Friday, May 30, 2014

Resepi Sambal Tahun Mencret

Assalamualaikum.

Semalam I buat sambal tahun. Sapa Ongjowo tau la apa dia sambal ni. I makan semenjak dari zaman **biyen lagi. Ni memang one of my favorite. Pendek kata, apa je makanan yang nama dia sambal memang I suka. Lagi berak cirit, lagi bagus. Haha.

Dalam peti ais I tu ada macam-macam jenis lada ada. Lada kecik merah, lada kecik hijau (both jenis cili burung tu) and ada jugak stok cili akar sebab Sazli jenis tak tahan yang pedas sangat. I boleh hidup dengan makan sambal hari-hari sebab I suka makan kering-kering je. Yang jenis kuah-kuah I kurang layan. Sekali sekala ok la.

So semalam I carik kerang yang dah siap kupas tu dekat JJ. Ada. Ok setel masalah. Kalau nama nak beli yang tak kupas lagi tu, lepas tu nak kena rebus and kopek sendiri memang kirim salam la I nak buat. Lepas tu carik lengkuas. Ok ada. Tapi tua sikit. Sebetulnya nak buat sambal tahun ni kena guna lengkuas muda. Tapi dekat KL ni memang susah nak carik lengkuas muda. Kalau halia muda banyak pulak.

Lepas tu sambal tahun ni ada banyak version. Ada yang ikan bilis, yang guna kulit lembu (giler fear factor) and so on. Resepi nak buat pon ada banyak version. Yang I share ni yang Kaklong ajar. And I suka yang macam ni. Ada jugak orang letak tauchoo. I tak pernah try lagi.

Bahan-Bahannya

1. Bawang merah – 5 bijik *
2. Bawang putih – 2 ulas *
3. Belacan  - I inci *
4. Udang kering – dua sudu  *
5. Santan – Sebijik kelapa
6. Lengkuas - Semangkuk **
7. Cili padi – Semangkuk **
8. Minyak – 5 sudu besar
9. Kerang (direbus) –RM7.00
10. Asam jawa – sebesar ibu jari bancuh dengan air 5 sudu
11. Garam/Gula/ Serbuk perasa/Cube Ikan bilis (Optional)

Cara Membuatnya

1. Memula rebus dulu bahan bertanda (**) dan jugak kerang secara berasingan. Untuk buang air dia. Sampai la lada tu nampak lembut and bertukar warna.  Untuk kerang pon sama. Sampai bertukar warna and jangan lama sangat. Cili padi I pakai both colour red and green baru nampak bewarna warni meriah U’olls.

2. Tumbuk bahan yang bertanda (*)

3. Panaskan minyak and tumis bahan bertanda (*) sampai la garing and hilang air dia. Tu petua nak bagi sedap. Bawang biar garing. Garing tak bermakna hanget. Paham?

4. Lepas tu masukkan la santan. Kalau boleh guna santan pekat and jangan letak air banyak sangat sebab nanti sambal ni dia berair. Bila banyak air jadik cair sangat tak syok kan?

5. Perasakan dengan air asam jawa, garam, gula, ajinomoto/cube ikan bilik secukup rasa.

6. Lepas tu masukkan la semua bahan yang direbus and masak sampai la kuah kellihatan pekat sikit. Siap dan sedia dihidang!

I perasan sambal ni jenis berair. Sebab tu important untuk rebus dulu bahan macam lada/lengkuas/kerang untuk buang air yang lebih. Kalau tak nanti jadik banyak giler kuah and cair pulak tu. Tak syok la kan.

Dah setel semua makanya siapppp!!! Goreng telur dadar (telur+bawang besar hiris+sos tiram). Yang ni cara I buat telur dadar. Takyah guna garam dah. I suka macam ni, bau wangi jer. I tak letak dah lada dalam telur dadar kuatir buasir bunga pulak nanti. Haha. Makan sambal ni dengan nasik letak kicap and telur dadar. Dah cukup.

Sazli tak pernah makan tapi dia kata sedap! Kata dia kalau pecahkan lada yang sebijik tu lagi kaw. I tak berani nak pecahkan lenyek dengan nasik tapi suap sebijik terus ok. Takyah kunyah. Telan je. Haha. Nanti berak keluar lada sebijik- sebijik. Terorrrrrrrrrrrr tu!!

Korang. Sementara I tengah merajin masak ni, bertabah je la eh dengan resepi sambal bodoh-bodoh macam ni. Taktau hantu apa merasuk. Rajin pulak masak. Kata Kaklong I buang tebiat nak mati. I cakap pada Kaklong, ‘Aku dah dua tahun tak masak kak, tu sebab ni nak ganti balik’.

Masalahnya ko paham-paham sendiri la. Bila dah start masak ni, mula la lupa diet. Abes kalau asyik taram nasik je macam mana. Jadik la engkau Mak Datin gemok. Takpe la. Boleh kawan ngan Apis. Haha.

-EnD-

P/s : Zaman biyen = Zaman dulu kala. 


Macam ni la rupa sambal tahun bila siap masak. Nampak cair kan? Dont worry, lepas biar semalaman nanti kuah akan jadik pekat. Lagi lama perangat lagi sedap. Tu pon kalau sempat perangat la. 


Cili padi tu rebus sekali dengan lengkuas. Bayangkan la kalau berak keluar sebijik-sebijik macam ni. Haha.


Bahan tumbuk macam ni la rupa dia. Menggunakan kuasa lesung batu. Cukup seminggu menumbuk sambal, tangan I memang keluar muscle. 


My plate. Telan ailio pulak tengok gambar ni. Bladihel.

7 comments:

doll said...

berpusing kepala nengokkan sambal kerang tahun nie sue oy..menangis nak buat nie kalau menumbuk!blend2 jer aci kott..

up lagik resipi..bagus sue nie..makanan ongkampung heibat!!

Ann said...

kte kawin ngn ongjawa, baru tau smbal tahun ni. tp versi fear factor, perut lembu yg kaler hitam tu...sedappp!!pernah buat skali x bape jadi..

boleh try la resepi ni pulak..

Ayu sukatiakula said...

telan ailiyo banyak kali baca entry ni.. kalu la laki aku suka makan benda2 camni heavennye

Chooyaya! said...

doll : terus upload gambar yang tak kasik pening kepala. hahahah.

Chooyaya! said...

ann : good luck! kalo nak guna perut lembu kaler hitam tu macam seram pulak nak makan

Chooyaya! said...

ayu : kalau dia tak suka takpe. buat je untuk diri sendiri ok? nanti kasik dia terliur tengok

CANGKIRBIRU@MUZ said...

Heavennya sambal taun.. kena plak ngan pucuk ubi rebus atau sayur ranti rebus..fuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...