein
  • Rempah kurma Adabi yang peket kecik
  • Kentang
  • Carrot
  • Susu cair
  • Telur
  • Daun sup
  • Garam skek
  • Minyak


Cara Membuatnya

  • Memula panaskan minyak
  • Tumiskan semua bahan hiris sampai la naik bau
  • Masukkan rempah kurma sekali dengan batang/daun sup yang dipotong kasar. Rempah kurma I guna yang peket kecik tu. Masukkan semua je jangan mal-malu
  • Tumis sampai naik bau and lepas tu masukkan dalam segelas air
  • Masukkan la telur yang dah direbus awal and sayur-sayuran yang direbus awal tadi
  • Pastu masukkan susu cair dalam suku tin. Masak sampai menggelegak
  • Last sekali masukkan la garam sikit to taste

Siap! Walaupon kaler dia tak kelabu macam masak kurma yang biasa dekat kenduri tapi takpe. Kiter kena redha.

Semalam masa bincang-bincang nak masak apa untuk Shein, Kaklong yang bagi idea suruh masak kurma ni. Pastu Ira cakap, 'Ok deal Kaksu. Esok bawak pergi office'. Itu yang aku  malas tu. Pastu Intan terus cakap 'Ok kaksu. Intan tido umah Kaksu malam ni. Intan nak makan kurma telur'. (Sanggup).

Tu yang I rebus telur 3 bijik. Extra sebijik untuk Intan. Lepas dah siap masak, Intan terus turun café beli nasik sebungkus. Pastu makan bersungguh-sungguh dengan nasik and kicap manis. Terliur I. Naseb dia tinggalkan kuah. Pastu I panaskan kuah kurma tu and pecahkan telur sebijik. Kuning dia goyang-goyang jer. Perghhh. Tak tunggu dah Shein tido, I pulak makan. Sekali sedap! Cecece.

Shein pon sama naik la menyebok nak makan. Suap I, suap dia. E! Tak kasik can langsung Mama nak enjoy makan sorang-sorang. Pandai pulak tu dia. Bila nasik dalam mulut dah habes, dia datang pastu angguk-angguk kepala dekat I sambil tunjuk pinggan. ‘Ha! Ha!’ Yerlaaaa Mama suap la ni. Sebok la!

So Shein like it. Nanti dah habes kurma telur ni, Mama masak lain pulak eh?

-EnD-


 Kurma Telor Untuk Shein. Nora bagi empat bintang!


Friday, April 4, 2014

Resepi Salmon Soup Sheindong Kedondong

Assalamualaikum.

Malam tadi I cuba buat salmon soup untuk Shein. Buat lauk and masak nasik lembik. Biasa I buat bubur and mix everything dalam tu. Beras + veggie + ikan/ayam. Dulu masa memula dia nak makan nasik, I kena letak cheese dalam tu baru dia nak makan. Ngada. Makan nak cheese je. Nama nak Shein je. Pastu tak lama lepas dia demam, dia dah taknak nasik. So I banyak buat pasta pulak yang I ada share cara masak dekat sini.

Lepas dia demam bebaru ni, dia macam suka pulak makan nasik bubur dekat hospistal and since that I buat pulak bubur nasik dekat dia without cheese. Dia elok je makan. Cuma kalau letak ayam, nanti Shein makan bubur nasik and last-last dia akan keluarkan balik ayam tu. Dia taknak. Mangkali texture ayam macam kenyal so Shein malas nak kunyah kot?

And  masa I bawak Shein jumpa Dr. Adrian untuk ambik optional vaccination yang Influenza tu, kata dia dah boleh bagi Shein makan nasik + lauk sebab Shein dah ada geraham. I tanya dia, boleh tak I letak garam dalam makanan Shein? Kata dia boleh. Sikit. Untuk rasa je. Kidney dia dah boleh proses garam. Cara nak tau takat mana yang boleh bubuh garam is kiter rasa yang kiter masak tu. Kalau kiter rasa macam tak sedap, itu dah cukup la garam maknanya. Kalau kiter masak sedap and kiter pon sama nak makan itu maknanya kiter dah bubuh garam banyak.

