Monday, January 20, 2014

Bubba Gump Kebabo!

Assalamualaikum.

Bebaru ni I ada pergi keThe Curve sebab kata Sazli nak beli barang skek. And alang-alang tu, kitorang pergi la makan dekat Bubba Gum Shrimp & Co. Terpengaruh dengan Kak Tini la punya pasal. Asal dia up gambar jer, aku telan ailio la. Akhirnyaaaaaaa dapat jugak makan. Ongkampong jakon cenggini la. Maaf la sebab mana yang dan jer I amek gambar sebab suami kalau nampak I amek gambar makanan and angkat kening, I segan. Haha. Perli aku ke apa ni?

Masa makanan sampai, Sazli pandang I. I ego taknak bawak keluar henpon nak amek gambar. Telan ailio jer. Pastu I kata, makan jer la. Haha. Padahal dalam hati, ‘U, I nak amek gambar boleh?’ Haha. Bensi la macam ni. Si Shein dah huru-hara siap nak panjat kerusi, terus la Sazli makan lelaju. Pastu dia dah siap makan, dia bawak Shein tawaf satu floor and tak lama tu Nadia datang join. Baru la dapat menikmati chicken burger dengan hati gembira lalalala. Oh. Yang ni dapat amek gambar pon sebab Sazli tengah melayan Shein bejalan dekat tepi-tepi tu. Haha. Sian aku.

Lepas makan, kitorang bawak la Shein pergi naik kereta control tu. Dah la susah nak guna remote. I pusing sama tempat keliling I, lama-lama Shein bangun dari kereta macam nak buat akrobatik and nanges. Naseb baik Nadia datang selamatkan I and take over remote baru la Shein gembira seperti dihari raya. Tak lama lepas tu Shein cranky. Dukong taknak, naik stroller taknak, jalan taknak. Pastu dia boleh baring dekat lantai. Alololo omelnya Shein nak baring dekat lantai. Mak kau dah la berpakaian begini, memang kalau tak kena gaya boleh nampak la kedai kopi. Kopi kak. Singgit secawan. Haha.

So far kalau Shein buat perangai macam tu, I memang tadek la menyentan ke apa. I ketawa jer. And memang tadek rasa stressed sebab mind set. Malas nak tension stressed ke apa. Takmau la marah anak depan orang ramai kan? Sebab I penah nampak ada Mak jerit kat anak yang kecik-kecik siap sentap tangan and bawak jalan laju-laju sampai terjatuh-jatuh budak tu. Walau nakal macam mana pon budak tu, entah eh? I tak sampai hati.  Dia mana la tau lagi what is wrong and what is right and as a mom, kiter kena la ajar dia macam mana kan? Nak stressed sampai terkeluar anak mata and tersepit anak tekak sebab menjerit kenapa? Kan?

I sekarang get ready untuk face si Sheindong punya tantrum. I will learned slowly and banyakkan pengetahuan macam mana nak handle tantrum budak dopot ni and semoga Allah bagi kesabaran yang tinggi dan ketenangan hati. Amin…

Ok, back pada Shein. Member berry U’Olls. Memang la tak selesa baring atas lantai. Dah bontot kena kapit and becak dengan taik, memang la. Naseb baik sebelah Butik 9 months tu ada bilik baby so senang la nak tukar pampers shein cuma yang tak best, sinki dia sinki basuh tangan jer. Yang tak dalam tu. Bukan untuk cebok baby. I letak Shein atas lantai. Pastu amek paip, basuh bontot dia. Pastu dia rampas, amek paip tu and jirus dekat I. Sambil ketawa. Haha. Anak..Anak.. Kau fikir aku pokok bunga ke nak siram-siram?

I spontan terjerit. Sheinnnnnnnnnnn!!! Pastu dia terkejut terus nanges. Hahah. Sorry Shein, Mama dulu anak buah pon panggil singa but for U, Mama cuba yang terbaik untuk tak jadik singa dah.

Lepas dah salin pampers semua, Shein pon happy la balik. Nak berjalan. Sesuka hati dia masuk kedai keluar kedai. I biarkan jer. Let him explore. Nak merangkak? Silakan. Nak buat apa. Let him. Asalkan tak merbahayakan dia. And eyes always on him. Kot jatuh lagi, kata Dr Adrian, dia hadiahkan helmet kat Shein. Hahaha.

Lepas tu, bila dia dah puas guling Hindustan sampai dia penat, I akan cuci la tangan kaki dia bagi bersih balik. Wipes tissue antibacterial always ada dalam handbag I and beg Shein. Baju pon standby, towel pon semua ada. Macam kalau bawak Shein jalan, bekal macamkan nak balik kampong. Kahkahkah.

Lepas tu kitorang pergi Cineleisure nak beli barang Shein pulak. While Sazli busy, I makan eskrem McD pulak dengan Nadia and tengok-tengok baju dekat stall kat tengah-tengah tu.

Balik tu, dalam kereta Shein dah sadakallah sampai la kat rumah tak sedar-sedar dah. Senang kerja. Shein memang macam tu. Kalau dia dah penat, dalam kereta sesambil makan bites and mulut bebel eteh eteh pon boleh tido. Haha. Memang ikut Mama la bab ni. Tido kat mana-mana pon boleh tido. Gimme five la Shein!

Untuk Cik Allord. Tadek rejki kiter nak jumpa kan? Naseb baik la. Sebab kalau lepas ni sesape tegur I kat luar, I mintak duit je. Nak Uwwweeeeeeeeeeet! Hahahaha.

-EnD-


Dynamite Shrimp. Must order.. Makan terus mampos sebab sedap sangat

P/s: Sebenarnya ada lagi gmbar lain, tapi bongok la blog harini, dua jam aku ngadap menda ni jer tak boleh nak masukkan gambar. Eeeee!!!

5 comments:

Irfa said...

kalau dh udang tu, komfem la sedap

CikLa Shahril said...

nampak sedap... nanti nk ajak hubby test la.. kih3

Ayu sukatiakula said...

pepagi da mengundang ailiyo meleleh..seb baik sekeping je gambonya

Nur Alya said...

kedai kopi tu apa Sue?tak dapat pikir maksud tersiratnya.
btw,welcome to motherhood :))

edlidza said...

sedapnyerrrrrr.. nak try gak nnt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...