Thursday, December 4, 2014

Makan Nasik Mandhi With Orang Kurus Tak Kuat Makan Memang Menyakitkan Hati

Assalamualaikum.

Kerana entry tadi, tetiba teringat Nasik Briyani Huda. Memang betul carik pasal la. PADAHAL nasik briyani la yang I paling tak suka. Kalau kenduri ada nasik beriyani dengan nasik putih, lepas tu lauk nasik putih cuma sambal tempe pon, memang I ambik sambal tempe je. Punya gigih taknak briyani. Bebudak ni pon kalau dapat makan free kat office, dorang tau dah I mesti buat muka kalau dapat nasik beriyani. Jawa tak sedar diri macam ni la. Poyo.

Kalau Bapak, Mak and Sazli dorang memang suka Briyani. Boss I pun suka. Sebab Boss suka, tiap kali dinner mesti makan briyani. Tak paham la macam ni. Rasa macam nak bawak bekal nasik putih dengan sambal air mata jer. Lagi best. Hahah. Tapi Nasik Briyani  Fikcles punya pasal terus I teringin. And teringin nasik briyani memang agak rare la. Tadi pon masa I bagitau Dyba nak makan Nasik Briyani, dia macam pelik. Sebab dia sama macam I. Kurang suka briyani. Kelantan dengan Jawa poyo macam ni la. Intan and Sarah yang memang orang KL pon suka makan briyani. Haha.

Kata Sarah boleh la makan dekat Bismillah. Dekat depan Pejabat Ukur. Dekat je dengan office I tapi kat situ  susah nak parking. So fikir punya fikir, I change my mind. Apa yang almost sama macam nasik briyani. So jawapannya ialah Nasik Mandhi! To Saba Restaurant we go!



Sepinggan penuh macam ni selamba I boleh habes. Hebat giler. Sama macam makan seperiuk kecik nasik kot? Syabas Saba! Tak pernah kedekut dengan portion. Puas hati I makan. Yang ni untuk quarter chicken harga dia RM14.00 jerrrr. Makan tengahari, esok pulak baru makan. Memang kenyang.


Sarah order Tabulah. Tabulah tu ialah roti Arab yang besar sedulang tu dengan salad parsley tu. Kata Sarah bestnya sayur ni. Fresh! Masa I makan tu, rasa macam makan rumput je. Macam kambeng. Mmmmbeeeek. Harga RM8.00 and Sarah order Chicken Akdah tu. Sedap! A bit dry. Orang Arab kan suka makan kering-kering macam ni. Harga Chicken Akdah ialah RM13.00


Si Fiza order Chicken Kebab. Yang bukan balut tu. Harga RM15.00. Ada chicken kebab, salad, lada hijau goreng sebijik macam tu jer dengan fries. Nampak tak perbezaan makanan yang diorder oleh I, Sarah and Fiza. Nampak tak?????


Budak berdua ni siap register personal trainer dekat Celebrity Fitness. Beribu bayar. Sebab apa? Sebab gemok (Sarah), sebab tadek body (Fiza). OMG menda la yang gemoknya dua orang ni???? Melayang-layang dah I tengok. Sarah tu ada anak kembar, kurus still. Tapi dia kata dia buncit. I suruh dia tunjuk mana yang buncit, macam nak nanges sebab buncit sangat Sarah *mata keatas, tangan kebahu. Fiza tu perut pon takde ok? Flat nak mampos. Berat 44kg. Tapi tadek body dia kata. I cannot brainzzzz thissssssss. Whyyyy?????? Tadi dorang dua borak, 'U, U tengok I dah ada muscle kan? Sambil kau pegang lengan aku, aku pegang lengan kau. Rasa macam nak sepak je dari belakang.


Yang ni memang la layak pergi gym. Ini baru gemok! Tapi kata Fiza, 'Fiza nak macam Kaksu, mantap. Macam Fiza ni badan tak mantap. Tu kena pergi gym kasik ada body'. T____T Berat 44kg I ada la 18 tahun tinggal kot? Yang gemuk nak kurus, yang kurus nak gemok. Macam tu la dunia ni. Btw, itu muka tak pakai eye liner, tak mekap. Memang nyonya sikit.

I kan makan nasik? Dah 10 menet habes makan siap bersandar sebab sepinggan full selamat masuk dalam perut, Si Sarah dengan Fiza dok terkuis-kuis lagi makanan dorang. Berhemah sungguh makan. I makan macam piranha. Nasik sampai je serbuuuuuuu. Tadek dah nak borak-borak. Haha.

Lepas tu I dah bayar bill, dah pegang kunci kereta Fiza cakap, ‘Tak habes la makan. Roti ni dah tak boleh nak sumbat. Kenyang sangat dah’. Masa tu salad tak bersentuh, fries pon ada lagi. Tapi dah kenyang. I nanges dalam hati. Kenyang ke makan macam tu? T___T

Cacat. Nyampah. Stressed aku makan dengan orang kurus ni.

-eNd-

2 comments:

ieda iedana said...

Hahaha.... I feel u kaksu. I feel u.
Tapi tulah, jarang nk jmp org yg terus puas hati dgn bdn sendiri. Mcm ida perut besar, peha besar. Tp dtg member ckp "aku tgk kau ok je" alahai. Rs nk tukar mata je pasal konfius.
Boleh la kaksu lps ni kita jd geng makan. Tapi kaksu belanja la eh....haha

Chooyaya! said...

ieda iedana : mmg macam tu la lumrah dunia. ada je yang tak kena. entah2 miss world pon ada rasa mcm ni jugak tak puas hati.