Monday, January 12, 2015

Gulai Sotong, Telur Dadar dan Sambal Belacan

Assalamualaikum.

I ada satu pengumuman. Disini I nak bagitau yang I tak merajuk dah SEBAB ramai yang rindu. Heeeeeee. Ada ker? Sekali jawapan dia tadek. Hahaha. Lagipon kata Mira, 'Maksu, Mira tau Maksu tak redha, sebab redha itu pasrah, pasrah itu menyerah'. Hahah. Bodo Mira. Tetiba keluar dialog Ombak Rindu. Ada lagi la kata-kata semangat lain yang Mira bagi yang I tak sampai hati nak share sebab takot kang ramai yang muntah dalam baldi. Haha. Lagipon kang kalau merajuk lama-lama korang jugak sedih dah tadek orang nak share gambar makanan. Kan? Lagiponkan blog ni blog makan jer??? **Mata keatas, tangan kebahu.

I tau, I takkan boleh buat semua orang puas hati. So takper la. Stand la korang dengan pendapat masing-masing. Kalau ada rasa nak komen pedas down kan I cakap 'you and your mediocre reader' lagi ker, lantak la.... Sebab orang yang bijak dan baik ni, dia takkan la nak merendah-rendahkan orang lain, attack personal and berlagak dengan ilmu yang dia ada. Susah la sekarang ni nak cakap apapa, kang nanti ada je kena sekolahkan balik dek 'anon-anon'. Nyampah! Lepas ni I kena tulis la disclaimer dekat blog ni. Dah Mira, Maksu lantik Mira untuk buat disclaimer blog ni. Nanti Maksu belanja O'Briens,

Ngaaaaku jer la korang sebenar in-denial fans yang berselindung disebalik nama 'haters'. Kata je tak suka, tapi sebok jugak nak baca blog orang. Kan? Itu untuk haters la, untuk yang tak haters, I sukaaa sangat nanti bila dorang meses kat FB cakap apa yang I suka, makan kt mana, kirim salam kat Shein, kenal De, Kaklong and Mak also kawan-kawan I lain. Rasa macam Family.... :)

Anyway, weekend haritu I balik kampung. Dari Rabu dah cakap dekat Mak. I nak makan mee sup ayam potong besar-besar dengan bawang goreng yang Mak buat sendiri lepas tu jangan lupa sambal kicap power. Hari-hari call Mak tanya dah beli ayam ke belum. Hahahahha. Lepas tu I cakap pada Mak, I balik awal, so dia kena masak cepat. I tau, sampai rumah terus bersila nak makan. Kata Mak, 'Baik Bossssssss'.

So sampai je dekat Jengka Sabtu tu, tengok Mak tengah baring tengok tv. Kata dia, 'Laaaa awalnya sampai. Mak baru keluarkan ayam dari peti'. I diam jer. Sebak dada taktau nak cakap apa. Sebab I sanggup je tak breakfast. Takot kenyang. Sekali Mak kata dia tak masak lagi. Ni kalau kejip mata je memang confirm banjir. Hahaha.

Lepas tu Mak pergi dapur, I dengar dia tumbuk lada. Buat sambal kicap la kot. I pon dah muhasabah diri, tak baik nak merajuk-merajuk dengan Mak. Dah la jarang dapat jumpa Skali. bila lalu meja makan, tengok Mee segala daun sup, bawang goreng, mangkok+sudu garpu dengan air sirap kurang manis dah sedia hidang. Pergi dapur tengok seperiuk besar sup ayam terus peluk Mak. Pastu kata Mak, 'Sajer jer Mak nak tengok ko macam mana. Mak pukul 9 dah masuk dapur'. E! Gewammmmm je. Tenkiu Mak. Saaaaayang Mak! Puas I makan soup ayam haritu. 

Esoknya, I cakap nak makan gulai sotong, sambal belacan cair+bawang dengan telur dadar je. Kata Mak ok. Semua bahan ada. So pukul 10.30am kitorang dah masak sebab nak tengok Melodi. Ada kisah Ifa Raziah drama air mata kena marah dengan Rosyam Nor. 

Masa Mak tengah mesin kelapa, Sazli datang dapur. Kata dia, sotong tu takyah buat gulai la. Goreng tepung je boleh tak Bubu? Nak terkeluar bijik mata I jeling dia. Hahah. Tu jawapan dia memang TAK BOLEH la nama dia. Dari tadi taknak cakap, ni Mak dah mesin kelapa nanti santan membazir je la. I cakap pada Mak, 'Tu kalau dia cakap kat Mak dia tu, Mak dia ok je Mak. Boleh je tukar menu. Memang manja. Haritu Mak dia buat sotong goreng tepung, tak hidang lagi Sazli dah habeskan sepinggan. Mak dia tak marah pon. Kalau Not (Bahasa diri I pada Mak), mesti Mak marah'.

