Wednesday, October 29, 2014

Thinking of sending Sheindong to Taekwondo class

Assalamualaikum…

Semalam Shein duduk dengan Baba and Maktok. Dah almost 8 days dia dekat nursery sebab Baba tadek dekat KL and Maktok take care of Nek yang baru lepas operate mata. Tu yang tido setengah jam je waktu siang semalam. Kalut nak main puas-puas kot dengan dorang. Kat nursery maybe kena la mengalah and bertolak ansur dengan kawan-kawan lain bila main. 

Usually I hanya hantar dia dekat nursery Isnin and Rabu sebab that day Baba and Maktok ada program. If not, Shein akan stay dengan dorang. I pon happy bila Shein dekat sana coz I know Shein is in a good hands. Siap dilayan macam King. Ngada je.



Alololo. Time tido nampak sangat muka suci. Love U metayang Mama!

Even though dekat nursery Shein duduk sekarang tak ramai sangat budak, tapi most of them tengah usia melasak. Sebaya Shein or tua setahun dari dia macam tu. Paham-paham la kan? Budak-budak ni perangai mana nak sama. Ada yang ganas. Ada yang baik and behave. Sepanjang-panjang I jaga Shein and Shein depan mata I, tak pernah sekali pon I nampak Shein berkawan main lepas tu dia rebut barang or tolak or pukul or jerit over kawan dia. Tak pernah. Kecuali kalau orang ambik iPad dia. Yang tu dia kedekut skek. Haha.

Masa hari Isnin tu I jemput Shein, tengok dia happy je. Alhamdulillah. Tapi ada macam nak merajuk dengan I jugak la. Biasa kalau ambik dia, nanti dia ok la semenet dua macam excited. Lepas tu mula la buat belagak. Panggil tak pandang. Buat muka sombong macam taknak kawan kiter. I agak dia merajuk sebab tinggal dia.

Ok sambung cerita. Sementara nak tunggu Nanny bukak grill maka berkerumun la bebudak ni dekat I (terus bajet hot semua budak suka), lepas tu mengadu dekat I, ‘Mama Shein, tadi kan Shein nanges sebab yada yada yada etc’.

Budak kecik kan? Mana la pandai nak menipu. Umur 3 4 tahun macam tu. Pastu kata Nanny dia, ‘Sorry Kaksu, tadi saya dok buat susu. Tak perasan Shein kena tolak sampai jatuh’. Pastu I cakap, ‘Takper la. Sikit-sikit kan? Nak buat macam mana. Tapi mintak tolong lepas ni eyes always on him sebab budak-budak tengah melasak. Risau jugak’. Pastu kata Nanny dia, ‘Shein ni dia memang tak pernah buat orang Kaksu. Kalau orang rebut barang kat dia, dia lepas. Kalau orang tolak dia, dia tak balas. Dia nanges jer’.

Haih. Sayu plak hati I. I know my Shein is a good boy. Tapi dalam pada sayu hati, I bebel je kat dia. ‘Shein ni kalau dengan Mama kemain buli. Gigit la, pukul la, cubit Mama la. Dengan orang lain kena buat pon tak balas eh? Baik sangat. Come on Shein. Anak jantan kan? Balas balik kalau kena buat’. Gitu Mak dia punya nasihat. Hahaha.

Sazli pon lagi la sebak bila I cerita dekat dia. Kata Sazli, lepas ni umur 3 tahun dah paham bahasa sikit, dia nak hantar Shein masuk kelas taekwondo. Bukan untuk membuli orang tapi untuk persedian membela dan mempertahankan diri. Gitu konsep dia. Sama macam Sazli dulu. Dia kata ilmu mempertahankan diri ni bagus. Kena tau especially boys. Kalau lembik je memang senang la kena buli.

Ishk. Tak sabar plak nak tunggu Shein umur 3 tahun. Kot nanti dia masuk competition mana-mana, I la penyokong paling setia. Tak kena gaya kalau Shein kalah, I masuk gelanggang. Meh sini la lawan ngan akuuuu! Sambil senseng lengan baju. Lepas tu kena preeeetttttttttttttttttttttttt. Hahaha.

-EnD-


Ya Allah comelnya.... Hahaha. yang biru tu siap tendang ikut belakang. Hahhahah.


Ni joget ke apa ni? Hahhahaha. Mampos gelak tepi gelanggang!

1 comment:

NURUL NADIA Jafar said...

serius comel gile..geramnyeeeeeela.dah tetiba rindu kat anak.waaaa cepatla nak blk keje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...