Thursday, January 23, 2014

Al-Fatihah Untuk Kak Tonah

Assalamualaikum.

Ok. Lepas ni mohon sesiapa yang suka makan dekat Home Town Town Yong Tau Foo jangan peramah order Ikan Tilapia ok? Merana seharian I semalam berak muntah sampai dehydrate. Lemah menggigil lutut. Sian sangat. (Manja kan I?) Pastu dekat FB and entry semalam ada yang cakap Ikan Tilapia sedap masak sambal, goreng garing, bakar dengan tempoyak dengan daun kunyit. Aaaaaaaaaaaaaaaaaa TAKNAK TAKNAK TAKNAK! I serik and memang cerai talak 3 dah dengan ikan Tilapia.

Harini pon ada rasa lemah lagi badan. Masuk toilet dah 9 juta kali dah. But better la dari semalam. So jangan risau. Makan guna tangan lagi. Esok lusa kalau makan orang lain suap lain cerita eh? Intan tau kan password Kaksu semua kat mana? Haha. Kata Intan, kalau Kaksu mati sesiapa yang ada hutang Kaksu boleh berhubung dengan Intan. Pastu Ira gelak. Kata Ira, Mokmok ni sebok kan duit Kaksu jer. Haha.

Pastu I tanya Intan, Intan ni kalau Kaksu mati Intan sedih tak? Pastu kata dia, mestilah dia sedih. Pastu kata I, mesti Intan sedih sekejap jer sebab masa arwah Kak Tonah meninggal, Intan menangis sekejap jer. Kata Intan, ‘Mana adaaaaaaaaaaaaaa. Intan nanges lama la!’.

Haha. Yer la. Intan sedih. Lepas tu kata dia, kereta Kaksu Intan nak pakai. Shein Intan boleh jaga. Haha. Cita-cita dia ni memang tinggi la. Bongok Intan ni. Intan memang kan? Semalam masa Kaksu takde kat office, bukan main begembira lagi dengan Ira dok coconut shake la apa la. Jangan nak macam-macam eh Intan?

Btw, sesapa yang perasan and pernah baca pasal Kak tonah dekat blog I, I nak bagitau Kak Tonah dah meninggal. Tapi dah lama. Bulan dua tahun lepas. Meninggal sebab asalnya selsema jer but actually dia kena infection dekat otak. Kak Tonah memang ada masalah platlet darah yang terlalu rendah. Kekadang tinggal below dari 10. Badan dia pon ada naik lebam-lebam. Dulu dia kena maka steroid tapi dia stop sebab muka dia sembap.

Masa yang dia koma, I ada kat Jengka. Still tak habes cuti maternity. Kak Tonah bergantung dengan life support machine jer. I doa doa doa biar la ada keajaiban berlaku supaya Kak Tonah sihat balik. But doktor decide nak cabut life support machine tu sebab sebenarnya Kak Tonah memang dah takde. Machine yang keep her alive. Sedih bila teringat time tu. I nanges setiap masa and berenti bila tidur je. Dah jaga, sambung nanges.

Klik sini untuk baca apa yang I tulis sikit pasal Arwah Kak Tonah ok? And jom la luangkan masa sekejap untuk sedekahkan AL-Fatihah untuk Arwah Kak Tonah. Al-Fatihah…

Forever U will be missed Kak Tonah. Sebab awak baik. Sebab  tu Allah ambik awak cepat J

-EnD-

Arwah Kak Tonah and Intan (Sekarang dia dah putih. Ni gambar lama tau?)

2 comments:

Mimy Hamid said...

ALfatihah...aku ada baca kat fb ko sue...time tu aku lak sebak...

Zana Nordin said...

alfatihah buat kak tonah

uitt...scary ler dear bila bab keracunan makanan nie..x larat nak kuar masuk dating ngan mr T tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...