Wednesday, August 27, 2014

Kisah Apam Balik

Assalamualaikum.

Semalam opis kitorang ada open house dekat Dewan Perdana Felda. Memasing memang ada favorite food yang dorang akan kejar. Macam Intan, dia suka lemang dengan kambeng bbq. Satu lagi potato wedges. Potato wedges pon sanggup beratur? OMG Intan memang pelik.

Ira suka apa eh? Dia ni bantai je apapa. Macam tak berminat dengan makanan pon ada I tengok, and Dyba dia suka keropok and bite yang kecik-kecik macam tu. Sarah dia suka salad and buah-buah. Macam I, I suka tido and duit. Ehtu  tak dikira. Kbye.

Macam I, I suka gila apam balik yang nipis tu. And soto. Tapi kalau suruh pilih antara soto dengan apam balik nipis, I pilih apam balik. Korang tau tak apam balik nipis yang rangup tu. OMG memang cinta gila baby I dengan apam balik tu. Yang Felda ni pulak kesedapan giler. Rasa butter dia, and rasa jagung dia. Jagung letak sesudu besar ok? Bukan 2 3 bijik macam kat pasar malam and kat pasar malam usually rasa kapur. Yang ni tak. Memang sedap. Sumpah tak tipu. 
 

Apam Balik Nipis Terpaling Sedap Dalam Dunia


Cuma yang tak best bila nak beratur la. Ingat lagi masa Majlis Berbuka Puasa korporat office I masa Ramadhan dulu, I beratur giler lama almost 60 minutes ok? Pastu bengang sebab selalu q kena potong dengan waiter yang serve table VIP. Nanti dorang ambik sampai 20 keping macam tu je. Serius I nak nanges sebab menda ni kan nak masak dalam 10 minte. Lepas tu kena tunggu batch lain pulak.

And ada jugak a few Mak Datin belagak yang terus potong q and ambik 2 3 keping. Pastu jenis bangga. I dengar dia cakap, ‘I ambik apam balik ni takyah beratur pon. Sian yang beratur lama tu I tengok’. Boleh bangga ok? Cipet giler. Dah la potong q lepas tu cakap kesian sambil pandang kitorang yang beratur lama. Pastu Intan pandang I, ‘Kaksu sabar ok?’ Padahal Intan dah lama nak give up tau? I cakap Intan sabar laaa.. Sikit jer lagi ni. Please please please. Sampai Intan pon tabah je beratur dengan I. Kalau ikut Intan, dia 10 menet je beratur dah blah dah. Haha.

Dia memang tau I pantangggggggggggggg orang potong q ke apa. Dah nak dekat sampai kat turn I, entah macam mana ada satu Makcik ni, datang terus je ambik 5 keping lepas 2 batch kena ambik dengan waiter serve VIP table. Bayangkan I punya turn lepas tu je tapi kena tunggu almost 30 minutes. Terus I emos, nanges lepas tu campak pinggan kertas tu. Pastu I cakap, ‘beratur laaaaaaaaaa!!!’. Terus keluar barisan duduk balik kat meja. MENANGES. 

Sekali masa dah nak kat kitorang I boleh merajuk. Hahaha.  I marah kat Abang Apam Balik tu sebab kenapa dia bagi jugak Makcik Mak Datin tu. Mana boleh kan? Tak baik buat macam tu. Dia pon terkejut tengok I campak pinggan kertas tu. Pastu tak lama Intan datang kat I. Dia kata, ‘Kaksu, semua orang terkejut Kaksu merajuk. Ni Abang tu bagi 6 keping untuk Kaksu sekali’ (Sebab limit sorang dapat 3 jer). Pastu sambil nanges, I makan jugak apam balik tu. OMG Emos giler perempuan puasa ni tau?

Tengah makan, ada sorang Pengarah Sukan (perempuan) datang dekat I, bawak lagi 2 plates apam balik. Dia sentuh pipi I sambil cakap, ‘Alaaa… Merajuk dah dia tadi. Nah I ambik kan U’. HAHAHAHAH terus I malu giler. Perangai sangat aku pon.

Tapi serius I memang bengang ok? I beratur dari orang ramai dalam dewan sampai ada yang dah nak gerak balik tak dapat-dapat jugak sebab wujudnya manusia yang potong q ni. Yang tadek otak potong q tu satu hal, pastu siap bangga. Cibai la. Pastu yang tukang buat pon tak sensitip. Patut tegas la cakap kena q. Takot sangat ngan Mak Datin-Mak Datin wanna be tu. Kesian la kat I yang puasa sangat ni. Mementang I tak Mak Datin dia boleh hina je sebab q lama. Dia tau tak Bapak Ira bela Ular Sawa????? E!

So semalam masa beratur nak ambik apam balik lebih kurang 15 minit, Intan cakap, ‘Kaksu jangan merajuk pulak. Lepas ni keluar barisan. Kiter dah beratur lama ni’. Terkejut I Intan cakap macam tu. OMG Intan berani dia bring up pasal ni lagi? Hahahahhahahahah. Pandai melawan kan sekarang????????

-EnD-


Budak ni la kan????



4 comments:

eda said...

hahaha sep sikit kasu !!

potong Q mmg pantang okehh ..

tp kita bukan perangai mcm budak2 kan ??? hahahahahahahahahahhahaha

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Comel plk kan.. mst famous bl time list out menu.. crita u mst naik :P
tp pnh dengaq dr my hubby: biaq lah org nak potong, nnt masa akhirat, baarisan dia pun kena potong n seksaan dia di panjang2kan...
so, sabaq na...
;)

Chooyaya! said...

eda : mmg kepantangan terbesar diabad ini. mengundang wooooooo

Chooyaya! said...

Haris Zuhaina : yer ker? so nanti dia dapat la balasan kat akhirat. padan muka ko makdatin bajet vogue.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...