So semalam I try buat this simple salmon soup for Shein and kata Maktok dia tadi, Shein makan banyak Su. Mak pon takot tengok dia makan macam tu. Shein like it! Yayyyyyy! I bagi resepi dia eh? Cecece. Asal masak je nak share resepi. Haha. Kasik can la.

Bahan-bahannya
  • Salmon
  • Olive oil
  • Bawang besar cincang
  • Bawang putih cincang
  • Halia cincang
  • Carrot and potato potong suka-suki
  • Lada hitam
  • Garam skek

Cara Membuatnya
  • Masukkan sedikit olive oil dalam periuk kaca jenama vission (haha) and tumis bawang besar, bawang putih and halia sampai la naik bau and garing. Jangan sampai hangus. Ingat. Bukak tingkap luas-luas sampai jiran boleh bau. Biasa la. Orang sekali-sekala masak mesti mau poyo kan?
  • Masukkan lada hitam sikit jer. Pastu masukkan air, carrot and potato
  • Tunggu sampai dedua tu empuk and last skali masukkan salmon yang potong cube tu. I buang kulit and buang tulang terus.
  • Perasakan dengan garam. Siap!

Salmon Soup with carrot and potato. Amboi.


I bagi Shein makan dengan nasik lembik. Sementara nak masak nasik tu, I rebus la carrot dengan potato. So tak la lama sangat proses I nak menunggu carrot and potato tadi lembut  kalau I masak sekali soup ni tak asing sayur macam I buat malam tadi. Jimat masa. By the time nasik masak, carrot and potato dah lembut. Lepas tumis bahan cincang, I masukkan je air rebusan sayur tadi sekali dengan sayur-sayur. Sekejap dah siap. Lepas masak dah boleh sidai kain. Bosan aku dengan kain haih! Bibikkkkkkkkkkkk!!

Bila dah siap, Sazli pon dah teringin jugak. Tapi tak sampai hati sebab dia kata tu makanan Shein. Haha. Dia memang selalu teringin kalau I masakkan Shein. Nanti buat la mata puss-in-boots nak ngecek sekali. Tapi bagi tekak orang besar macam kiter, mana la sedap kan makanan baby? Tasteless. Tapi Intan kata sedap. Yang tu aku tak paham tekak jenis apa. Memang tak boleh jadik juri Masterchef WALAUPON Papa Intan bawak motor besar.

Nanti I nak try bagi Shein sayur-sayuran berdaun. I nak tengok, dia nak makan ke tak. Tapi tengok pada habitat pemakanan Shein ni, semua menda dia sapu. Rasanya tadek masalah kot? Cuma I je la rasa risau takot dia obese. Sebab dia memang jenis makan non-stop. Hulur ambik, hulur ambik. Tak pernah tolak.

Hebat Shein. Hebat.

-EnD-


Metayang Mekayang Mama. Sheindong!



Wednesday, March 19, 2014

Kalau Nak Bagi Baby Makan Mashed Potato KFC vs Kenny Rogers (Yang mana lebih sihat?)

Assalamualaikum.

So sekarang Shein dah boleh makan nasik yg macam kiter semua makan, cuma kuantiti yang masuk dalam mulut ialah nisbah dia 1:3 dari yang jatuh dekat lantai T___T Sebab member kan nak makan sendiri sekarang? Eksyen giler. I tengokkan ajer perangai dia tu.

Nak suapkan taknak. Kalau tak bagi, hantuk kepala dekat lantai. Kekadang I biarkan ajer. Malas nak pujuk. I buat dek jer, selamba pergi dapur buat-buat bizi nanti dia datang dekat I jugak. Ajak kawan. Tadi padahal dah berenang menyentan atas lantai. Ni nak kawan dengan orang pulak. Tak malu ke Shein?

Haritu masa dekat hospistal, I bagi je dia makan bubur yang dapat tu. Kosong, tapi sedap. I agak maybe ada chicken stock dalam tu. Sebab dia taknak makan menda lain, so bila I suap bubur hospistal dia laju makan so I bagi jer la jugak. Kalau tak, dia makan merepek-repek jer. So semalam, I try buat bubur nasik semula. Omit the cheese this time. Petang karang tunggu laporan dari Kak Nelly macam mana. Dia nak makan ke tak. Kalau mau makan, bagusssssss. I pon dah nak muntah tengok pasta. Dari kecik, besar, lebar, bulat, lonjong, shell, tube, semua dah try.

