Wednesday, December 31, 2014

Tiga Jenis Orang Yang Tidak Boleh Diajak Berbincang

Assalamualaikum..

Haritu I terbaca dalam status FB Fiezul, and rasa macam betol la hoi! Memang paling betul statement dia. Kata Fiezul, 3 jenis orang yang tidak boleh diajak berbincang. 1) Orang yang mengantuk 2) Orang yang tengah lapar 3) Orang yang sedang bercinta. 

Betul la Fiezul! Dia semenjak kawan rapat dengan Ustaz Ismail Kamus ni, dah makin 'berisi' dengan pengetahun. Fiezul ni memang rare la. Susah nak dapat ongbujang macam dia sekarang ni. Dah la hensem, rajin pergi masjid, rajin pergi dengar ceramah agama, hebat bersukan, menari traditional pon pandai (yang ni bonus. Hahahaha) tapi tu la, tadek GF lagi. 

Kata dia payah sebab Kaksu pesan, 'Pijoi, hang kalau nak carik GF kena up to Kaksu punya spec'. Tu yang susah tu kata dia, sebab yang lawa-lawa semua dah ada bf. Yang ada pon tinggal Intan je la. Hahahahha. Yang tukang bagi spec tu macamkan hebat sangat pon. Hahahah. Bongok la Fiezul!

So berbalik pada yang Fiezul cakap tu. I elaborate ok? 3 jenis orang yang tidak boleh di ajak berbincang.

1) Orang Yang Mengantuk

Dah kalau mengantuk, apa orang cakap memang la tak masuk dalam kepala. Buat habes ailio je. Duluuuu masa I zaman becinta dengan Sazli, ada masa I mengadu la pasal ketidakpuasan hati I pada kehidupan, dia pulak rajin la melayan. Time tu cakap over the phone la. I tak sedar time bila I tertido, tau-tau je dah pagi. I boleh je tido time dia bagi nasihat siap pagi tu I sendiri lupa apa yang Sazli dah cakap pada I. So mengajak orang yang mengantuk untuk berbincang/menasihat ni kerja sia-sia sebab yang dia tau nak tido je. Kalau time ni kena maki berbakul pon takder der nak kisah ke apa, sebab yang penting tidooooo. Hahahha.

2) Orang Yang Tengah Lapar

Hoooooohohoho. Yang ni jangan carik pasal. Orang yang tengah lapar ni kalau tak kena gaya, menda tadek apa pon dia boleh jadik hangen satu badan. Sapa pon kan? Sebetulnya bila tengah lapar, mengantuk, oksigen kurang dalam otak. So mana boleh input nak masuk dalam kepala. Energy pon dah tadek. Dah tu acane? Seeloknya kalau nak ajak berbincang, bagi dia makan dulu. Perut terisi biasanya kiter akan gembira. Macam ha.... Dah makan, dah settle down, so meh sini I nasihatkan you. Kan? Yang tu lebih baik. Sebab I pon kalau tengah lapar memang nak marah orang je. Jenis pulak yang kuat makan macammmmmm. Macam sape? Macam nko la!

3) Orang Yang Sedang Bercinta

Yang ni paling epic among all. Sebab cinta itu butaaaaaaaaaaaaaaa. Ko nasihat la macam mana, takde der dia nak insaf. Hidang la depan mata dia berjuta kesusahan kalau dia teruskan dengan orang yang dia tengah bercinta ni, memang satu pon takkan masuk dalam hati dia. Lautan api sanggup direnangi kekdahnya. So mengajak berbincang dengan orang yang sedang bercinta ni adalah sesia. Dia je la sorang yang betul. Kalau dia nak sedar pon, adalah dari diri sendiri. Kot korang rasa time korang nasihat tu dia macam sedar sekejap, jangan la berharap yang kesedaran itu akan berkekalan lama sebab possibility untuk dia kembali pada diri dia yang sebenar adalah amat tinggi. Pendek kata, sedar la 2 jam lepas tu dah. So, sia-sia.


So, betul tak apa yang I share ni. Kalau betul cepat Hi-5! And bak uweeet. Fiezzzulll nak uwet! Anyway, thank you untuk perkongsian ni. Hang dengan Napie suka la kang sebab dinner postpone, so A-go-go dancing pon takde la dah. Hahaha. Si Napie siap cakap 'syukur' bila Ira bagitau dalam group yang dinner postpone. Tapi takyah nak suka sangat la Pijoi. Postpone je. Bukan cancel pon. Hahahahha.

-eNd-


Sport man Fiezul ni. Bagus. Lelaki kena bersukan, baru nampak sexy.


Takat mengayuh 80km apa ada hal? 


Sejuk perut Ibu Mengandung. 

2 comments:

aku nama nora said...

sue..motip letak gmbr pizol bnyk2 beserta caption yg sgt soleh??? maaaaaak, pinangkan pizol please!!! hahahahahahahahahahahaha

Chooyaya! said...

aku nama nora : kemain. ni dah kawen ke belum ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...