Wednesday, December 31, 2014

Mira Dan ABC

Assalamualaikum.... 

Last week, I ajak Kakyang teman pergi Wangsa Walk sebab nak beli baju nak pergi kenduri. Malas dah I sekarang kalau pergi kenduri nak berkebaya dress bagai. Beli je blouse yang boleh pakai dengan kain or seluar tu, setel. Pakai rantai. Lawa jugak pon. (Selamba puji diri sendiri).

Dah la less than RM100.00. Murah Mak Enon! I tau dah, nanti kalau open house raya tahun depan, I pakai je baju-baju macam ni. Setel hidup. Nak berkebaya kain ketat dah tak berapa praktikal semenjak Shein dah kerja part-time jadik Otoman ni. Haha. Lagipon konsep blouse ni mesra pengguna. Kiter tak payah nak tahan-tahan nafas time amek gambar or makan sikit-sikit bimbang nampak spare tyre. Makan la banyak mana pon, tetap perut tak nampak. Tak yah nak sedut-sedut perut. Bagus. Suka sangat I.

Time pilih-pilih baju. Mira whatsApp, dia tanya Maksu kat mana? Mira teringin nak makan ABC la. Lantas I mengajak dia datang Wangsa Walk. Sini ada Ice Room. Walaupon tak la berapa nak sama dengan ABC tapi konsep dia lebih kurang sama. So kitorang pon decide nak makan dekat Octopus. Lagipon Kakyang lapar. Kata dia nak makan nasik. Bagus. I pon berdebar-debar kot-kot dia nak makan bento yang harga RM50.00 skali dia order nasik goreng je. Legaaaaaaa. Hahaha. Dasar Makcik kedekut!



Ni I order. Nasik dengan sambal udang petai. Lepas tu ada telur mata and soup. Paling sedap soup dia la. I makan tu jer dulu. Pastu I tanya Mira, kalau sup dia dah habes boleh mintak tambah ke? Mira tak bagi mintak. Malu kot? Hahaha. I suka giler la sambal udang dia ni. Dimaklumkan petai I tak makan pon. Tak sampai hati nanti kencing bau kuda. I amek aroma dia je. Hehe.


Kakyang makan nasik goreng belacan. Ni favorite Sazli jugak ni. Sedap! Nampak je bodo macam ni. Korang kena cuba ok? 

So Mira pon order ABC durian flavor. I tanya Mira, ok ke tak Mira? Kata dia boleh la Maksu dari tadek. Alololoh sian pulak Mira. Kata dia nak ABC yang atas dia ada ice-cream tu. I pon tak sure kat mana ada ABC sedap area KL. Kalau korang tau, share eh? Sian Mira. Dia kan mengandung. Now teringin nak minum ais-ais jer. 

 Mira kata, dia redha jer kalau orang cakap gemok. I pon suruh Mira redha. Jarang la orang pregnant yang tak gemok kan? Nora Danish je yang tak gemok. Yang penting nanti dalam pantang, pantang bebetul. Macam I, lepas bersalin and dalam pantang hilang 12kg. Nak menurunkan berat tu senang, nak menten tu yang seksa. Nak-nak pulak lepas habes pantang semua menda nak makan. Kalau boleh, lembu nak makan sekor, durian selori. Baru puas hati.


Tenkiu Kakyang teman Makcik eh? Kemain buat pouting lips. Punya la nak effect kurus. Kesian sangat I tengok. Haha.


Tasabarnye nak tengok Mira jadik Mama Panda. Kata Mira, dia due bulan 2. Baby girl. Yang penting, rambut kompem la kenteng sebab Mira dengan Juan husband dia sama-sama kenteng. Pastu kulit coklat. Ala Mira, kulit coklat pon lawa apa? Contoh terdekat Beyonce. Hot tuuuu!

Haritu I tengok dalam IG Mira, dia masak Nasik Lemak. I tanya Mira, berapa lama nak prepare tu Mira? Sebab I tau dia memang kura-kura sangat buat kerja. Kata Mira, 3 jam. Sempat la nak mengamok sebab dah lapar sangat. Hahaha. Tu yang kat tangan dia yang bintik-bintik tu kena minyak panas. Ingatkan masak udang ke apa, telur goreng je poonnnnn. Hahaha. Omel sangat Mira nih!

-eNd-

3 comments:

Widad Ridz said...

abc paling sedap kat shah alam.kat kedai mkn byk2 area uitm shah alam..wajib pegi!!ade eskem =)

ieda iedana said...

kaksu, ABC banyak siap aiskrim warna warni ada kat seksyen 2 shah alam.

tapi tadi kaksu tanya KL kn?
erm, so tak applicable la ni eh? haha... xpela, kalo ada kat shah alam tu singgah la..

btw selamat thn baru...

Chooyaya! said...

Widad Ridz / Ieda Iedana : Wokey! ABC Seksyen 2 checked!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...