Ok. Now memang is the right time untuk bagi baby makan pelbagai jenis makanan sebab gigi pon dah ada (So, dah tak tercekik bila makan) Cuma kalau boleh elak la dari garam yang berlebihan. Tunggu la sampai dia 24 months. Kang kalau terlebih sugar, aktif pulak. And kalau jenis suka minum susu coklat but tak suka gosok gigi and lebih suka gosok dinding pon tak ok kalau nak bagi yang manis-manis sangat. Takot gigi rosak tak hensem la kan?

Biar sederhana kalau nak bagi baby makan apapa. Fitrahnya kanak-kanak memang suka makanan yang colorful and manis. Nak bagi sekali sekala boleh. Bagi dia rasa macam mana nikmatnya makan yang manis. Macam kiter dulu-dulu. Senang cerita. Kiter semua emak-emak. We know where to stop kan? Apa-apa menda pon dalam dunia ni, selagi sederhana InsyaAllah ok. **Bunyik guruh.

Doktor A bagitau I, tapi dia tak ulas banyak la. Kata dia, kalau rasa nak bagi kentang putar KFC (without gravy) tu pada baby lebih baik bagi Kenny Rogers. Sebab dia tadek garam and cara masak dia sihat. Sebab dia grill kan? So of coz ianya lebih menyihatkan. Yang ni dia bagitau berdasarkan penyelidikan one of colleague  dia (doctor) yang family member dia buat penyelidikan pasal makan. FYI kata dia. Ok. Baiklah.

Huwaarghhhhh ngantok. Okla bye. See u tomorrow!
**Macam sibet je penutup. Haha.

-EnD-


VS


Sedap pulak tengok petang-petang ni. Cais!


Friday, March 7, 2014

Of Snacks Shein (Tak best pon)

Assalamualaikum.

Panas betul la KL sekarang ni. Memang rasa panas sungguh. Itu pasal kelmarin masa makan kat kedai ikan keli (sebab nak pujuk Intan sebab tadek orang nak teman dia amek BR1M dekat Wangsa Maju) maka I offer, ‘U guys, jom ikan keli? Kaksu teringin la’. Haha. Tetiba teringin nak makan ikan keli. Padahal dengan panas, basah suam ketiak ni. Memang mencabar.

Dah panas ketiak suam macam ni, jangan sesiapa yang korek ketiak I. Memang carik pasal. Tapi Dyba kisah plak dia kan? Dia cucuk je ketiak I time tengah bukak aircond luas-luas. Benci tau? Meroyan nanges I dalam kereta. Ketiak is a really big deal pada I. Boleh buat gaduh kalau usik. Jangan buat main-main. Sapa yang kenal rapat dengan I dah tau, ketiak is a big No-no! Haha.

Korang jangan lupa minum air banyak-banyak. Air kosong. I kalau malam, letak sebotol besar air mineral sebelah katil. Standby kot dahaga tengah malam tak payah nak pergi dapor. (Standby jer la. Minumnya tak). Actually minum air banyak-banyak bagus. Dengan jerebu lagi, panas lagi ni mudah nak kena demam. Bebudak ni kalau I pesan macam tu memasing rolling eyes. Taknak dengar sudah. Demam pahadan muhuker!

Nak tau? Shein kan dah tumbuh geraham kat atas. Dua batang. So total gigi atas ada 6 dah la. Bawah je macam segan-segan nak tumbuh skek. Dia pon kemain suka bila I nak cek gigi dia. Dah la semalam pecahkan bedak muka I. Naseb baik Garnier jer. Tak la meroyan. Kalau Mac, ‘Dah Shein, pergi duduk luar. Mama denda sebab pecahkan bedak’. Pastu bila lepaskan Shein kat luar rumah, kisah pulak dia kan? Member happy siap skipping lagi ada. Lepas tu tangkap Shein balik bawak masuk dalam rumah. Haha. Baik takyah denda.

