Monday, February 17, 2014

Gigi Baby

Assalamualaikum.

I tengokkan ajer perangai Shein ni. Pagi tadi dia bangun-bangun, kumbah beg mekap I. Sebok orang nak bersiap, sebok jugak la dia nak menyempit. Dia amek curler and sesungguh ketip kuku dia. Haha. Dia ingat curler tu ketip kuku ke apa? Pastu dia amek kad touch and go I, gogong kehulu kehilir. Bila I cakap, ‘Mama nak’ pastu dia cakap ‘Nyak!’. Sesungguh geleng kepala sampai tunduk-tunduk sambil berjalan. Pastu langgar sofa and jatuh. Hahahaha. Perangai sangat kan? Padan muka jatuh. Hahaha.

Memang banyak akal dia sekarang. Kaki drama. Nanges tak keluar air mata kalau protes over something. Guling dekat lantai terus U’Olls. Pastu perangai takot makan ubat ikut I. Sekarang dia kena makan antibiotic (Augmentin) sebab dia kena ear infection minggu lepas kan? Dia nampak I pegang syringe dah siap jeluak awal. Tadek kena mulut dia pon lagi. Hahahah. Pak lawak la ko ni Shein.

I tengok Shein ni macam panjang ikut Sazli. Berat now dah 11kg. Gigi dah ada 6 batang. 4 atas 3 bawah. Maknanya 7 sebenarnya bukan 6. Haha.Ok. A little bit info pasal gigi baby yang I share dari Dr. A lately. Copy paste jer la. I tanya dia pasal kenapa Shein setahun gigi baru 6 batang je (masa tu). I rasa macam sikit. So ni jawapan dia.

Soalan pasal gigi. Don't worry Suraya. Shein now 14months kan? So with 6 batang bukan lah out of normal. Babies. 6-8 months dia akan tumbuh 4 batang atas bawah. After that until 16 months akan tumbuh another 4. Tumbuh ni dalam erti kata lain bukan makna yang dah jadi gigi, if ada tanda nak tumbuh dah dikira. 


But semua ni depends on baby. Bergantung jugak masa dalam kandungan berkait dengan florat etc. Orang tua ada cakap baby yang lambat tumbuh gigi dia walk first, yang banyak gigi a bit late. Kat sini I think 20 percent true. Apa yang I boleh suggest, untuk bantu pertumbuhan gigi dia, boleh train by bagi makan yang make him bites. Biskut, buah etc. 


Oh. Ok. Bagi dia makanan yang boleh bagi dia bites. Masalahnya Shein pemalas nak kunyah except for baby bites, Farley rusk mau dia kunyah. Kalau bagi bubur segala dia tapis. Yang lembik telan, yang keras skek dia ludah. Sabar jer la.

So kalau ada yang babies sebaya Shein gigi baru 6 batang, don’t worry ok? Its normal.

Okbye

-EnD-

Kaki tido dia ni. Geram.

9 comments:

Jan@Afzan said...

hai shein hensem..

anak Jan dah ada, 4 gigi atas, 4 gigi bawah.. ada gak geraham nak tumbuh...baru 13mths..hhuhu.. Jalan? belum!!!! ajak tatih2, 3/4 tapak je..bila tateh jalan, x stable langsung, alignment lari..

Chooyaya! said...

siap dah nak tumbuh geraham? bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa

~faRahaNis~ said...

k.su, anak saya pun sama gak lambat tumbuk gigi.. skali gg dia tumbuh, amik bederet2.. bagus la, nnt lambat la gg tu luruh.. lagi 1 besedialah kalau gg graham nk keluo, boleh bawak demam 2 minggu dan mengada setinggi rumah.. geram! rs nk tunjal2.. hahahaha

eray ayang said...

lama tak tengok shein, besar & ada gigi dah. comey!

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/02/kesan-makan-banyak-vitamin-bahaya.html

Chooyaya! said...

farahanis : maknanya lepas ni kena la standby shein akan demam pulak eh? ok la. tabah jer la.

Chooyaya! said...

eray ayang : Heeee shein dah nak kawen dah pon

arora ateh said...

Ala kak..anak dara saya masuk 14 bulan baru kuar gg pertama tau..tp nsb baik part makan tak fussy sgt..lega

Chooyaya! said...

arora ateh ; sebab tu ada pro n cons kan?

cik allord said...

kak su,shein sama umur ngan baby kite,ada 6btg gak..dan jugak dia xsuka kunyah sendiri,bg bnda keras dia lueh lueh,dia yau masuk mulut telan je..haha..rasa mcm nak jd otromen je bila part mkn..huihhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...