Tuesday, January 6, 2015

Honda HR-V vs Mazda CX-3 (Cecece... Macam good-good je cerita pasal kereta)

Assalamualaikum.

Harini kiter cerita pasal kereta la pulak. Jangan korang cakap I buang tebiat dah. Haha. Yerla. Selalu citer pasal makan, pasal berangan, mengadu pasal Shein, tetiba harini kiter cerita pasal kereta tetiba. Kau dah kenapa? Aku yang cerita kau yang panas??? Hehe. Harap bersabar.

I sebagai salah seorang dari kebanyakan wanita yang tak berapa nak tau sangat pasal kereta, tapi bila sebut ada kereta model baru and cantik and tak mahal sangat bakal keluar dekat Malaysia terus rasa, ‘I WANT ONE!’ Hahaha. Duit ada ke takde, prestasi kereta ok ke tak under power ke, sentut ke, memang kesah pulak aku kan? Janji BARU. Yang lain tolak tepi. Hahaha.

Sebab tu lah orang kalau nak beli kereta second hand and tau owner perempuan nanti rasa macam errrr. Kena check elok-elok ni. Sebab kiter mana nak kisah pasal hal-hal kereta. Isi minyak, jalan. Cukup km antar service, lepas tu isi angin kalau tayar kempis. Itupon call Abah, Suami, Adik, Kawan, Jiran untuk makesure air pressure time nak isi angin tayar tu betol. Dah siap isi angin, pastu jalan nak berkepak je. Maklumlah bangga. Pandai isi angin kata kau? Haha. Eh. Ke I je sebenarnya yang selalu bangga time isi angin tayar? Orang lain tak eh? Okla. Tak payah jawab.

Sambung.

Bab lain macam brake pad, oil licking ke, timing belt ke, apa ke semua taktau pon. Kata la kereta tetiba tayar meletop, harapan la pandai nak tukar tayar spare. Nanges la kat situ. Hahaha. Dulu dorang cakap kalau nak amek lesen kereta ada ujian kena tukar tayar, tapi tadek pon sampai sekarang. Memandai je buat cerita. Pastu paling kelakar dalam dunia, korang jangan pelik kalau kereta pempuan wiper dia punya getah terbelah dua sebab getah dah haus. Dorang jenis tak kisah pon kalau wiper macam tu. Janji nampak dalam time hujan cukup. Haha.

Lelaki lain la. Dorang memang dilahirkan dengan kelebihan ‘tau’ pasal kereta secara semulajadi. Kekadang borak kencang je dengan sales person. Bini/GF sebelah bila dengar partner cakap pasal kereta terus tis tis tis meleleh ailio sebab tak sangka suami/BF tau lots pasal kereta. Haaaaa. Terus jatuh cinta kali kedua lepas tu balik ajak main pondok-pondok. Hahahahha.

Anyway, panjang lebar pulak intro. Padahal I nak korang check out this Honda H-RV and Mazda CX-3 yang kabarnya bakal berada di pasaran Malaysia tak lama lagi. I nak elaborate more pasal engine, interior and exterior design macam geli bulu ketiak. Lagipon korang bukan kesah pon kan? Haha.  Janji lawooooooooo. Anyway, kalau nak baca jugak pasal info kedua-dua kereta ni korang boleh click dekat sini. Semua information pasal kereta-kereta dipasaran dunia ada. Siap komen yang kalau dibaca, mau tak jadik tukar kereta. Pakai je la sampai jadik besi buruk.

Macam Dyba la. (Tetiba Dyba masuk dalam cerita ni). Haha.  Last year beria simpan duit bonus sebab nak tunggu iPhone 6 keluar. Tapi sampai sekarang pon tak beli sebab nak tunggu iPhone 6s pulak. Nanti iPhone 6s dah keluar nak tunggu iPhone 7 pulak. Ha. Sampai bila la tak beli sebab gadget semua ni, kiter tak mampu nak kejar technology dia. Ada chance, grab jer. Handphone ke, kereta ke, rumah ke it’s not something yang kiter boleh tunggu-tunggu sangat kalau nak semuanya perfect. Duit kedeks nak keluar so kat situ je la duduknya, tak pergi mana-mana.  (Yang kedeks ni bukan Dyba tau? Orang lain) Lagi-lagi rumah. Now rumah kat KL mana nak ada dah yang below RM300k? Semua mahal-mahal. Kan?

Anyway, check out this Honda HR-V and Mazda CX-3 photo. Dipilih kak dipilih. Berangan takper, tak kena bayar pon. Lalala.



Honda HR-V



Mazda CX-3


Honda HR-V


Mazda CX-3


Honda HR-V


Mazda CX-3


Honda HR-V


Mazda CX-3

So korang suka kaler apa? Kali ni kalau beli kereta, I taknak dah kaler putih. I nak merah or orange metallic. Baru la garang and Mak Datin. Tapi masalahnya Mak Datin pakai ke kereta macam ni? Hahaha. Semoga korang tak meleleh ailio atas keyboard eh? 

Lawa kan?? Honda HR-V full specs, siap leather seat is below RM115k. Murah tuuuuu. I memula ingatkan RM150k. Tapi enjin 1.8 jer la. Sesuai untuk wanita macam kiter. Nak enjin besar-besar buat apa. Lagi la city drive. Kekadang jalan kosong pon dapat tekan 120km/h jer. Yang penting enjin bawah 2.0 tak la mahal sangat. Mampu milik kata orang. Kalau tak merana nak bayar insurance and renew roadtax. Mau makan megi sebulan. Haha.

Untuk baca more pasal Honda HR-V klik sini and Mazda CX-3 klik sini.


-eNd-

7 comments:

daisy.yashie said...

Err..Ciksu, apa beza HRV dgn CRV? Kot kurang tang sejuk ekon dia ka mcmana ka? Btw, kenapa lama Ciksu xcerita pasal Yash..saya peminat dia.

Chooyaya! said...

daisy. yashie : salam cik daisy. u bukan daisy ong eh?kalau bukan takpe. cik daisy, HRV and CRV ialah dua model yang berbeza. nama pon lain sah2 la semua lain. CRV lg mahal, lagi power. HRV ni kureng la dari HRV tp sesuai la dengan orang mcm i yang tingin nak pakai keter besar tp duhetb tadek. apa kata cik daisy tanya dengan suami cik daisyy. dia lg terror bab kereta. anyway, cik daisy peminat yash ke? tanya dia, berapa dah anak dia sekarang sebab i pon dah lapan tahun xjmpa. kthanx

Dyba Dbuh said...

tetibe pasal iphone eh..nnti dyba beli kita snap pic smpai lebam..kaksu boleh x check dgn org Apple, dorg ni nk keluar bila 6S??hahah

Chooyaya! said...

Dyba Dbuh : Berapa Dyba nak bayar gaji kaksu jadik tukang tanya ni>?

aliahus sajat said...

Hi sis, finally u beli kerete ape? N is it worth it? Tq

aliahus sajat said...

So sis, u bli kereta ape. N it`s worth it?

Chooyaya! said...

Akhirnya dua dua i tak beli. Tgk hrv mcm 'kosong' dia punya interior. Nak tggu civic model baru keluar. Nak beli yg tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...