Haritu I kata nak share Shein punya snack kan? Ada 3 jenis. Heinz Little Kids Wholegrain Cereal Bars perisa cinnamon and apple. Lepas tu Happy Puff perisa blueberry and Happy Tot Super Toddler Bars perisa coklat. Semuanya bagus. Memang baby punya food so it’s safe. Bukan jenis yang ada banyak perisa/pewarna tiruan and garam segala. Pergi Goole kalau nak tau detail. Jangan nak malas sangat macam Intan tu. Orang suruh ambikkan air pon taknak. Dia dulu padahal masa I tengah mabok-mabok baring dalam surau, dia kejut suruh carik ubat dia. Bodoh giler. Pastu lepas kena marah, ngadu dekat Ira. Haha.

I tengok Shein memang suka Happy Puff tu. Bagi dia semangkok sekejap jer setel. Yang Cereal Bars tu pon dia suka. Cumanya bersepah la kalau makan. Sama macam kalau bagi dia makan tart nenas. Berterabur. Makanya Mak ada mild OCD susah skek la nak deal. Pastu yang Toddlers Bars tu memang dia tak suka. Bak balik duit Mama Shein. 6 bars je RM23. Lepas makan bento dekat Sushi King. Haha.

Happy weekend!

-EnD-


Heinz Little Kids Wholegrain Cereal Bars perisa cinnamon and apple. Lepas tu Happy Puff perisa Blueberry and Purple Carrot and last sekali Happy Tot Super Toddler Bars perisa coklat sunbutter.



Cecece. Shein konon mechanic.

Monday, February 17, 2014

Makanan Emergency Shein

Aik, cerita pasal Shein lagi? Haha. tabah jer la. Ok.

Assalamualaikum.

Ni nak ngadu ni. Smalam masa kat kampong, gigih la I buat Mac & Cheese untuk Shein. Banyak giler. Seperiuk. Macam nak bagi lapan puluh juta orang makan. I ingat nak buat stock. Sebab balik kerja, dah malas/penat nak masakkan Shein dah kan? Sekali pagi tadi bila nak cedokkan dalam bekas sebelum hantar Shein pergi sekolah, I tengok lain macam. Sekali rasa, sadakallah. Dah basi.

I Frust giler. Sebab semalam balik dari Jengka ke Ampang, kitorang singgah pulak kat Ampang Point. So lama la duduk dalam bonet, tu yang basi tu kot? Sampai rumah, kerja re-packing Sazli yang buat (itu yang sanggul tipu I, inner ada awning semua dia letak dalam mesin basuh pastu terburai. Haha). So, dia dah tau any makanan Shein lekas-lekas masuk dalam peti. Sebab aritu, I pernah ternanges bila Sazli lupa nak masukkan makanan Shein dalam peti. Drama giler aku. Padahal apa sangat la pon. Kata poyo?

Haih. Tadek rezeki. Tengok-tengok naseb baik ada lagi Heinz Pumpkin Veggie & Couscous. Memang tu jer la makanan penyelamat I untuk Shein kata la kalau ada accident macam ni kan? Naseb baik. Satu botol yang tinggi tu, kalau yang organic tak silap I dalam RM8.90 kot? Beza kedai, beza harga. Yang tak organic dalam RM5.40. Ada yang zaman Shein lepas demam yang dia taknak makan nasik except Heinz jer, sehari 3 botol. Nak yang organic jer. Amboi kemain kan? Btw, Heinz ni no added colors, no preservatives, no added salt and no artificial flavors (walaupon dia process foods).

Heinz Pumpkin Veggie and Couscous. Penyelamat. Tenkiu awak!

Tadi I ingat nak beli la sikit stock emergency kalau berlaku drama makanan Shein basi or what not ni kan? I beli dekat JJ Aeon Au2, skali nampak ada baaanyak yang creamy banana poridge tu. Ok la. Ambek 8. Pastu ada plak perisa bubur apple ke menda entah. Nampak menarik. Ok la ambik 6 botol. Tadi yang Pumpkin veggie and couscous dah ambik 5 botol. Nestle Nestum Cerelac Gandum and Ikan Bilis pon dah tadek ni. Okla, amek satu. Standby sebab ada masa Shein taknak makan, I saiko. Takot dia lapar. Maka suapkan ajer nestum ni. Its work. Dia memang makan. As long as ada solid food masuk perut dia, I rasa lega. So Nestum ni memang I standby je.