Kata Mak, 'Dia anak sorang boleh la buat macam tu. Ko adik beradik ramai. Dah kalau makan sampai habes, orang belakang nak makan apa?' Yerlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Gulai sotong + kentang and tomato paling sedap dalam dunia. Kalau nak sedap, guna rempah kari Baba's tau? Tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dengan bunga lawang and kulit kayu manis. Dah garing sikit masukkan bancuhan serbuk kari+serbuk cili+serbuk kunyit sikit. Lepas tu masukkan air and kentang. Kentang dah empuk baru la masukkan santan, sotong and tomato. Season to taste. Siap! Sotong tu korang kena buang air dia dulu. Masukkan je dalam kuali. Nanti air dia keluar, korang tos. Kalau tak nanti kuah dia jadik cair sangat.


MIL I panggil ni air belacan. I panggil sambal belacan cair + bawang. Sedap nak mampos. Kalau nak buat pencicah daging/ikan bakar pon boleh. Tumbuk lada besar, cili padi dengan belacan. Lepas tu masukkan gula+garam+air asam jawa cair. Perah asam limau nipis/kasturi dengan masukkan hirisan bawang besar. Pengsan!! Kalau nak buat pencicah, I suka letak kicap manis. Pon sedap. Makan ni sajer dengan telur+kicap pon I boleh hidup.


Telur dadar ni favorite I. Telur + bawang besar hiris + cili padi + 2 sudu oyster sos + sikit serbuk kunyit + 2 sudu air. Takyah garam ke apa dah. Air tu masukkan sebab dah bagi lembut. Sedappp!!

Sekarang bila tengok balik gambar ni rasa macam lapar pulak. Siot lah! Emak kalau masak, apa pon sedap. Hatta goreng telur pon sedap. Kalau MIL masak pon I suka. Dia masak pon semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedap. Itu lah kan? Dah namanya Ibu, masaknya dengan penuh kasih sayang. Masak dari hati. Memang la sedap. Esok lusa, kalau Shein dah pandai pon mesti dia kata I masak paling sedap dalam dunia. 

Kalau dia tak cakap macam tu, well dia tau la apa nasib dia. Hahahaha.

-eNd-

9 comments:

Lavender violet said...

rempah kaki???

tapi sedappp nye...
lapaaa lapaaaa
TT____TT

sharon m.q. said...

kak su, boleh tak update pasal shein je atau benda lain selain makan sebelum lunch time? pasal makanan, update pas makan.. muahahahaa...
aaaaa lapaaaaaaaaaaaa...
apa ponnnn..yayyy kaksu tak majok lagiiii...


adda syuhada said...

sedapnya

Mimy Hamid said...

gulai sotong win

Wizana Arbain said...

Sue sotong tu masuk dlm kuali jerang atas dapo ke camner? Sori ek tp cam tapaham huhu sbb slalu msk gulai sotong mmg slalu jd cair failed! Tu yg tanye ni..

FadMN said...

Sambal tu terpaling win.

FAD

Chooyaya! said...

Lavender Violet : Hahahahha. Typo la!

Sharon m.q : saspen je baca kome ni tadi. ingat tak bg update entry dah. haha

adda syuhada : memang pon. *Flip hair

Mimy Hamid : Thorrrbaek!

Wizana Arbain : Ooooo. selepas basuh sotong tu, campak je dalam kuali. Lepas tu nanti dia akan keluar air. toskan. nanti baru later masukkan dalam kuah gulai. sotong ni berair. tu yg buats ambal/gulai semua kuah cair kalau tak buang air dia awal2

FadMN : Thumbs up!



Haris Zuhaina said...

AS Salam Sue
Sedapnya.. masakan mak lah paling sedap,cos celik2 mata dah dok ngadap hat tu dulu. walapun teloq goring saja
Habaq kat sazli tu, guna tepung BESTARI, senang, tak gaduh nak celup teloq bagai, basuh teruih goi ngan tepung.. :P
Goreng mmg tak meletup lah sotong tu

Chooyaya! said...

Haris Zuhaina : Habaq kat Sazli buat apa. bukan dia pon yang nak buat sotong tu.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...