Monday, August 25, 2014

Tragedi Taufufa Shein

Assalamualaikum.

So now, kalau kiter makan dekat luar, I biarkan je Shein huru-hara dengan makanan dia. Kalau dulu I saiko sebab each time dia suap, I akan lap mulut and tangan dia kasik bersih balik. Baju Shein kena all the time bersih kekdahnya. Kalau dia nak main masak-masak, I tak bagi sampai dia meroyan nanges but now not anymore. Apa dia nak buat, I bagi je. Baju and seluar memang bawak dua pasang each time keluar. Dulu I taknak sakit mata sebab nak tengok Shein ensem-ensem all the time, tapi hati la tak tenang. Baru nak suap makan daaaaahhhhhhh nak kena check Shein, nak lap sana lap sini. Diva sangat perangai. Sikit pon tak boleh shomot. Podah!




Muka tu Shein, jangan nak notty sangat


Dalam mangkok tu ialah taufufa. Pastu dia pau nasik dagang Mak Tok. Tapi nak makan dalam daun pisang. Mak Tok mengalah hulur je kat Shein. Kalau Mama? JANGAN HARAP




Sampai kedahi makannya.

Now tadek. I pilih kasihan pada makanan and perut. Buat la Shein apa ko nak buat, asalkan ko bahagia. I rasa cara tu lagi berkesan and membuatkan semua orang gembira. Orang tu ialah Shein dengan I la sebenarnya. Sazli pon dah boleh terima cara macam tu. Baju kotor apa ada hal? Lantak kan aje. Dah habes makan, kiter salin jer la. Shein pulak, bila sel-sel otak dia bergabung, dia suka buat experiment mencurah air dan makanan atas seluar. Memang cool habes. So seluar pon kena salin sekali. Kekadang pampers sekali sebab macam mana entah dalam bontot ada nasik. Aku pon tak paham.

Shein now, apa pon ada depan mata dia suka mix. Masukkan taufufa dalam air and nasik dagang. Masukkan ais dalam mee kari and apa ada depan mata la. Hatta kicap dan sos sekalipon. Dah la masukkan nasik dalam air, lepas tu dia nak minum. Acane  T__T Kalau tak bagi meroyan so lantak la. Asalkan menda tu tak bahaya dah.

Macam kelmarin, Sazli tanya I Shein makan apa? I cakap Shein makan ais nasik. Sebab dia masukkan ais dalam nasik pastu baru dia makan. Hahahha. Selera pulak tu. Ngek la Shein ni. I pon paham umur-umur macam Shein ni, dia tengah suka nak explore things yang also sumtime buat I rasa nak meletop jantung especially semalam masa lunch, dia tabor nasik atas karpet rasta kat hall rumah I. Tabur macam bunga rampai. Peerrrrghhh brilliant sangat.

Kekadang ada masa kiter kena bertolak ansur dengan keadaan bila involve dengan budak-budak yang sebaya dengan Shein. Tak boleh semuanya perfect. Shein pulak. Boleh tahan mengada pandai merajuk sekarang ok? Semalam masa I pujuk dia, dia tolak je kaki I tak bagi sentuh badan dia. Perrgh Shein. Sampai hati sangat. I rasa sebak masa tu. Batu belaaaahhhhhhhhhhhhhhh…..

-EnD-

5 comments:

Jan@Afzan said...

Assalamualaikum Su & shein!

alahai shein, anak2 bijak memang suka benar explore and menaikkan darah serta jantung mak dia..

but, jan seronok tgk shein membesar dengan sihat dan bijak selaras dengan usia dia..bertuah Su dapat anak mcm Shein.. I do wish my son punya kebijaksanaan & tingkah laku 'setaraf' ngan umur shein..tapi, apapun yang berlaku semua ada hikmahnya..

Shein2x.. seronok baca kisah kamu! bila lah nak jumpa...hehe

Petak Bunga said...

betul.
kadang2 kena biarkan juga dia explore dunia dia..
dia panjat, jatuh dan rasa sakit..lupa, dah jatuh lagi..
apa lah sngat nak banding dgn baju kotor sikit..
bab kata iklan sabun, pakaian yg kotor boleh dicuci..

Irz Zack said...

Alamak kak Su...
Esok kalau saya dah ada anak saya dah tau dah nak buat apa.. saya bawak siap beg baju nanti boleh tukar kalau jadi begitu.. huhuhu. cute je anak akak si Shien ni. :D

missalongwani said...

KAK SU...KITE IGT ANAK KITE J MCM TUH...RUPONYERRRRRRRRRRRRRRRR (T_____T)..KALAU BEGITU..SY MESTI IKUT MCM KAK SU,....BIARKAN AJE...NNT KENE SENTIASA STANBY JE...MMG MENCABAR KEIMANAN BETUL...TP..DAH NAMA BUDAK..BIARKAN AJE LAA....ASAL MEREKA GEMBIRA..

nadyrah khairy said...

kak suuu..kite xde benda nak komen..tp kite nak ni je....AHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHHAHAAHHAHAHAAHAHAHAHA!!!! ok, bai...meh jln umh...=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...