Heinz Smooth Creamy Banana Poridge. Yang Heinz Shein nak makan. Yang I gigih kacau sendiri macam buat dodol, dia makan 3 sudu jer paling banyak. Kecik hati Mama Shein.


Standby. Kekadang bila I lapar, I pon bedal makan ni. S E D A P.

Sekali masa nak bayar semua sekali kena RM93.90. Hahaha. Aku pon tak paham konsep makanan standby yang dah sampai 16 botol ni. Hahahah. Dah kenapa kan?

Oh. Tadi ada sorang aweks tegur I masa I tengah pilih-pilih makanan Shein. Tapi sebab I rushing, so masa dia tanya mana yang sedap, I macam terkejar-kejar jer jawab. Pastu kata dia, ‘I read your blog’. And I tatau nak respon apa terus senyum lepas tu blah jer. Tetiba masa makan kat Bawang Kecik, I rasa macam sombong pulak tadi rushing-rushing macam tu.

Untuk awak yang read this, kiter mintak maaf eh? Intan la ni yang salah. Sebab dia pesan, jangan lama-lama. Harini boss dia ada. Pukul 2.00pm dah ada kat office. So dia la yang salah dalam cerita ni. Ok? T____T


-EnD-

Tuesday, January 28, 2014

Resepi Macaroni And Cheesedale Sheindong Kedondong (Amboi)

Assalamualaikum.

Harini I nak share satu resepi simple yang I buat untuk Shein. Yang I improvise (sebab poyo) dari resepi yang I dapat dari Adik Dyba. (Dia ajar I buat macaroni soup).  Simple sangat. Dah tau simple ada hati nak share la apa la. Memang I poyo. Lempang la I pelisssssssssss. Hahahaha. I guna macaroni. Actually boleh guna jugak spaghetti, penne or apapa pasta yang korang suka. Ok?

I namakan resepi ni as Macaroni and Cheesedale Sheindong Kedondong. (Amboi).

Bahan-Bahan

Bawang merah
Bawang Putih
Macaroni
Unsalter Butter
Olive Oil
Lada Hitam
Cheesedale cheese (2 keping)
Carrot/kentang
Ayam

Cara Membuatnya

Memula masukkan unsalted butter dengan olive oil sampai cair dalam periuk. Pastu tumiskan bawang merah and bawang putih yang dicincang halus sampai wangi and bau harum semerbak. Kalau boleh biar sampai jiran sebelah pon bau. Lagi bagus. Biar dia tau kiter pandai masak. Kahkahkah.

Dah garing skek bebawang segala mala tu, masukkan la sedikit serbuk lada hitam fresh. Jangan bubuh banyak-banyak nanti cirit anak korang, I kena carut tak pasal. Sikit jer. Pastu masukkan la ayam yang dipotong kecik tu sampai air ayam kering (biar tak hanyir) and lepas tu masukkan kentang/carrot. Biasa I akan rebus awal-awal segala mala sayur-sayuran dan pasta sebab nak jimat masa. Senang and cepat siap.

Apapa sayur lain nak letak ikut suka hati awak. Macam nak masukkan broccoli ker, kacang pis ke, tadek sapa nak marah pon.

Pastu dah mesra segala macam Bob Af kata Messssssraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baru la masukkan pasta. Pastu masukkan boiling water agak-agak la banyak mana. Nak banyak kuah letak lebih. I letak boiling water sebab malas nak tunggu air menggelegak. Pastu udah. Tutup api. Asyik sebut malas jer. Tapaham aku.

Last sekali masukkan la cheesedale cheese tu dua keping. Nak letak jenis lain pon takpe. Boleh study kat internet apa cheese keping yang terpaling bagus untuk baby ok? Pastu siapppppppppppppp!!! Dah boleh ngap! Kalau nak kasik sedap untuk orang dewasa makan, masukkan je la cube ayam. Settle. Bapak Shein pon gembira. Haha.

