Friday, January 24, 2014

Sambal Tumis Punya Cerita

Krrringgg kringgg kringggg kringggggg…

Klik (bunyik orang angkat telefon)

Hello… Assalamualaikum..

Waalaikumsalam… Sahabat…!!! Apa kabar???

Hahahaha. Ko ni ada-ada jer Kocip.

Mak! Esok Not balik kampong. Mak masak sambal tumis ikan bilis eh?

Tu jer? Beressssss!

Amboi. Belagak. Not nak sambal ikan bilis bubuh belacan. Lepas tu taknak yang kaler merah, nak yang kaler gelap. Mak bubuh gula awal-awal. Ok?

Sukahati aku la nak buat macam mana.

**OMG Mak. Kenapa yang belagak sangat ni? Hahahaha.

Gitu lah perbualan I dengan Mak pagi tadi. Every morning, kalau tadek apapa hal, OTW pergi kerja I akan call dia. Borak dengan dia. Nanti soalan yang sama jer. Sihat? Makan apa? Buat apa? And kalau dia ada mood, nanti dia akan cerita pasal kitorang kecik-kecik dulu. Walaupon nam juta kali dah dia cerita tapi I dengar jer. Haha. Amek hati. Pasal dia kejar, ayam, dia kejar babi, babi kejar dia. Cenggitulah. HARI-HARI.

Bukan apa.

Fitrahnya, yang tua akan mati dulu. I taknak jadik menyesal sebab masa ada hayat dia, I tak banyak ada masa nak melayan dia berborak. Taknak macam tu. Macam I menyesal dulu selalu tak layan Arwah Ayah borak sangat sebab dia suka kan tanya menda yang sama banyak-banyak kali. Haih.

So, sesapa yang ada Mak Ayah lagi and duduk pulak jauh-jauh. Luangkan masa kiter berbual dan berborak dengan dorang. If dorang cakap menda yang sama. Takpa. Biarkan. Dia seronok macam tu. Dia bebel ke apa, tadah je telinga. Kalau itu yang buat dia happy dan rasa dihargai.

Sebab kiter ni manusia. Kalau masih hidup. Bila rindu. Boleh jumpa.

Kalau dah mati?

Boleh la. Ada rezeki jumpa dalam mimpi. Kalau tak. Tak ada la.

So. Lekas semua orang. Call Mak, Mama, Mommy, Ibu. Ayah, Papa, Daddy, Walid. Bagitau jer. Hi Sayang, I love U. Pastu kalau dorang kata kite buang tebiat nak mampos ke. Tak apa. Lantakkan. I dulu rajin jugak tulis surat bercinta kasih sayang pada Mak. Sekarang macam dah takder. Tak boleh jadik. Kena tulis surat jugak ni. Mak kan ongkampong. Mana dia ada email. tulis sms pon tadek koma titik tanda soal. Haha. Comel giler.

OK? Jangan lupa I pesan ni.


-EnD-

Untuk resepi sambal tumis sedap klik sini.

P/s: Kocip and Not tu nama timangan I.


Kidnap gambar sambal tumis Kak Tini. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa.

4 comments:

Ayu sukatiakula said...

comelnye nama timang2an tu.. sy kalau balik kampung terbalik plak. mak plak suh sy masak memacam. teringin itu ini.. layan je la kan

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue.. comel aih nama tu.. cho cita asai usui nama tu plk nnt :P

Nur Alya said...

Sedihnyaaaa... :((

eda said...

kasu sambal tumis eda kat IG tak sedappp ke ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...