Shein suka giler makan ni. I tukar-tukar la jugak makanan dia. Semenjak keluar hospistal last time member dah taknak makan nasik. Memang ngada/belagak sangat. Dia tau tak dia tu keturunan Jawa? Yang ngada taknak makan nasik kenapa? (Tapi kalau nasik Heinz nak pulak, yang masak sendiri dekat rumah dia taknak). Nama dah la nak Shein jer. Kekadang I buatkan dia porridge oats campur dengan pisang. Dulu Shein tak suka masam-masam. Sekarang kalau makan puree pear/pisang/strawberry Heinz tu suka pulak dia.

Kelmarin suapkan dia bubur nasik+yogurt+strawberry Heinz pon dia suka. Nanti nak kena buat jugak la untuk dia. Asyik nak makan Heinz je. Sebotol  yang Organic dah RM8.00-RM9.00. Pastu sehari makan 3 kali.  Macam ni lambat lagi la nak dapat pakai Prada. Hahaha.

Senang kan?

Selamat mencoba!


-EnD-


Cecece

Thursday, January 16, 2014

Baby Bites Jer.

Assalamualaikum.

Semenjak Shein dah dapat kaki ni, if nak makan dekat luar musti kena umpan dia dengan something untuk buat dia diam dekat baby chair for at least for 30 minutes. Bila dia diam, senang la emak dia nak makan. Kalau dia dah manjat keluar dari baby chair, nak bejalan, meroyan baring dekat lantai memang hazab. Haha.  
His favorite bite sekarang ni is Baby Bites ni. I beli 3 flavor. Original, Carrot and Banana. Kekadang kalau nak keluar, I standby sampai 6 bungkus. Satu bungkus ni dalam dia ada 2 keping.

Baby Bites. Yang ni perisa carrot. 

So far kalau Shein makan yang ni, dia tak la tercekik. Sebab Shein jenis kalau nak makan, dia akan gigit besar-besar macamkan gigi dia ada 10 batang. Tamak. Tapi makan baby bites ni, ok pulak dia. Macam baby onglain, ada yang terror. Umur 6 bulan dah boleh makan Farley Rusk yang sekeping tu. Shein tak boleh. Nanti dia akan tercekik. I tak berani nak bagi. Bab makan solid food dia memang lambat sikit. Makan dia nak, tapi tu la. Mudah sangat nak tercekik/termuntah.

That’s why sampai sekarang if buat makanan dia, I tak la bagi ketul-ketul sangat. Sian kat Shein. Slowly I ajar dia. Ikutkan Shein, dia suka makan puree je. Takyah kunyah. Masuk mulut gedegap telan. Settle.  Jenis pemalas nak kunyah.Tapi tak boleh la kan? Memang kena ajar dia makan makanan yang ada chunk ni jugak sebab kalau la biar dia makan puree je nanti dia nak makan puree je. Takmau makan yang lain and nanti also tak baik untuk usus dia.

Ada Kakak Nurse dekat Klinik Dr. Adrian bagitau, ada this one patient. Anak dia makan puree jer sampai 2 tahun. By the time dia nak try bagi makanan yang chunk, anak dia akan sembelit sebab perut tak tahan. Biasa makan puree, sekali makan ketul-ketul. Terkejut la perut dia. So anak dia kena sembelit and bergantung dengan ubat sembelit Duphalac tu. Kiter taknak la macam tu kan?

Yang biskut Baby Bites ni, easy to hold. And tak sememeh. Sesuai untuk Mak-mak yang jenis tak boleh tengok anak comot. Sekejap kang lap mulut. Kejap kang tarzan sebab makanan kena kat baju. Haha. Pastu dia akan mudah cair dalam mulut. I dah try dah. Takde la rasa sedap sangat tapi aku tengok Shein kalau makan selera bukan main. Kalau lambat hulur dah buat perangai golek-golek kepala dia tu.

Tapi nak keep dia diam berlama-lamaan memang susah jugak. Bila dia dah bosan, kiter bagi dia, dia suap kiter. Takpon campak kat lantai. Bersepah-sepah. Mangkok, sudu, napkin, henpon or mana yang dia dan capai, habes dicampak dekat lantai. Biasa kalau macam ni, Sazli la mengalah. Dia angkat Shein, bawak gi jalan. ‘Bubu makan slow-slow. Take your time. Papa jaga Shein’. Ha bagus. Terus makan kunyah 40 kali sebab nak ikut sunah nabi. (Dan dan aje).

Harga dia satu kotak dalam RM7++ kot? Lupa. Tak semua kedai ada. Dyba haritu beli kat Fresh Market and I beli dekat Cold Storage.  

Good Luck! (Tetiba)

-EnD-

Wednesday, September 25, 2013

Nestum/Bijirin Pilihan

Assalamualaikum.

Ada yang tanya I, apa yang Shein makan selain dari Puree Heinz. Mengikut yang dinasihatkan oleh Dr. A dalam entry ni pasal nak variety kan Shein punya foods selain daripada Puree Heinz, I bagi Shein buah. Macam limau dan mangga. Kalau nestum, I bagi dia jenis Cerelac – Gandum dan Ikan Bilis. Kejap. I bagi gambar. 

 Nestle Cerelac Gandum & Ikan Bilis

Shein memang enjoy makan ni very much! Pagi dia akan makan Puree Heinz (Labu & Jagung Manis), pastu snack dia akan makan macam buah sampai habes berlemuih satu badan and petang I bagi dia makan Cerelac Gandum dan Ikan Bilis ni. I bagi dia portion half nestum and half lagi bagi dia Heinz Farley Rusk tu. Kalau merajin la. Kalau memalas bagi salah satu. Hahaha.

Its ok. Jangan risau pasal regim pemakanan baby yang baru ni. Biar dia rasa ada banyak rupanya makanan dalam dunia ni selain dari Puree Labu tu. Hahahaha. Slowly I akan bagi Shein makan bubur nasik jugak. Sebab dia kan tak berapa nak minat but kena latih dia makan jugak. Tapi mana-mana baby yang taknak makan lagi tu takper. Its ok. Until umur setahun, susu dah cukup. Tapi quantity susu tu lain dari baby yang makan dan minum. Cek balik previous entry I tu ok?

Ok. Mana-mana Ibu yang anaknya ada masalah penghadaman jangan risau. Sooner or later, bila usus dia dah kuat, dia akan normal makan macam baby lain sebab masalah usus tu bukan permanent pon kan? So, jangan sedih ok? Meh Kaksu pelukkkkkkkkkkkkkkk kuat-kuat. Takper. Think at a bright side. Kan senang tu kalau baby nak menyusu jer. Takyah nak comot-comot. Berak pon harum jer lagi and tadek la bau masam macam Baby yang makan macam-macam ni. Ok?

Macam tahik Shein. Busukkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Bau betik masam! Itu yang Papa dia tergolek tu time nak salin pampers. Hahahaha. Shein. Lekas besar. Nanti Mama ajar makan durian crepe. Hahaha.

-EnD-

 
I memang suka pakaikan Shein bedak comot-comot macam ni. Comel !! Tingat dulu masa kekecik, selalu protes kalau Mak pakaikan bedak capok-capok. Now dah paham. Hehe

Friday, September 20, 2013

Makanan Yang Sesuai Untuk Babies 9-11 Months Old :)

Assalamualaikum ibu-ibu sekalian.

Semalam kan I ada cakap pasal nak tanya kawan I tentang diet yang sesuai untuk 9 months old babies kan? So harini I boleh share dah dengan mommies semua. Thanks to my Paed friend yang kacak lagi bergaya, Dr A sebab selalu bantu I kalau I ada apapa inquiry pasal Shein. 

Untuk puji-pujian yang dibaca oleh beribu orang ni I harap I dapat at least purse Prada. Tak pon Gucci. Haha.

Jawapan

Untuk diet babies, normally kita separate few things by old. 6-8month, 9-11month, 1-3year, and above. (Ok. Paham)

Now I specific to 9-11month based on Shein's old. Dari segi texture makanan I rasa you pun tau macam until  8 months seeloknya puree or bubur/bijirin yang lembut/lenyek halus sebab kita nak latih baby untuk terima makanan. But for 9-11month you dah boleh start bagi yang texture dia sedikit pejal/half pejal. Same goes for part of training your baby, untuk tau makan dan menyusu is different. Seeloknya by this stage la you start bagi finger food macam biskut and buah (mula dengan buah yang lembut macam oren, pisang, etc).  (Baiklah)

Tapi it depends on babies juga, kalau dia tak boleh accept makanan yang lebih pejal like mudah tercekik or penghadaman dia tak smooth, you boleh bagi buah yang melted dalam 90-120ml sekali serve.  (Ok. Yang Babies tak boleh accept tu sama macam Shein la. Bagi apapa pon mesti macam nak tercekik except for buah macam limau, so dia boleh isap juice dia)


Untuk jenis makanan, depends on your baby. Some people may strict about this, like you must give bubur yang you masak and put vege or meat to make sure they get enough protein or nutrient or you can't give process food, etc. But for me, as long as balance of a bit bijirin/protein/vitamin is enough. (Ok Doktor).

For example,  sehari Shein makan dah boleh 3-4 kali. Pagi you bagi biskut mix with his milk, noon you bagi his fav pumpkin puree, petang you bagi any fruit puree, malam you bagi any his fav like egg custard or any flavor.  Kalau you free some day you boleh change pada bubur atau nestum just to diversify his foods. Kalau tak silap I, heinz pun ada yang quantity based on month. So easy to estimate. In between tu you boleh bagi finger food. No problem.  (Noted)

Let say baby dah ada gigi, we think dia boleh makan semua makanan yang kiter makan which ada banyak flavor and salt. For some reason garam ni tak elok untuk buah pinggang baby sebenarnya. They cannot process and accept. Tambah pulak kalau baby tu ada few problem dalaman since born. Lagi la tak elok. So avoid la. (Ok boss. So mommies. Take note ok? Makanan kiter masih tak sesuai untuk Babies)
 
Untuk babies yang cuma minum susu until 1 year. Jawapannya YES. Boleh. Example : Normal baby yang minum milk + makan, sekali menyusu dalam 150-200ml. Tapi kalau milk only, dalam 180-250ml. Untuk kalau you dengar baby tak makan dia tak cukup nutrien, tenaga atau tumbesaran terbantut, it’s not true at all. Example, if baby tu ada masalah usus/saluran and had operation masa 0-3 bulan, dia sesuai start solid food about 8-10month (depends on baby). I prefer setahun. Macam Imaan I. (Ok. Too bad, Dr A is not available. Haha)

Most important, diet for foods ni memang keperluan untuk bantu babies percepat tumbesaran, bantu help their body etc. Tapi do not push your baby. Every single baby is different. Based on your baby, jangan always compare with other babies. As long dia nak menyusu, nak makan, itu dah ok. Lain la kalau anak you umur 8 bulan dah kena masuk office then petang main tennis kan. Ha ha. (Ngek!!)

Sekian.

Yang Hensem,
Dr. A

Ok.. So now I rasa happy. Sebab I dah ada jawapan and ada la poyo sikit-sikit (astaghfirullah) sebab ada pengetahuan. Haha. At least kalau ada any inquiry from Makcik Pakcik, I know how to answer. Especially ongtue yang suka cakap banyak-banyak kali, bagi la anak makan nasik nanti dia lapar. Tak cukup makan. Tumbesaran terbantut etc.

No. There are no such things. The most important is kiter kena monitor la penyusuan dia. Kan kat atas tadi ada Dr. A cakap amount susu for babies yang only menyusu sehingga umur setahun banyak mana kan? So, for mommies yang ada baby bermasalah usus, don’t worry ok?

If ada yang nak tanya apapa pasal nkorang punya babies or ada confuse kat mana-mana, leave your comment here. Nanti I tolong tanyakan kat Dr. A, if dia free sekejap dari melawan resaksa gorgon (Sebab dia Power Rangers Merah. I Power Rangers Kuning. Kitorang sama team untuk menyelamatkan dunia ) dia akan jawab. OK?

Wah. Dah macam program khidmat masyarakat pulak. Haha.

-EnD-
 




P/s : Gambar tiada kena mengena dengan tajuk pon
 Tengok la Shein ni. Menguap jer kerja-kerja. Haha.